Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, May 29, 2012
Melayu dilebihkan, Islam diketepikan - itulah Ultra Melayu No Otak
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Benar kata orang - setiap kejadian ada hikmahnya.
dalam masa terdekat, terbit dua isu besar yang melibatkan kepentingan yang berbeza tetapi natijahnya hampir serupa - pemboikotan rakyat ke atas Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) dan Himpunan Jutaan Belia yang menampilkan konsert maksiat tahap gaban di Putrajaya.
Aku tertarik untuk berkongsi pengalaman aku ketika menerjah isu2 ini di dunia maya terutamanya Facebook. Ketika aku membuka status berkenaan pemboikotan RSIB, begitu banyak puak2 "ultra melayu" mengecam, marah dan mengutuk tindakan boikot itu sebagai "menjahanamkan sesama melayu" dan ayat2 yang senada dengannya - dan aku baru bukak status itu selama 1 hari. Tetapi selama 5 hari berturut2 aku buka status berkenaan konsert kpop di Putrajaya yang mengkulminasikan pembatalan kuliah Ustaz Azhar Idrus, TIDAK ADA WALAU SEORANG PUN PUAK2 INI MENERJAH TOPIK AKU untuk memarahi pihak penganjur konsert yang jelas MENJAHANAMKAN ISLAM DAN MORAL!
Sebelum itu, aku nak respon sikit "pemusingan" puak2 penyokong Kpop ini berkenaan isu tersebut. Depa kata "kerajaan tak batal kuliah Azhar Idrus sebab kpop, tapi sebab himpunan belia itu sendiri". Shabery Cheek kata "pembatalan itu adalah disebabkan takut kesesakan lalulintas". Untuk kedua2 alasan ini, satu soalan aku nak berikan - kenapa mesti anjurkan konsert Kpop? Kalau takut masalah kesesakan lalulintas di Putrajaya disebabkan ada 2 program - walaupun ini adalah mustahil disebabkan Putrajaya mempunyai laluan jalan yang luas, banyak pintu masuk, serta PICC jauh dari tapak festival - kenapa tidak batalkan sahaja konsert Kpop itu dan masukkan kuliah Ustaz Azhar sebagai salah satu agenda menarik belia? Ohh..depa akan jawab "ini adalah program untuk seluruh rakyat Malaysia tak kira kaum". Meh sini aku nak tanya - BANGSA APAKAH MAJORITI PENJOGET ALA BERUK KAT KONSERT KPOP YANG SIAP ADA SHOW ALA DISKO TU?
Cukup takat tu. Harussani pun macam nak tak nak je mengkritik perihal ini. Dalam Sinar Harian hari ini, tegurannya terhadap "penganjur" itu amat lunak. Soalnya, SIAPAKAH PENGANJUR ITU WAHAI HARUSSANI? Mention la pihak mana! Kalau bab2 yang tak sekufu dengan kerajaan UMNO BN, laju pulak ko sebut nama parti tu parti ni, siap kata sesat la apa la. Apa ni weh? Memang konsert sebegitu tak perlu fatwa pun, semua tau ianya adalah haram TETAPI TEMBAK LA PENGANJUR ITU SECARA KERAS SEBAB JELAS DEPA MENGANJURKAN BENDA HARAM! Takut periuk nasi terjejas ke? Rezeki ko BN kasi ke Allah kasi?
Berbalik kepada topik. Seperti yang aku katakan, puak2 penyokong Kpop ini begitu marah bila kita melakukan sesuatu yang merugikan melayu (walhal sorg melayu je pun, tu pun jenis berlagak, penipu, pembohong, cekik darah, pengampu...) tapi depa diam seribu bahasa bila Islam itu dibakulsampahkan di Putrajaya. Usahkan depa, para ultras melayu seperti JATI, JMM, Perkasa semuanya seolah2 hilang suara dan telur dalam hal ini. Kenapa? Apakah matlamat perjuangan depa semua sebenarnya?
JMM dan JATI begitu lantang memperjuangkan hal LGBT dan akidah, tetapi apakah depa tahu yang hedonisme tajaan UMNO BN ini adalah satu wadah utama untuk memulakan proses2 ke arah LGBT dan kerosakan akidah? Perkasa lak...well...malas nak komen pasal Perkasa yang pastinya satu pertubuhan yang paling tak relevan di Malaysia ini dalam sejarah.
Kepada puak2 ultra melayu yang menyokong Kpop itu, apa masalah korg sebenarnya? Korg ni ada otak dan akal - takkan la tak boleh berfikir dengan waras. Kenapa kemungkaran depan mata ini korg langsung tak berani bersuara dan menegur tetapi kalau ianya melibatkan melayu, begitu laju sekali kutukan dan kritikan dilemparkan? Masalah utama yang melanda bangsa melayu ini ialah lemahnya iman dalam diri menatijahkan segala masalah sosial yang sekian lama dijuarai bangsa kita ni. Apa puncanya? Benda2 bodoh seperti ini la! Korg hanya tahu menebang buluh tetapi korg tak pernah sekali pun cuba cabut dari rebung. Sia2 je tau tak.
Ternyata, demi melayu dan kemelayuan korg sanggup menjadi adiwira bermatian2 sampai tunjuk2 punggung macam lembu tetapi bila bab Islam dan keIslaman, korg lebih bisu dari syaitan bisu.
Berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara konon.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment