Monday, May 28, 2012

Sekitar majlis Ramah Mesra PM dengan Peniaga dan Penjaja Kecil - penjaja ke?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Malam semalam telah berlangsung satu lagi himpunan oleh UMNO BN (setepatnya, oleh Najib) iaitu Majlis Ramah Mesra PM bersama Peniaga dan Penjaja Kecil, di Dataran Merdeka. Kemaruk sungguh Najib ni nak berhimpun - kat Putrajaya tak habis lagi, terus buat himpunan kat KL. Betul2 dia nak celen keupayaan PR terutamanya PAS dalam menganjurkan rapat rakyat yang menyaksikan ribuan kehadiran sekali program.

Sebetulnya, dia amat terpukul dengan BERSIH, tak kira la versi berapa pun (kecuali BERSIH ciplak 4.0). Dia terpukul dengan kata2nya sendiri yang diucapkannya sehari selepas BERSIH 2.0 kononnya "jika kita mahu, kita boleh himpunkan semua 3.5 juta ahli UMNO dengan sekali panggil". Ingat lagi tak majlis tu?

Aku tak nak cerita banyak tentang tentative majlis tu. Rata2 pun dah faham - penuh dengan ucapan politik Najib yang tentunya bercerita tentang transformasi, etp, nkra, ini himpunan yang aman dan tak huru hara dan pelbagai lagi. Cuma pada entri kali ini, aku biarkan gambar berbicara sendiri apakah himpunan yang kesekian kalinya ini berjaya meyakinkan Najib bahawa masanya telah tiba untuk membubarkan parlimen?

Cuma yang kelakarnya, majlis2 himpunan UMNO ni takkan sah tanpa sebarang jenis konsert ataupun hiburan. Nasib baik Najib tak angkut Dat Shabet datang KL sekali. Dia jemput local acts je mcm M Nasir.

Nilailah sendiri.




Gambar menunjukkan selautan manusia yang menghadiri program Najib ini. Kalah BERSIH 3.0.




Gambar menunjukkan anak2 penjaja sedang mengamalkan pengisian rohani yang diberikan oleh Haji Najib.


Perhimpunan ini begitu bersih. Tidak ada walau sebutir habuk ditinggalkan oleh peserta.


Para penjaja ini begitu menyayangi PM sehingga sanggup menyewa beberapa buah bas. Ini 2 diantaranya.

No comments:

Post a Comment