Monday, June 11, 2012

Awat Mashitah jaki bebenor dengan Ustaz Azhar Idrus?



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ntah berapa kali aku dah post pasal bekas lecturer aku nan sorg ni?

Tapi nak buat mcm mana - setiap kali dia membuka mulut (atau dalam banyak kes, mengetuk jari atas keyboard) mesti ada je benda bodoh yang dia kata atau tulis. Aku pun naik tak faham awat dia jauh benar berpusing2 sekarang ni. Seolah2, Dr Mashitah yang aku penah kenal dan sanjung dulu dah hilang sama sekali. Kini yang tinggal cuma zombinya si Mashitah sahaja.

Kenapa aku menulis pasal dia lagi sekali kali ini? Aku tertarik dengan sebaran satu artikel oleh dia berkisar tentang tauliah. Aku penah kongsi pasal tauliah ni dulu tetapi kali ini, ada perkara menarik. Dalam salah satu perenggannya, seolah2 dia menembak Ustaz Azhar Idrus apabila dia mention mengenai "adanya pendakwah yang diragukan latar belakangnya, bermain muzik atas pentas..."

Apa masalahnya dengan semua tu, Mashitah?

Baik, dia mention tentang penceramah bukanlah pendakwah. Aku nak tanya - apakah definisi dakwah? Pengertian dakwah mempunyai beberapa pengertian dan istilah, perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab. Antara pengertian dakwah yang biasa kita fahami ialah seperti meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, dan melaung. Dalam tafsiran mengikut ahli dakwah, perkataan tersebut mempunyai peristilahan dan maknanya yang tersendiri.
Muhammad al-Ghazali memberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

Dalam pengertian mengikut Dr. Yusuf al-Qaradawi pula, beliau mendefinisikan dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghamabaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.

Adam Abdullah al-Auri dalm kitabnya Tarikh al-Dakwah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir meraka terjerumus kedalamnya.

Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.

Dr. Ra’uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.

So, kesimpulannya dakwah ni dari segi Islam dan mudah fahamnya ialah "menyeru manusia ke arah kebaikan". Tu je. Nak seru ke arah kebaikan tu mcm mana pula? Aku bagi contoh - budak2 main bolasepak tengah padang. Tiba2, salah sorg dari budak2 tu berkata, "weiii..dah nak maghrib. Jom balik, siap2 pi surau". Itu adalah dakwah! Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat." Ada Nabi jelaskan kriteria org yang Nabi suruh menyampaikan risalah Nabi itu? Tak de kan?

Jadi, andaikata kalau penceramah itu menyeru manusia ke arah kebaikan, itu adalah dakwah. Yang membezakannya adalah wasilah dan kaedah dakwah itu sendiri. Faham dak ni?

Point kedua yang Mashitah bising ialah "latar belakang yang meragukan". Aku bab ni agak sakit hati sikit - apakah pendakwah tu confirm kena datang dari latar belakang agamawan belaka? Apakah dia kena datang dari kufu yang stok belajar kat Mesir sejak datuk keturunan ke 14 sampai sudah? Aku bagi contoh mudah dari sirah dan riwayat Nabi s.a.w - Umar bin Al Khattab pernah bunuh anak sendiri dek jahilnya dia masa belum diberi hidayah oleh Allah, tapi lepas tu beliau menjadi antara pendukung utama agama Islam dan dimuliakan dengan gelaran Amirul Mukminin. Bashisha pula adalah abid yang beribadah selama 200 tahun tanpa henti, tapi akhirnya mati sebagai kafir. Jelas?

Orang yang pernah bergelumang dalam dosa dan maksiat masa mudanya, dan kemudian bertaubat nasuha, adalah kekasih Allah sebenarnya. Kemuliaan itu adalah kerana dia dah tak ada dosa. Kalau dalam kes Ustaz Azhar Idrus, dari kelaghaan dia muncul sebagai org yang menyeru supaya meninggalkan kelaghaan. Dan begitu ramai anak muda mendekati dan menyantuni kuliah2 beliau. Ini yang kita nak! Kita mahukan anak2 muda ini tidak lalai dan leka dengan duniawi yang disajikan oleh UMNO BN dan blok barat. Jadi sepatutnya Mashitah bersyukur ada sorg hamba Allah mampu menganjakkan paradigma anak2 muda ini agar mendekati Allah dan Islam. Kenapa perlu dipersoal?

Berbalik kepada wasilah Ustaz Azhar Idrus, yang Mashitah dok kutuk konon main gitar, buat lawak mcm maharaja lawak dan sebagainya. Mashitah sebagai lecturer sepatutnya tau skill dan strategi menarik audiens. Mengaku je la - stail Ustaz Azhar itu mampu menarik minat pelbagai golongan untuk mendekati beliau, seterusnya mendekati agama Islam itu sendiri. Stail Ustaz Azhar yang sempoi itu memberikan imej baru terhadap Islam yang selama ini dipandang rigid oleh masyarakat terutamanya golongan muda. Malah kalau Mashitah rajin buat homework, inilah stailnya yang dilakukan oleh Ahmed Sughairi, hos rancangan paling hot masakini iaitu Law Kana Bainana. Pendekatan yang muda dan segar inilah yang menarik minat golongan syabab atau pemuda ini untuk mendekati Islam, seterusnya boleh diharapkan untuk mejuarai permasalahan ummah pada masa akan datang.

Sepatutnya Mashitah tumpang gembira. Kenapa dia perlekehkan pulak?

Jawapan aku mudah. Pertama, sebab Ustaz Azhar Idrus seperti yang umum tahu, cenderung ke arah PAS dan bukan UMNO. Populariti Ustaz Azhar sebenarnya meningkatkan populariti PAS. Semakin ramai anak muda mula menyantuni perjuangan PAS dek penangan Ustaz Azhar ini. Itu yang utama. Keduanya adalah hasil perasaan iri dan dengki. Belum pernah lagi selepas era Ehwal Islam, satu ceramah agama bisa menarik khalayak berjumlah puluhan ribu orang untuk tekun mendengar dan menggali intipati kuliah. Mashitah sendiri kalau berceramah tak ramai mana pun yang datang - walaupun kini dia pakai agak seksi bagi sorg muslimah. Siap cukur kening lagi tu. Malah, rancangannya di Oasis juga dikhabarkan tidak mendapat rating yang tinggi. Rancangan Ustaz Don Daniyal - yang juga menyanjungi Tuan Guru Nik Aziz - lebih tinggi ratingnya banding Doktor seksi kita. Cuma tunggu masa je bilakah Ustaz Don akan jadi mangsa belasahan Mashitah pulak.

Kepada Mashitah, tolong jangan jadi karut. Sepatutnya sebagai seorang YANG MENGGELARKAN DIRINYA PENDAKWAH, anda patut gembira melihat anak2 muda ini dekat dengan Islam - tak kira la siapa yang bawak pun. Bila anda bersuara sebegini, ia menampakkan dengan jelas hasad dengki anda yang tertanam - mungkin didorong canaian "tarbiyyah" UMNO.

Plus, aku nak dengar apakah pandangan Mashitah ni pasal kuliah K-Pop ala Najib kat Putrajaya haritu. Atau penganjuran konsert dangdut kat Parit Raja bersebelahan dengan pentas kuliah Ustaz Azhar.

Kalau Mashitah ni pendakwah sejati, hanya akan ada satu jawapan. Soalnya, sejatikah dia?

No comments:

Post a Comment