Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, May 20, 2012
Muzakarah! Muzakarah! Taktik lama yang kembali membarah!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ada banyak petanda menunjukkan PRU makin hampir - isu hudud, kes Anwar, isu perpaduan org melayu, kafir mengkafir. Tapi kalau menyentuh bab muzakarah, itu membawa satu petanda lain - UMNO sebenarnya mengalami sindrom kurangnya sokongan melayu.
Jika kita perhatikan perkongsian aku di sini satu ketika dulu, aku menekankan ttg betapa ajakan UMNO terhadap PAS untuk bersatu "demi agama dan bangsa" sebenarnya bermusim. Dan musimnya berlaku apabila UMNO lemah. Cuba masa UMNO kuat terutamanya pada pertengahan dekad 90-an dengan tahun 2004 - ada depa ajak? Takde maknanya.
Begitu jugalah dengan hal muzakarah ini. Ajakannya bermusim. Tak pernahnya konsisten. Bila dah ada ura2 muzakarah, seringkali UMNO yang mengelak dari bermuzakarah tetapi menuduh PAS meletakkan pelbagai syarat dan peraturan "untuk menghalangi muzakarah".
Latest, UMNO menuduh PAS meletakkan syarat "yang tidak masuk akal" untuk membantutkan usaha muzakarah kali ini, iaitu kononnya Nik Aziz menyatakan yang UMNO "harus terima sekali PKR dengan DAP" serta "mengubah dasar UMNO". Maka sekonyong2 keluarlah kenyataan2 yang berpusing2 oleh para pimpinan UMNO dan mereka yang sekufu menyelar Nik Aziz yang dilihat "tidak ikhlas bermuzakarah".
Sebetulnya, apabila membaca laporan Sinar Harian mengenai kenyataan Nik Aziz itu (Sinar pun ada track recod pusing statement pimpinan PR), aku memahami apa sebenarnya tujuan Tuan Guru. Sebelum itu, izinkan aku share sedikit respon Tuan Guru mengenai selaran terbaru terhadapnya berhubung isu ini,
"Bismillah... ada akhbar hari ini memuatkan pandangan seorang bekas pemimpin negara yang mempertikai syarat saya untuk muzakarah PAS - UMNO. Saya katakan, syarat bahawa UMNO perlu terima Islam merujuk kepada perpaduan PAS - UMNO yang dikatakan oleh Timb Presiden UMNO bahawa saya tidak pernah setuju. Adapun tentang isu muzakarah, saya tidak melihat sebarang masalah. Saya cadangkan UMNO dan PAS diwakili oleh Presiden masing-masing. Perbincangannya ialah, kepada PAS lawan UMNO dan kenapa UMNO lawan PAS."
Itu jawapan ringkas Tuan Guru menerusi Facebook rasmi beliau.
Bagaimanakah ingin bermuzakarah sekiranya budaya sebegini terus ditekankan oleh UMNO?
Jom kita baca petikan artikel Sinar Harian mengenai kenyataan Nik Aziz itu,
"Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh PAS sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.
"Kalau UMNO nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"UMNO kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini."
No 1, ayat Sinar Harian itu sendiri cuba untuk meletakkan bahawa PAS "meletak banyak syarat" apabila depa menulis "...UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh PAS..." Sebenarnya, semua tu bukan syarat yg diletakkan, tetapi lebih kepada "perkara yang sepatutnya berlaku dan dilakukan". Tak perlu mention sebagai syarat pun tak pe.
Apakah perkara yang perlu dilakukan itu?
1) Tukar dasar kebangsaan kepada Islam - Ini adalah asas. Kita semua tau kepentingan bangsa dengan kepentingan agama pastinya akan membawa kepada pertembungan kepentingan lalu menghasilkan konflik. Islam sendiri tak mengajar kita agar mengutamakan bangsa mengatasi Islam. Islam mengajar kita mengutamakan Islam terlebih dahulu mengatasi segala perkara. Itu tak perlu diberitahu pun. Budak sekolah pun faham benda tu tapi UMNO yang tak faham2.
Sebab itu begitu sukar untuk bersatu sebenarnya - kerana sikap rasis UMNO. Dan apabila dasar Islam diletakkan, makanya negara ini akan lebih terjamin masa depannya kerana Islam menjamin hak semua bangsa dan agama dan ini, tuan2, akan membawa kepada perpaduan yang lebih jitu. Disamping itu juga, insya Allah langkah2 untuk menegakkan Islam sebagai ad deen di negara ini akan berjalan dan tercapai. Soalnya, apakah UMNO bersedia untuk bersama2 PAS dalam hal ini? Itu kewajiban depa!
2) Menerima rakan2 PAS yang lain dalam Pakatan, dan bersama2 dengan Pakatan - apa yang dimaksudkan Tuan Guru adalah apabila keputusan muzakarah selesai dan perpaduan UMNO dan PAS menjadi realiti, maka tak seharusnya timbul soal "pihak A pihak B". Kalau namanya nak bersatu, bersatulah semua sekali. Ini adalah langkah besar Tuan Guru untuk memulihkan kembali hubungan UMNO dengan PKR terutamanya Anwar Ibrahim, dan juga untuk memastikan UMNO tidak lagi bersikap rasis melampau terhadap DAP bahkan banyak je ex UMNO dalam DAP itu. Dalam masa yang sama, Tuan Guru juga tidak mahu mengenepikan sahabat2 PR yang banyak berjuang bersama2 dengan PAS mutakhir ini terkontang kanting sekiranya UMNO dan PAS bersatu. Itu dari segi harfiah.
Secara peribadi, aku memandang perkara ini seperti ajakan Tuan Guru agar UMNO "tinggalkan BN yang rasis, dan sertailah Pakatan yang bersifat untuk semua". Hakikatnya, itulah yang sepatutnya. Bukan lagi rahsia bahawa BN ini telah menjadi "himpunan parti2 rasis" yang kononnya bersatu atas satu katil, tetapi mimpi depa jauh berlainan dan bercanggahan antara satu sama lain.
3) Muzakarah diadakan sebelum PRU13 - Ini adalah masterstroke dan menjadi alasan terbesar kenapa UMNO banyak mengelak. Puas UMNO dan juhalak2 depa mengeluarkan jurus mengelak dari berdebat dengan pimpinan PR esp the much anticipated Debat Najib-Anwar, jd untuk bermuzakarah dengan PAS (jangan lupa, antara ciri muzakarah ialah debat) sebelum PRU bermakna depa terjerumus ke dalam satu lembah yang tidak depa ingini dan amat depa takuti. Terutamanya apabila PAS membuka cerita berpaksikan Islam, lagi la akan memerangkap UMNO. Sebab itulah - bagi aku - antara ketiga2 "syarat" ini, perkara ketiga ini yang paling menakutkan UMNO. Aku percaya, kalau Tuan Guru tak sebut pasal hal dasar Islam dengan penerimaan geng Pakatan dan hanya letak permintaan adakan muzakarah sebelum PRU, tentunya UMNO akan menolak jugak.
Kesimpulan mudah, aku tak yakin muzakarah antara PAS dan UMNO akan menjadi. Sorang cerita A, dan lagi sorang cerita Alif. Bunyinya seakan2 sama tapi nahunya berlainan. Sebagai penutup, sila baca surat terbuka Tuan Guru Presiden berkenaan hal muzakarah ini, yang dikeluarkannya bulan lepas.
Banyak intipatinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment