Sunday, June 3, 2012

Himpunan Hijau - susahnya UMNO nak terima hakikat...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seperti yang aku jangka, Himpunan Hijau di Kedah baru2 ini menjadi satu topik perbualan hangat tetapi agak pelik bila puak2 UMNO seolah2 mengelak daripada membicarakan tentang himpunan tersebut - sebagaimana payahnya depa hendak berbicara mengenai penganjuran konsert K Pop di Putrajaya baru2 ni.

Macam biasa, jumlah kehadiran sebenar himpunan itu menjadi antara isu utama. Kalau ikut laporan Malaysiakiniu, depa tulis "lebih 50,000". Sepertimana yang aku katakan, angka itu dibuat dengan "agak berhati2". Seating Stadium Darul Aman yang boleh memuatkan 40,000 penonton itu penuh. Padang juga penuh. Tangga penuh. Ruang masuk ke stadium penuh malahan ramai lagi yang tersangkut kat luar. Jadi, buatlah kira2 sendiri.

Aku saja je nak mengulas hal himpunan ini agak lewat sebab aku tau, pastinya akan ada kenyataan2 yang lawak daripada para pimpinan UMNO yang pastinya berpeluh betina melihat kehadiran yang diluar jangkaan itu. Luar jangkaan kerana Jumaat, walaupun merupakan hari cuti bagi Kedah dan Kelantan, bukanlah hari cuti bagi kebanyakan negeri di Malaysia terutamanya Lembah Kelang. Tambahan pula, menghampiri jam 4 petang ketika program baru hendak bermula, hujan telah turun selebat2nya hinggakan timbul juga kerisauan kalau2 kehadiran penonton tidak mencapai sasaran penganjur, terutamanya untuk program Himpunan 100K Xpresi Anak Muda Ke Putrajaya. Namun syukur alhamdulillah, hujan itu tidak berlarutan dan program2 utama belah siang seperti kuliah Ustaz Azhar Idrus berjaya berjalan dengan amat lancar - dan terus membawa ke malam.

Sejujurnya, aku tergelak apabila melihat kenyataan Hishamuddin Hussein dalam Twitternya yang menyatakan "Stadium tak ramai pun kalau banding dengan Ulangtahun UMNO dan Hari Belia". Untuk starter, korg berhimpun kat mana? Bukit Jalil. Berapa kapasiti? 100K - TAPI ITU PUN TAK SAMPAI SEPARUH YANG PENUH. Plus, betul ke dia nak banding dengan hari belia? Hari belia tu ada konsert k-pop tapi program PAS ni hanya ada zikir, munajat, solat dan kuliah. Tak de persembahan artis tunjuk spender. Tak de disko tetengah majlis. Tak de drag race. Tak perlu 500 acara dalam masa 5 hari untuk mendapatkan kuantiti "2 juta pengunjung" tu. Emphasis on "pengunjung". Beza tak maksud "pengunjung" dan "peserta himpunan"?

Statement Muhyiddin Yassin jauh lebih lawak. Mengulangi ayatnya ketika mengkondem BERSIH 3.0, dia mendakwa peserta2 himpunan ini "mungkin dibayar untuk hadir dari seluruh negara". Wahai TPM, kenapa anda masih tak dapat menerima hakikat bahawa ahli2 PAS bukan macam ahli UMNO? Kami tak perlu dibayar untuk hadir - bahkan kami membayar lagi. Belum cerita collect derma lagi. Kalau ikutkan, kami tak dapat walau satu sen pun untuk hadir tetapi kenapa kami hadir? Ya, kerana sayangkan parti, tunjangkan perjuangan dan ingin mengekspresikan kebenaran. Ini semua memang asing bagi UMNO. Mereka yang hadir untuk program UMNO disponsor t-shirt, dibayar wang saku, charter bas, penginapan ditanggung dan sebagainya. Peserta Himpunan Hijau? T shirt hijau tu pun kami beli sendiri tau! Harga ranging antara RM18-25 sehelai. T-shirt aku je mahal sikit - RM50 sebab ada tempahan nama khas kat belakang t-shirt tu.

Dan sebelum aku terlupa - himpunan PAS tak perlu mengeluarkan arahan rasmi kepada jabatan2 kerajaan, sekolah2 mahupun kolej2 komuniti untuk menghantar peserta. Kami tak perlukan kanak2 sekolah berpakaian pengakap la bulan sabit merah la KRS la untuk memeriahkan suasana. Kami tak perlu kerah pelajar IPTA untuk dijadikan petugas khas "mengimarahkan majlis". Apa yang diperlukan oleh kami hanyalah satu surat arahan rasmi oleh parti untuk kawasan mengantar seberapa banyak peserta yang boleh. Itu sahaja. Dan biasanya, kawasan tak perlu bertanya - ahli2 dah siap mengendeng dulu untuk slot ke himpunan PAS.

Inilah perkara2 yang paling memeningkan dan memelikkan depa. Bagaimana PAS, yang dianggap sudah tidak relevan, sesat dan sebagainya mampu menarik ratusan ribu ahli berkumpul semudah alif ba ta? Malah, satu permandangan yang asing bagi himpunan UMNO muncul masa himpunan PAS - kehadiran bangsa bukan melayu dan Islam memeriahkan suasana. Perhimpunan anjuran UMNO ada melibatkan bukan melayu? Harammmm...

Aku malas hendak menceritakan apakah reaksi para pencacai UMNO terutamanya di alam siber. Cukuplah sekadar aku katakan, kalau menteri depa pun bingai, apatah lagi yang boleh diharapkan pada anak2 buah depa.

Sungguh, Himpunan HIjau ini merupakan satu bukti yang jelas betapa PAS tetap kekal relevan sebagai parti yang bisa menggantikan UMNO sebagai tunjang politikal negara. Persetankan tohmahan UMNO, kerja kita selaku amilin PAS hanya perlu taat kepada arahan pimpinan selagi ianya tidak melibatkan perkara keji dan mungkar, serta meletakkan wala' hanya kepada Allah swt seperti yang dibai'ahkan. Oh ye - tak de pun bai'ah talak tiga disebut? Hahaha...

Sekalung tahniah kepada semua peserta, petugas dan semua pihak yang menjayakan Himpunan Hijau di Kedah. Insya Allah, Himpunan Hijau ini akan "road tour" satu Malaysia dan satu perkara yang menarik untuk disaksikan jikalau negeri2 yang dimiliki BN akan membenarkan permit berhimpun untuk PAS nanti. Kalau depa menghormati semangat demokrasi yang depa sendiri bawak masuk, maka depa seharusnya membenarkan permit. Jika tidak, ternyata demokrasi bagi UMNO hanyalah retorik dan lawak petang Ahad belaka.

Wahai UMNO, belajarlah menerima hakikat.

No comments:

Post a Comment