Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, May 24, 2012
This is democracy - Malaysian UMNO's style...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Apa sebenarnya yang bermain di benak pemimpin2 UMNO, pendukung2 depa serta para pengikut depa yang taksub ni ek?
Setiap hari - malah setiap jam - depa menyogokkan kata2 bahawa kononnya "BN semakin mendapat sokongan rakyat", "PR semakin dipinggirkan" dan pelbagai lagi. Malah, dalam openernya masa debat PTPTN hari tu, KJ dengan bongkaknya menyatakan gagasan PR utk hapuskan PTPTN adalah sebagai "usaha terdesak PKR (dia tak nak sebut PR) meraih kembali sokongan golongan muda yang semakin meminggirkan depa".
Jika ini benar, kenapa sampai sekarang parlimen tidak dibubarkan walhal pelbagai petunjuk dan penanda telah berkumandang dengan jelasnya? Tapi itu bukanlah poin aku pada hari ini.
Yang menjadi persoalan aku sekarang ialah KENAPA UMNO DAN PENDUKUNG2 DEPA MENGAMALKAN POLITIK BACUL?
Siri gangguan puak2 UMNO ke atas program2 PR kini bukanlah sesuatu yang asing. Telah berlaku banyak kali puak2 UMNO mengadakan ceramah ekspres berhampiran dengan apa jua program PR seperti yang berlaku di Kampung Pisang, Perak dan banyak lagi tempat - yang terkini di Pantai Dalam, KL semalam bilamana program ceramah PR yang dihadiri oleh Datuk Seri Anwar, Nurul Izzah dan Tian Chua diganggu oleh ceramah perdana oleh geng2 TIBAI yang turut menampilkan Ummi Hafilda Ali. Aku tak perlu mention apakah intipati ceramah2 TIBAI itu yang nyata sarat dengan kelucahan, fitnah serta cerita dalam kain. Dah memang mentaliti depa sebegitu.
Cuma yang amat aku kesalkan, kenapakah geng2 TIBAI melakukan keganasan terhadap hadirin ceramah PR? Apakah sebab bengang majlis depa tak dapat sambutan lalu depa pun mengambil tindakan ala samseng membaling telur dan batu sehingga mengakibatkan seorg warga tua pengsan dan dikejarkan ke hospital serta seorg remaja perempuan terpaksa dijahit tangannya? Tidak cukup dengan itu, kenderaan penduduk sekitar juga menjadi mangsa simbahan cat - along style.
Ini bukan kejadian pertama. Dalam minggu ini juga, kejadian yang hampir serupa berlaku di Merlimau, Melaka. Tak lama sebelum itu kita dikejutkan dengan tindakan samseng yang merosakkan majlis Hindraf di Jalan Kebun dan beberapa tempat lagi. Malah, samseng2 ini juga menyerang para aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka tanpa rasa takut dengan kehadiran polis.
Sejujurnya, apakah yang depa fikirkan? Apakah depa rasa depa dah tak mampu untuk menarik sokongan rakyat secara baik, maka depa cuba halangi sokongan rakyat terhadap PR dengan menyebarkan rasa gerun dibelasah? Apakah kebaculan ini?
Apakah ini membenarkan desas desus bahawa UMNO akan kembali menggunakan SOP "Pemuda Tahan Lasak UMNO" yang pernah digunakan untuk menghalang rakyat dari keluar mengundi pada zaman 60-an dulu? Come on la beb - ini negara demokrasi. Setiap pihak ada hak memilik dan berpihak. Dan semua pihak yang mendukung demokrasi berhak untuk bersuara dan menyatakan pendapat serta meraih sokongan menurut lunas2 perlembagaan. Apakah puak2 UMNO ni terdesak sangat dek kerana ketakutan yang amat terhadap perkembangan pengaruh PR di kalangan masyarakat?
Tapi kalau nak difikirkan, bagus juga kalau puak2 UMNO bertindak sebegini. Ini akan menyebabkan rakyat makin menyampah dengan depa dan memudahkan tugas kita untuk meraih sokongan rakyat. Rakyat akan sedar bahawa momokan UMNO betapa PR ini adalah pihak yang tidak mengikut undang2 serta ingin memporak perandakan negara adalah bohong sama sekali, bahkan puak2 UMNOlah yang ingin memporak perandakan negara sebenarnya dengan sikap ala-orang utan depa. Jadi, teruskan tindakan serba tak bertamadun itu. Lagi banyak korang buat mcm tu, lagi senang kerja kami.
Rakyat makin bijak, wahai UMNO BN. Jangan lupa hakikat itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment