Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, May 6, 2012
BERSIH 3.0 - Bebaskan media!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hidup ini penuh dengan ironi.
BERSIH 3.0 berlangsung pada 28hb April. 5 hari selepas itu, warga media sedunia menyambut Hari Kebebasan Media. Sememangnya ironi apabila mengenangkan ketika BERSIH 3.0, warga medialah antara yang mencuri tumpuan. Dunia tidak begitu memerhatikan apa yang terjadi kepada demonstran. Tidak juga memerhatikan apa yang menimpa pucuk pimpinan pembangkang. Depa memerhatikan apa yang berlaku kepada warga media.
Masakan tidak - sekurang2nya 9 warga media dilaporkan menjadi mangsa keganasan sewaktu BERSIH 3.0, cuma yang digembar gemburkan oleh media2 tempatan hanyalah apa yang berlaku kepada Mohamad Azri Salleh iaitu jurugambar TV AlHijrah yang kononnya dibelasah oleh para demonstran BERSIH - yang kemudiannya dikenalpasti sebagai puak2 siput babi yang sememangnya diupah untuk mengharukan suasana - tetapi apa yang TIDAK dilaporkan adalah selain Azri, wartawan2 lain menjadi mangsa keganasan polis.
Mereka adalah -
1 - Radzi Razak (theSun) dipukul 7 anggota polis, patah tulang rusuk.
2 - Arif Kartono (the Malay Mail) dipukul 6 polis dan kameranya dipecahkan.
3 - Koh Jun Lin (Malaysiakini) ditangkap dan simcard dalam kameranya dirampas polis tanpa dikembalikan.
4 - P. Malayandy (Makkal Osai) dipukul 5 polis dan kamera dirampas tanpa dikembali.
5 - Harry Fawcett (Al Jazeera) kamera dipecahkan oleh polis dan dihalang daripada membuat liputan.
6 - Huang An Jian (Guang Ming Daily) dipukul polis.
7 - Kenny Lew (Channel News Asia) dipukul polis.
8 - Chen Shaua Fui (Merdeka Review) ditendang selepas menunjukkan kad medianya.
9 - Lisa J. Ariffin (Malaysian Insider) cedera terkena kanister.
Azri dibelasah, menurut ceriteranya, ketika cuba meleraikan orang ramai daripada membelasah polis yang melanggar peserta di Sogo cuma aku yakin, Azri dibelasah semata2 kerana ingin menambahkan rencah keganasan agar dilaporkan bagi memburukkan BERSIH. Bukan apa, masakan peserta2 BERSIH apabila mengetahui status Azri sebagai wartawan, tidak mahu menggunakan kesempatan itu supaya Azri merakamkan apa yang berlaku sebagai bukti kecuaian dan kebejatan polis? Apakah Azri dibelasah, antara lain, sebagai usaha menghalang beliau merakam apa yang berlaku?
Namun begitu, senarai wartawan2 lain yang dibelasah itu jelas hasil perbuatan polis terutamanya dalam usaha polis untuk menghalang wartawan2 itu membuat laporan berita dan merakamkan suasana. Hal ini turut mengundang percanggahan antara kenyataan Hishamuddin Tun Hussein dan Tan Sri Ismail Omar mengenai adakah tindakan polis terhadap wartawan terutamanya merampas kamera dan memory card itu berlandaskan SOP atau tidak - Hisham kata ya, Ismail kata tak. Mana satu yang betul?
Yang betulnya, tindakan polis ini adalah satu perkara yang amat tidak bertamadun dan professional. Wartawan2 ini mempunyai segala hak untuk melaporkan berita itu "as it is" tanpa editing untuk tatapan dunia. Punya la teruk sikap kerajaan Malaysia ni, sampai laporan secara "live feed" oleh Al Jazeera dan BBC pun diedit! Semuanya kerana ingin menenggelamkan kebenaran daripada mata masyarakat dunia. Apa ini?
Wartawan2 seluruh dunia meraikan 3 Mei saban tahun sebagai simbol mereka menuntut hak kebebasan media. Kebebasan media ini TIDAK SEKALI2 BERMAKSUD depa boleh laporkan apa sahaja yang depa mahu termasuklah perkara2 lucah dan fitnah - depa ada etika dan intergriti kewartawanan - tetapi apa yang dimaksudkan ialah kebebasan kepada media untuk melaporkan setiap berita tanpa perlu menjalani suntingan atau arahan dan kerahan kerajaan pemerintah. Dalam ertikata lain, media2 seluruh dunia inginkan kebebasan daripada cengkaman pihak2 berkepentingan.
Kita tak perlu pergi jauh - indeks kebebasan media negara kita adalah antara yang terburuk mengatasi Myanmar dan banyak negara blok ketiga, walhal negara ini seringkali dicanangkan oleh pemimpin2 UMNO BN sebagai model demokrasi yang hebat. Inilah yang menjadi antara asas perjuangan BERSIH - akses media yang adil dan saksama. Media2 perdana negara ini hanya melaporkan berita dan laporan yang menyebelahi pihak pemerintah secara membabi buta dan berlebihan, serta tidak ada ruang langsung untuk pihak pembangkang bagi mempertahankan diri atau mengemukakan polisi depa. Walhal, media perdana seharusnya bertindak sebagai agen pembawa, bukan agen propaganda.
Kalau media negara ini adalah agen propaganda, maka apakah bezanya kita dengan Korea Utara?
Tetapi, siapa kata akhbar kita tidak bebas? Akhbar kita benar bebas - bebas menaburkan fitnah, memaparkan laporan dan gambar2 lucah secara terbuka dan menjadi agen provokasi agama dan perkauman. Itulah kebebasan akhbar di negara kita. Itulah kebebasan media di Malaysia.
Aku tertarik dengan catatan Ahmad Lutfi Othman (Ketua Editor Harakah) yang pergi ke Thailand selepas dijemput menjadi pemerhati perjalanan Pilihanraya Umum negara tersebut beberapa tahun lepas. Antara catatannya,
"Setibanya di Thailand, saya tidak dapat merasakan mood pilihanraya itu. Tidak ada poster yang digantung, tidak ada flyers dan apa jua perkara yang menggambarkan negara itu sedang bersedia menghadapi pilihanraya umum. Namun, persoalan saya terjawab apabila menonton televisyen mereka. Menerusi media, setiap calon tidak kira dari parti apa pun diberikan slot tersendiri untuk berkempen dan mengemukakan manifesto masing2 serta adakalanya hujah dan debat politik disiarkan untuk tatapan rakyat."
Lihat - tak jauh pun Thailand dengan kita. Belah utara je. Thailand yang terkenal dengan pengaruh tenteranya pun mengamalkan konsep keterbukaan media dalam perihal politik sebegitu. Mengapakah Malaysia ini, setepatnya kerajaan UMNO BN, begitu cuak dengan kebebasan media dari segi ini?
Alu harap sangat yang 3 Mei tahun ini membuka lembaran baru dalam usaha membebaskan media negara daripada cengkaman sebelah pihak. Jika ini dapat dilakukan, nescaya rakyat Malaysia akan lebih matang dan bijak serta cakna politik. Kita tidak mahu selamanya rakyat negara ini jahil tentang politik serta memandang politik itu seperti najis mughallazah.
Namun, apa yang berlaku semasa BERSIH 3.0 memperlihatkan keberhasilan usaha ini begitu samar2 sekali. Semuanya kerana dek ketakutan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment