Wednesday, May 23, 2012

PTPTN - Menyelak perbezaan pendirian Rafizi dan KJ


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kali ni aku cuba untuk menyelam jauh lebih dalam berkenaan debat Rafizi dan KJ yang berlangsung malam semalam. Ternyata, dari segi harfiahnya puak2 UMNO sememangnya terkedu dengan perjalanan debat itu walaupun pada mulanya depa bersorak sorai apabila KJ menghentam PR dan dasar2nya.

Secara jujur, aku tak faham kenapa KJ berhujah seperti pencacai kelas ketiga ketika pembukaan. Tapi ini bukan skop perbincangan aku pada malam ini.

Baik. Pertama sekali, apakah isu yang diutarakan? Ya - PTPTN dan halatuju pendidikan negara, dengan mengambil skop gagasan PR untuk memansuhkan PTPTN serta pembelaan UMNO BN terhadap PTPTN sebagai wadah keramat membantu para pelajar. Dari satu segi, skop ini sebenarnya amat luas dan tidak terhad kepada "memansuhkan hutang pelajar semata2". Di sini, Rafizi bertindak cemerlang kerana mengaitkan isu ini dengan kerangka ekonomi pada jarak 8 tahun dari sekarang, iaitu tahun 2020. Ini dinyatakan dengan mengambil pecontoh kenyataan Idris Jala bahawa negara boleh bankrap pada tahun 2019 sekiranya unjuran2 defisit fiskal negara tidak diatasi secara mapan bermula dari sekarang.

Point Rafizi mudah - kadar kutipan balik hutang PTPTN hanyalah 10% daripada jumlah hutang PTPTN yang dikeluarkan oleh kerajaan saban tahun. Kenapa ini terjadi? Rafizi menekankan tentang masalah ekonomi dan kesukaran para graduan untuk mendapat pekerjaan segera bagi membolehkan depa membayar hutang. Malang sekali, Rafizi mahupun KJ (yang menyatakan para graduan telah tersedia tempat depa di dalam alam pekerjaan selepas grad) TIDAK MENYERTAKAN butiran peratusan graduan yang terus mendapat pekerjaan usai pembelajaran mereka. Jika disertakan, ianya boleh jadi kayu pengukur.

Tetapi kalau kita lihat dari satu skop yang lebih luas, sebenarnya permasalahan graduan mendapat pekerjaan ini telah lama berlaku. Kerajaan Malaysia sebenarnya gagal menarik banyak pelaburan baru menatijahkan kekurangan peluang pekerjaan. Memburukkan lagi keadaan, ingat tak lagi pada tahun lepas bilamana kerajaan UMNO BN membekukan kemasukan penjawat2 awam baru ke dalam jabatan2 kerajaan (atau ayat mudahnya, menutup peluang pekerjaan)? Dan sistem yang digunapakai pada hari ini termasuklah di jabatan2 kerajaan iaitu pengambilan pekerja secara lantikan kontrak dan dikurangkan lantikan tetap menyebabkan para pekerja ini takut2 untuk mengeluarkan duit yang lebih - lantaran insecurity dalam jawatan dan kerja depa. Lalu, depa hanya memilih untuk berbelanja mengikut keperluan dan kehendak depa - seringkali membayar hutang PTPTN adalah perkara terakhir yang terlintas di benak fikiran depa. Jadi, inilah yang menyebabkan mengapa kadar pengutipan balik hutang PTPTN amat menyedihkan.

Persoalan Rafizi ini boleh dicabangkan kepada dua bahagian - apakah kerajaan ada mekanisme untuk meningkatkan kadar kutipan, atau jika tiada lebih baik dimansuhkan sahaja PTPTN itu dengan keutamaan diberikan kepada IPTA. Itu sahaja. Aku rasa persoalan yang dibangkitkan Rafizi begitu mudah. Tetapi KJ, untuk sebab musabab yang dia sendiri tahu, memilih untuk menyentuh banyak perkara yang tidak kena mengena dengan topik dan menjadikan gelanggang debat ini sebagai pentas menghentam PR secara hentam keromo. Amat jarang sekali kita mendengar solusi yang mantap dan mapan daripada KJ selaku mewakili kerajaan pemerintah dalam mengatasi kemelut PTPTN ini.

KJ, for instance, tidak menyentuh langsung ttg prospek unjuran kerangka hutang yang bakal dihadapi negara sepertimana yang dihujahkan oleh Rafizi. Apa yang aku lihat, cara KJ dan BN secara amnya ialah "untuk atasi hutang, kita carik duit lebih banyak". Bagi aku, ini adalah cara yang amat risky. Kita ambil satu analogi mudah - gaji kita RM 100,000 sebulan. Banyak tu. Cara hidup kita pun mewah semacam sesuai dengan gaji kita. Tapi apa gunanya gaji sebanyak itu kalau hutang kita adalah 70% daripada jumlah gaji itu? Ditambah dengan lifestyle yang serba mewah itu, kita tetap akan tersepit sama sahaja seperti org yang bergaji gred peon ofis.

Itu yang cuba ditekankan Rafizi menerusi statement Pak Lah "we have first class facilities, first class buildings but third class mentality". Negara kita ni sebenarnya terlalu banyak membazir kepada projek2 mega yang amat hebat dan gah - tapi berapa keratkah yang dapat manfaat daripadanya? KLCC, sebagai contoh. Hanya dihuni oleh korporat2 dan banyak daripadanya korporat luar. Rakyat Malaysia yang terbanyak? Menikmati KLCC menerusi panggung wayang TGV yang ada kat Suria KLCC. Itu sahaja.

Lupakan sebentar soal perbezaan angka - mungkin kedua2 pendebat bertanyakan dari dua sumber yang berlainan - tetapi kalau kita rangkumkan, rafizi bercakap soal bagaimanakah kita dapat menyediakan pendidikan percuma untuk menyelamatkan negara daripada prospek bankrapsi simply dengan mengurus harta negara dengan cakna dan telus, tetapi KJ hanya berbicara tentang angan2 PR tanpa menyanggah hujah Rafizi secara kolektif. Masa pembukaan, KJ dan keluarkan sedikit angka2 yang dia pegang, tapi selepas itu angka2 tersebut hilang. Seolah2, kerajaan UMNO BN tidak ada mekanisme tersendiri.

Ditekankan oleh KJ bahawa cadangan memansuhkan caj perkhidmatan 1% itu adalah yang terbaik serta melontarkan idea bahawa mungkin PTPTN akan dijadikan pinjaman interest free. Nampaknya kat sini, KJ benar2 tak faham isu. Isunya kat sini ialah walaupun interest free ke apa ke, IANYA TETAP HUTANG. Rafizi membuat unjuran hanya berdasarkan hutang pokok dan bukannya bercampur dengan interest tetapi KJ gagal melihat dari skop itu. Tidak guna melupuskan interest semata2 sebab ini hanyalah membolehkan para graduan itu membayar jumlah yang kurang daripada sekarang, tetapi MEREKA MASIH TETAP KENA BAYAR. Then, ini berbalik kepada permasalahan yang aku bangkitkan kat atas tadi.

Secara kesimpulan, Rafizi berjaya membawa rakyat memahami banyak perkara yang selama ini tidak jelas mengenai pendirian dan strategi PR dalam isu pemansuhan PTPTN. Garisan2 strategi yang diutarakan dapat menangkap imaginasi dan inilah yang menyebabkan KJ terpaksa resort kepada tindakan menembak. Secara jujur, aku sebenarnya mengharapkan KJ lebih professional dalam mengutarakan hujahnya dengan memberikan penekanan rasionaliti PTPTN dikekalkan. Asas point KJ adalah amat bagus - iaitu polisi pemansuhan ini tidak baik untuk negara - tetapi dia gagal menjelaskan dengan tepat hipotesisnya atau lebih tepat, dia tak tahu bagaimana hendak menjelaskannnya. Kegagalan KJ menjawab dua soalan pokok iaitu soalan kerangka ekonomi yg menjadi tunjang hujah Rafizi serta persoalan duit Petronas yg disapu oleh Pak Lah, serta kegagalannya memberikan hujah yang meyakinkan terhadap persoalan Kak Ijat dan Tajudin Ramli hanya mencambahkan lagi rasa kurang senang terhadap polisi BN. Sayang sekali debat ini hanya ditayangkan di Astro Awani.

Disaat Rafizi membawa pendirian PR, KJ aku lihat berbicara secara peribadi. Itulah yang menjadi perbezaan besar dalam debat ini.

No comments:

Post a Comment