Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, June 26, 2012
Maka ramailah yang mengendeng mahukan ghanimah...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ikhwanul Muslimin telah berjaya membentuk satu era baru di Mesir. Selepas sekian lama depa berjuang - sejak tahun 1928 to be precise apabila asy-Syahid Hassan Al Banna membentuk Ikhwanul Muslimin, depa tak jemu2 berjuang untuk mengembalikan Daulah Islamiyyah selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Dalam meniti perjuangan itu, bukan sedikit darah yang ditumpahkan, nyawa yang melayang dan harta benda yang hilang. Hassan al Banna syahid dibunuh pada 1949, dan pengganti beliau as-Syeikh Qutb pula mati di tali gantung selepas beberapa lama dipenjara.
Itu cuma sedikit sahaja rentetan perjuangan depa. Aku tak berminat nak mengulas panjang lebar mengenai sejarah perjuangan depa. Rasa2nya, sahabat2 aku yang pernah menganggotai PMRAM lebih arif mengenai hal ini.
Selama perjuangan ini, tak sedikit tekanan dan tohmahan yang dikenakan ke atas Ikhwan. Tuduhan bahawa Ikhwanul Muslimin adalah pertubuhan pengganas (dimulakan oleh Israel, didukung Amerika, direncahkan lagi oleh rejim tentera Mesir) ternyata berjaya memperdayakan ramai umat Islam sedunia terutamanya depa yang langsung tak cakna dengan perkembangan dunia Islam. Para ulama kerajaan yang makan gaji dengan tentera kelam kabut mengeluarkan pelbagai fatwa mengharamkan perjuangan Ikhwan. Dan yang menyedihkan, perjuangan IKhwan juga dipandang sepi oleh OIC, dan Malaysia sendiri selaku antara negara utama OIC.
Even, para ulama UMNO ketika mengulas kebangkitan rakyat Mesir menentang Hosni Mubarak tak lama dulu menyifatkan depa sebagai "puak khawarij" dan "lari daripada Islam", sampai tahap Fathul Bari boleh mempertikaikan Dr Yusuf Al Qardhawi. Lu sapa beb nak pertikai ulama utama dunia dan para Syeikhul Azhar? Lu pun belajar rak sampai 4 tahun la kat Madinah tu. Cerita banyak pulak.
Di Malaysia, begitu banyak pertubuhan konon Islam (terutamanya NGO) yang selama ni menjauhkan diri depa daripada Ikhwan. ISMA antaranya. Rasanya, satu2nya pertubuhan Islam di Malaysia ini yang amat menyantuni perjuangan Ikhwan ialah PAS. Ini dibuktikan dengan kehadiran wakil Ikhwan menyertai ijtimak2 yang dianjurkan oleh PAS saban tahun - tak pernah miss. Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS 2011 sendiri menyaksikan mantan Mursyid al-Am Ikhwan, dr Mehdi Akif menjadi tetamu kehormat. Bermakna, PAS selama ni menongkah arus dan mempersetankan segala tohmahan terhadap Ikhwan. Malahan, Ikhwanlah model PAS dalam perjuangan siasah selama ini - walaupun Ikhwan tidak terlibat secara rasmi dalam gerakan siasah hinggalah Hosni jatuh akibat sekatan perlembagaan.
Tapi kini, apabila Ikhwan menang besar di Mesir, apabila Dr Mursi diangkat menjadi presiden Mesir, adalah satu perkara lawak apabila pertubuhan2 Islam yg konon NGO ni, yang selama ini menjauhkan diri depa dari Ikhwan, secara tiba2 kelam kabut hendak menyekalikan depa dengan perjuangan Ikhwan. Terkini yang aku fahami, ISMA siap nak buat program dialog bertajuk "ISMA dan Ikhwanul Muslimin" dengan taglinenya dipetik dari ucapan Hassan al Banna. Pigidah! Dulu bagai nak rak kutuk Ikhwan. La ni bila IKhwan dah menang, dah berjaya, dah mula diterima masyarakat secara terbuka, dan2 tu la kata "kami mmg sokong Ikhwan selama ni..." Hampeh laaa...
Benar kata org - rakan menangis sukar dicari. Ketika IKhwan ketika ini boleh dianggap sebagai "ketawa", maka puak2 penyibuk pengendeng ni mula la mengendengkan diri depa dengan Ikhwan, menumpang populariti Ikhwan dan sebagainya. Masing2 bertumpu kepada "ghanimah2" yang tersedia dengan penuh nafsu serakah. Namun bear in mind, tak mustahil jika Ikhwan ditekan balik semula (na'uzubillah), puak2 pengendeng ni akan bertukar wajah 100% sekali lagi. Depa tak pernahnya ikhlas dalam perjuangan. Lebih tepat lagi, depa sendiri celaru apa yang depa perjuangkan.
Inilah yang berlaku ketika Hamas mula2 menang pilihanraya Palestin. Puak2 yang selama ni mengutuk Hamas dan menyantuni Fatah (yang lebih jelas pro-Amerika) mula cuba2 mengendengkan diri depa dengan Hamas namun ianya tak bertahan lama. Kerana apa? Hamas tidak seperti Ikhwan. Hamas memang turun padang berperang dengan Israel tetapi walaupun begitu, hakikatnya kemenangan Ikhwan ini mempunyai signifikan yang lebih besar. Politik dunia arab sebenarnya tertumpu di Mesir sebab banyak pintu keluar masuk krisis dunia arab terutamanya Palestin berada di Mesir. Jadi, Ikhwan perlu berhati2 menerima kehadiran "kawan2 baru" yang muncul entah dari mana ni. Depa berpotensi besar menjadi "gunting dalam lipatan".
Apapun, yang menjadi kepelikan adalah kenapa hingga kini kerajaan Malaysia masih tidak mengucapkan apa2 kata tahniah atau selamat kepada Dr Mursi atas kemenangan beliau? Kerajaan Malaysia juga hingga kini tidak mengiktiraf Hamas. Kenapa? Setahu aku, yang dok tak iktiraf Hamas dengan lemas bila Dr Mursi dan Ikhwan menang adalah Israel. Apakah kerajaan Malaysia ni terlalu tunduk kepada tekanan Israel melalui APCO? No wonder la UMNO cukup mahukan Ahmad Syafiq menang pemilihan presiden kononnya atas alasan "menjaga kestabilan". Kestabilan apa? Kestabilan Israel?
Berbalik kepada topik, nasihat aku kepada puak2 pengendeng ni adalah IKHLASLAH DALAM BERJUANG. Jangan berjuang hanya bila menang, tapi lepas tu menikus apabila kalah. Jangan menjadi talam dua muka dan gunting dalam lipatan. Dan yang paling penting, jangan dok berselindung di balik topeng pertubuhan agama kalau matlamat kewujudan sendiri pun tak jelas. Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment