Monday, May 21, 2012

Semut kerengga pun berdemonstrasi!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jom kita bersatira.

Najib menanam pokok rambutan di halaman rumahnya. Selepas beberapa lama, pokok rambutan itu pun membesar dan mula mengeluarkan buah. Najib begitu gembira kerana sekian lama dia menunggu detiknya utk memakan buah rambutan yang ranum itu.

Tiba masa yang sesuai, Najib pun cuba mengait rambutan tersebut, tetapi tak semena2 seekor kerengga jatuh ke tangannya dan mengigit tangan Najib itu. Najib secara spontan membunuh kerengga tersebut, akan tetapi jatuh lagi 3 ekor kerengga lain lalu menggigit tangan, leher dan pipi Najib.

Najib berasa begitu marah, lalu dia pun memanjat pokok tersebut untuk mencari sarang kerengga tersebut. Setelah berjumpa, Najib dengan marahnya memusnahkan sarang tersebut. Namun, tidak disangka oleh Najib ribuan kerengga meluru ke arahnya dengan pantas.

Najib jadi panik. Tidak disangka kerengga yang lemah itu mampu mengumpulkan ribuan ahlinya untuk menyerang Najib yang telah memusnahkan kediaman depa. Najib pun meluru turun dari pokok rambutan itu lalu menghala ke dapur, mencapai setong minyak tanah dan mancis, lalu kembali ke arah pokok itu. Dengan perasaan takut bercampur bengang, Najib pun menyimbah pokok tersebut dengan minyak tanah yang dibawanya tadi lalu dicucuhnya api - pokok rambutan itupun terbakar hangus bersama2 geng kerengga itu tadi.

Najib melihat pokok itu terbakar dengan rasa puas hati yang amat sangat, namun kemudian dia akhirnya menyesal kerana usahanya menanam pokok rambutan itu untuk dimakan buahnya berakhir sia2 - semuanya akibat marahkan kerengga itu.

Apakah moral dari kisah ini?

1) walaupun pokok itu ditanam dan dibajai oleh Najib, pokok itu BUKAN HAK NAJIB. Ianya adalah hak Allah, dan semua makhluk Allah berhak untuk hidup dan mengambil manfaat daripadanya. Sebab, jika Allah tidak izinkan usahkan pokok - daun pun belum tentu tumbuh.

2) Setiap makhluk pastinya akan berasa marah sekiranya hak depa dicabuli. Dalam kes ini, mungkin tindakan Najib cuba mengait rambutan itu mengganggu privasi kerengga2 tersebut lalu ada antaranya yang terjatuh dan mengigit Najib.

3) Najib selaku makhluk yang lebih berkuasa dan berakal daripada kerengga seharusnya bersabar dan menganggap itu adalah lumrah kerengga yang menggigit sesiapa yang mengganggu kawasannya.

4) Namun, ketidaksabaran Najib menyebabkan kediaman kerengga itu musnah, lalu kerengga itu pun turun berduyun2 mengunjuk rasa marah dan sakit hati atas tindakan Najib memusnahkan kediaman depa dan merampas hak depa.

5) Najib mengambil jalan pintas membakar pokok tersebut demi menghalang demonstrasi kerengga itu, tapi akhirnya siapakah yang rugi?

Kesimpulannya, kerengga pun akan berdemo kalau hak depa dicabuli. Apatah lagi manusia. Manusia yang berkuasa seharusnya menghormati hak manusia yang lain, jika tidak pastilah manusia2 itu memberontak dan mengunjuk rasa.

Manusia, tidak seperti kerengga, ada akal.

No comments:

Post a Comment