Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, June 29, 2012
ISMA - satu lagi pihak yang keliru...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bukan lagi satu perkara yang pelik - bila nak PRU je, NGO akan tumbuh mcm cendawan lepas hujan. Dan majoriti NGO2 ini pastinya akan menyantuni UMNO.
ISMA bukanlah NGO baru. Bukan juga satu pertubuhan yang terpencil walaupun ramai di kalangan rakyat Malaysia tak pernah tau apakah itu ISMA. Isma Aliff depa tau la. Aku sendiri tak berminat hendak membicarakan tentang sejarah ISMA dan apa sahaja perkara teknikal yang berkait dengan depa. Aku tak nak mempromosikan ISMA. Cuma aku tertarik hendak berkongsi di sini pelbagai keraguan aku mengenai depa terutamanya selepas kemenangan Dr Mursi di Mesir baru2 ni.
Ketika program usrah gabungan Nisa' di pejabat PASTI Malaysia khamis lepas, Ustaz Imran Al Malizi yang menjadi murabbi pada majlis tersebut ketika menjawab soalan isteri aku berkenaan peranan NGO2 Islam yang semakin melata di bumi Malaysia ini berkata, "tidak ada masalah kalau banyak NGO Islam. Lebih banyak, lebih bagus. Cuma matlamatnya bagaimana? Halatujunya apa? Dan sepatutnya NGO2 ini bersatu bersama2 dengan kita dalam memperjuangkan Islam di muka bumi Malaysia ini dan bukannya berbicara seolah2 mereka juga terkeliru mengenai perjuangan bangsa dan agama. ISMA misalnya mempunyai aspirasi politik. Mereka mahu menjadi seperti PAS, dan mereka mahu memastikan PAS ikut cara mereka."
Sejujurnya, mmg aku gelak besar terutamanya part "ISMA nak lead PAS" tu. Lu nak lead apa, beb?
Semalam aku telah sharekan satu pekeliling oleh ISMA yang menggariskan 7 seruan depa, yakni 7 matlamat perjuangan depa. Bila dibaca, sebenarnya perjuangan depa sama sahaja dengan perjuangan NGO2 yang pro melayu dan lebih tepatnya, pro UMNO. Memperjuangkan Islam tapi dalam masa yang sama terlalu mengikut perlembagaan yang digariskan oleh org kafir. Lepas tu bercerita ttg hendak mendaulatkan melayu, raja2 melayu, politik melayu. Melayu Melayu Melayu. Itu je. Malah, tagline depa "Melayu sepakat, Islam berdaulat" itupun amat meragukan.
Baik - kita sentuh kejap bab tagline depa. Melayu sepakat Islam berdaulat. Tak payah nak gali lebih2 - kat sini kita dah dapat tau prioriti depa. Ternyata depa mengutamakan kesepakatan melayu itu terlebih dahulu, then lepas tu natijahnya adalah kedaulatan Islam. Apa ni? Apakah Islam itu tertegak disebabkan kekuatan bangsa, atau bangsa itu sendiri hebat disebabkan kehebatan Islam? Patutnya tagline itu mengutamakan Islam dulu. "Islam dimartabat, melayu hebat" misalnya. Malahan, kalau Islam itu dimartabatkan dan diperkasakan secara kaffah, usahkan melayu - semua bangsa pastinya akan terbela dengan penuh keadilan. Ini pertubuhan muslimin atau melayuin?
If that is the case, apa pula nasib muslim yang bukan melayu? Fine - ISMA berhujah bahawa perlembagaannegara menyatakan org yg masuk Islam itu automatik adalah melayu. Soalan - begitu banyak bangsa arab beragama Islam di Malaysia pada ketika ini. Apakah depa semua dipanggil melayu? Silap2, depa pun tatau melayu tu apa! Cina adalah cina, india adalah india, melayu adalah melayu. Tak boleh ubah hakikat itu. Kalau melayu berbangga sangat dnegan bangsa depa, begitu juga cina dan india. Kita tak leh paksa depa "menukar bangsa" dan kita TAK SEPATUTNYA MENGAITKAN SATU2 AGAMA ITU DENGAN BANGSA! Kalau nak cerita Islam itu melayu, confirm ramai org tak nak masuk Islam. Kenapa? Melayulah bangsa paling haprak di Malaysia. Menjuarai setiap carta mazmumah tapi corot carta mahmudah. Ini ke bangsa yang nak dikaitkan sangat dengan Islam?
Sepatutnya jika ISMA benar2 memperjuangkan Islam, seruan depa sepatutnya comprise perkara2 ini -
1) memperjuangkan agar Islam dijadikan sebagai ad-deen atau cara hidup dalam negara
2) memperjuangkan agar undang2 Islam dilaksana di Malaysia atau menjadi keutamaan
3) membasmi gejala2 sosial seperti budaya hedonisme yang makin mencengkam umat Islam hasil canaian yahudi
4) memastikan umat Islam terdidik dengan al Quran dan as Sunnah
dan sebagainya. kita sendiri tau apa yang patut dilakukan. Aku tak perlu elaborate lelebih.
Bagi aku mudah - ISMA ni keliru. Pertubuhan yang keliru lagi mengelirukan. Aku rasa kasihan kepada ahli2 bawahan depa yang sebenarnya tak berapa ada choice apabila JIM berpecah. Depa ingat ISMA boleh dijadikan wadah untuk depa berdakwah tapi depa tak sedar, depa menjadi alatan untuk satu lagi NGO yang dimainkan oleh tangan2 halus puak taghut untuk menghalang perkembangan Islam di Malaysia. Islam ni bukan sekadar dakwah sahsiah je beb - harakiyyah itu juga aspek utama. Malahan kalau ikutkan, fiqh siasah itu amat penting dalam Islam. Dalilnya? Ketika Rasulullah wafat, ketika jenazah baginda belum disempurnakan lagi, para sahabat dah bincang dulu siapakah yang bakal menggantikan Rasulullah. Siasah itu penting beb - dan Islam ni bukan sekadar dakwah sesama kita, usrah syok sendiri, pi masjid surah dan sebagainya!
Selagi ISMA tak boleh melarikan imej "melayu melayu melayu" depa, selagi itulah aku akan memerhatikan ISMA ni dengan tajam dan bersedia untuk menembak depa apabila diperlukan. Dan bagi aku, depa ni sama je mcm JATI, mcm SSU. So, apa relevannya depa wujud? Hendak memecahkan umat Islam lagi?
Having said all of the above, aku lebih suka - bak kata Imran al Malizi - lebih banyak NGO Islam wujud tetapi semua NGO ini hendaklah bersatu hati dan bersama2 dengan pihak yang ingin menegakkan Islam, al Quran dan Sunnah di bumi Malaysia ni. Bukannya NGO ni bertindak sebagai balaci kepada pihak yang berdegar konon perjuangkan Islam tapi dalam masa yang sama, pi anjur konsert k-pop sampai ketuanya sendiri beramas mesra dengan amoi2 kpop tu!
Tepuk dada, tanya iman - wahai sahabat2ku. Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pndgan yang masih "bullshit" hehe:)
ReplyDeleteHarap penulis faham kaitan Melayu dan Islam...Konsep Asabiyyah..Rasulullah sendiri berbangga dengan bngsa Arab..FYI ramai keturunan Arab yang diasimilasi sebagai Melayu..keturunan Syed dan Sheikh misalnya...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteISLAM di HATI bukan di parti PAS. Islam di HATI FUAD.