Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, June 14, 2012
Mati itu pasti
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebetulnya, aku nak menulis pasal isu "mengundi time haji". Tu je isu yang hangat skang ni pun. Lelain isu tu semua dah kategori isu recycle. Dah tak menarik untuk diperdebatkan.
Hari ni genap 2 tahun Almarhum Ustaz Hassan Shukri meninggalkan kita, dan siang tadi aku dikejutkan dengan pemergian seorg murabbi ulung, Ustaz Yahya Othman yang merupakan mantan Ahli Majlis Syura. Kebetulan, pada 10hb haritu telah genap 23 tahun pemergian arwah bapa aku ke Rahmatullah.
Teringat aku kat satu status yang pernah aku share kat facebook tak lama dulu - "masa kecil, kita diimamkan dalam solat. Masa dewasa, kita mengimamkan solat. Satu hari nanti, kita pula yang akan disolatkan." Bermakna, kematian itu sebenarnya memang pasti untuk insan. Cuma bila, di mana, dan bagaimana - itulah yang kekal menjadi misteri dan hanya berada dalam pengetahuan Allah semata2.
Allah berfirman dalam al Quran, "Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (al-Anbiyaa, 35).
Setiap hari, malaikat maut akan turun melihat wajah kita sebanyak 70 kali. Dan setiap hari itu juga malaikat maut akan naik tanpa mencabut nyawa kita kerana belum ketentuannya kita akan mati pada hari itu. Namun, berapa ramaikah antara kita yang sedar betapa dekatnya kita dengan kematian?
Banyak org sangkakan hidup ini mudah. Live life, dah tua sok baru bertaubat. Beb, mati ni tak kira usia atau kesihatan. Banyak je org yang baru berusia 20-an, kesihatan yang prime, tapi mati eksiden. Ada org yg dah tua bangka - 87 tahun misalnya - tapi tak mati2 lagi. Semuanya atas ketentuan Allah. Semuanya kehendak Allah.
Allah berfirman, "Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk." (surah al a'raaf, 158).
Nah, kita seharusnya sedar dan peka akan hakikat bahawa segala apa yang kita ada ini hanyalah pinjaman dari Allah semata2 dan jika Dia mengkehendaki, dia akan menariknya kembali semua sekali. Tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas dari ketentuan ini. Cuma yang perlu kita renungkan -
1) cukupkah amalan kita agar kubur kita dilapangkan?
2) cantikkah amalan kita agar Malaikat Munkar dan Nakir berbelas terhadap kita?
3) baguskah amalan kita agar hisab kita condong ke kanan?
4) baikkah amalan kita agar Allah mengurniakan rahmatNya kepada kita, seterusnya membolehkan kita masuk ke dalam syurga dengan rahmat Allah?
dan yang penting, apakah kesudahan yang kita matlamatkan jika benar kita ditakdirkan mati satu hari nanti? Kesudahan yang baik atau kesudahan yang buruk?
Kesudahan baik atau buruk ini bukan bermaksud cara kita mati. Mati sakit kat hospital tu kesudahan baik, mati eksiden kena langgar lori lembu tu kesudahan buruk. Bukan! Kesudahan yang baik atau buruk ini adalah lebih kepada keadaan kita sewaktu kita dipanggil menghadap Allah. Apakah ketika kita dipanggil itu, kita sedang sujud kepada Allah, atau pada ketika itu kita sedang meronggeng kat dangdut? Beruntunglah kita kalau kita berada di situasi pertama, tetapi malanglah kita jika kita terjebak kat situasi kedua.
Aku ingin sekali bawak satu cerita mengenai dua adik beradik yang berlainan fikrah, duduk di dalam satu rumah. Si adik seorg yang alim, duduk kat tingkat atas, dan kerjanya beribadah kepada Allah sepanjang masa. Manakala si abang pula seorg yang kaki maksiat, kaki lagha, kaki botol dan pelbagai kaki lagi, duduk kat tingkat bawah, dan kerjanya hanyalah melakukan maksiat semata2.
Pada satu hari, si abang berasa insaf, dicambahkan pula dengan perasaan malu terhadap adiknya yang sering beribadah. "aku ni apa la nak jadi...umur makin tua, amal langsung haram...adik aku pulak kuat beribadah. Kalau ditakdirkan aku mati, masuk neraka aku...sedangkan adik aku confirm masuk syurga", fikirnya. Lalu dia pun ambil keputusan untuk insaf, bertaubat dan dia bergegas ke tingkat atas utk bertemu adiknya agar adiknya boleh mengajarkannya tentang Islam.
Dalam masa yang sama, si adik pula terfikir, "bosan gak aku beribadah ni. Abang aku kat bawah tu syok2 je enjoy, live life...aku ni? Tak pe..aku dah banyak ibadah. Nak gak rasa seronoknya dunia ni sikit. Nanti aku tobat laaa..." Lalu si adik pun bergegas turun ke bawah nak join abangnya enjoy, Ditakdirkan, si adik tergelincir, lalu jatuh tangga dan menimpa si abang yang sedang naik. Kedua2nya tergolek ke bawah dan ditakdirkan mati kedua2nya.
Siapa rasanya yang akan masuk syurga, dan siapakah yang akan ke neraka? Siapakah yang husnul khatimah, dan siapakah yang sebaliknya?
Mati itu pasti, sahabat2ku. Cuma, apakah kita benar2 bersedia?
Sebagai renungan, Imam al Qurtubi dalam kitabnya "at-Tazkirah" menerangkan, "Dan ummah telah sepakat bahawa kematian itu tiada baginya, umur tertentu, masa tertentu dan penyakit tertentu. Demikian itu supaya seseorang itu dalam keadaan berjaga-jaga daripadanya dan bersedia untuk itu (mati)".
Diriwayatkan dari Kumail bin Yizad, bahawa ia keluar dengan Ali Abi Talib r.a. Dalam perjalanan itu Ali menoleh ke kubur lalu berkata, "Wahai penghuni tempat yang menyeramkan, wahai penghuni tempat penuh bala`, bagaimana khabar kalian saat ini? Mahukah kalian ku beritahu khabar dari kami: harta-harta kamu telah dibahagi-bahagi, anak-anak kamu telah menjadi yatim, dan isteri kamu telah dinikahi oleh orang lain. Kini, mahukah kamu memberi tahu tentang khabar yang kamu miliki? "
Kemudian Ali menoleh pada Kumail dan berkata, "Wahai Kumail, seandainya mereka dibenarkan menjawab mereka akan berkata, 'Sebaik-baik bekal adalah taqwa.'
Ali menangis. Lantas, kembali berkata, "Wahai Kumail, kubur itu adalah tempat amal, dan di kala kematian, khabar dari isi kotak amal itu akan menghampirimu." ( Al-Hasan bin Bisyr Al-Aamidiy, Kanzul `Ummaal, Juz III, hal.697, Maktabah Syamilah).
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dun-ya dengan sanad daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: "Perbanyaklah mengingati kematian, sebab ia mampu membersihkan dosa-dosa, dan menjauhkan diri dari kesenangan duniawi."
Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat tentang siapa "orang-orang yang beruntung." Maka Rasul menjawab, "Orang yang paling banyak ingat mati, paling baik dalam persiapan menyambut kematian. Merekalah orang-orang yang beruntung, di mana mereka pergi (meninggal) dengan membawa kemuliaan di dunia dan akhirat. "(HR. Ibnu Majah (4259)
Dan sesungguhnya, Allah SWT berfirman,
" Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu." (Al-Jumu `ah, 08)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kematian dapat menghidupkan jiwa yang sentiasa leka terbuai dek arus kesenangan duniawi (ma'taun ghurur)
ReplyDeletealhamdulilah trma kasih post pasal kematian