Wednesday, May 2, 2012

Suruhanjaya siasat keganasan polis itu biar benar bebas!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seperti yang telah aku prekuelkan dalam status facebook aku, sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasat dakwaan keganasan melampau polis mungkin akan dibentuk rentetan aduan dari pelbagai pihak, termasuk orang awam dan wartawan2 antarabangsa berkenaan kekejaman dan keganasan polis ketika perhimpunan BERSIH 3.0 baru2 ni.

Bagi aku, langkah ini wajar disokong secara asasnya sebab sememangnya dakwaan keganasan polis ini adalah berat dan ianya boleh menjejaskan kredibiliti pasukan polis di mata rakyat Malaysia khasnya dan khalayan dunia umumnya. Bayangkan apa akan jadi jika rakyat tidak lagi menghormati polis.

Itu secara asas.

Secara jelasnya, tidak perlu diadakan apa2 suruhanjaya untuk menyiasat dakwaan tersebut sebab segala apa yang didakwa itu semuanya caught on camera. Semuanya secara jelas menunjukkan betapa polis bertindak amat2 melampau dalam usaha depa utk meredakan demonstrasi. Tetapi, daripada pemerhatian ramai pihak tindakan polis bukan untuk mereda atau menyuraikan demo, sebaliknya tindakan depa lebih kepada "belasah on sight" tanpa niat untuk restore order.

Kalau kita kaji balik segala video, sememangnya amat mengejutkan. Pembelasahan secara "lumberjack" berlaku di mana2. Seorang peserta yang sedang makan diheret dan dibelasah atas tuduhan yang amat tidak berasas. Ketika azan berkumandang di Masjid India, ketika itulah polis berlatih melayangkan penendang. Apa ni??

Tindakan polis merampai kamera2 media yang membuat liputan juga amat wajar dikeji dan dikutuk. Demi untuk "menghalalkan" tindakan berkenaan, Hishamuddin menyatakan bahawa tindakan itu sejajar dengan SOP polis - sesuatu yang dinafikan KPN sendiri. Bagaimana boleh bercanggah pulak? Cakap siapa yang patut kita dengar? Cakap Menteri atau cakap Ketua Polis? Atau cakap kedua2nya tidak boleh digunapakai langsung?

Jika benar ingin menubuhkan suruhanjaya itu, aku MENGGESA DISIASAT PERKARA2 INI -

1) dakwaan Zaharin Mohd Yassin bahawa terdapat anggota2 polis menyertai demonstrasi BEIS (baca - menyamar) dengan memakai baju kuning tetapi bergelang kuning sebagai tanda pengenalan, dan dakwaan itu turut menjelaskan dengan terperinci apakah tujuan polis2 "BERSIH" itu.

2) mengapa polis membentuk ribat dan mengepung demonstran di kawasan yang tidak digazetkan sebagai kawasan larangan berhimpun iaitu di KLCC? Inilah insiden yang digunakan untuk membusukkan nama Unit Amal.

3) mengapa polis melepaskan tembakan gas pemedih mata secara melampau? Sudah jelas apabila polis melepaskan gas pemedih mata permulaan, peserta sudah mahu bersurai tetapi polis tetap melepaskan berpuluh das tembakan lagi meskipun secara jelas para demonstran tidak mampu kemana2 lantaran kesesakan di sepanjang jalan Tun Tan Cheng Lock.

4) mengapakah polis terus meronda, menangkap malah membelasah peserta di kawasan2 yang tidak digazetkan sebagai kawasan larangan berhimpun selepas kejadian di Dataran?

5) mengapakah polis begitu biadab mencemarkan kemuliaan masjid apabila bertindak menyerbu, membelasah dan menangkap para demonstran yang sedang ingin bersolat?

6) siapakah yang menyebarkan khabar angin tentang kematian polis hingga menyebabkan polis bertindak sebagai haiwan liar mencari mangsa, bukan lagi melindungi kepentingan rakyat.

7) arahan siapakah kamera2 media dirampas dan para wartawan dipukul serta dihalang dari menjalankan tugas depa membuat liputan secara adil dan telus.

8) paling penting - siapakah pihak sebenar yang menjadi dalang di sebalik keganasan polis ini?

Banyak lagi persoalan yang aku tak tertulis sebab banyak sangat, tapi cukup setakat itu. Jangan tubuhkan suruhanjaya - habiskan lebih banyak duit rakyat - lepas tu keluarkan keputusan "suruhanjaya mendapati polis melakukan kerja depa dengan baik".

Secara jujur, imej PDRM berada pada tahap all time low sejak Hishamuddin memegang KDN. Begitu banyak sekali laporan mengenai kekejaman dan keganasan serta salahguna kuasa oleh polis berlaku. Bagi aku mudah - polis ini cuma tools. Elok cara penggunaannya, eloklah hasilnya. Tapi jika digunakan dengan salah, maka buruklah hasilnya.

Penyelesaiannya mudah. Nak pulihkan imej Polis? Tukar peneraju KDN. Nak tukar peneraju KDN? Tukar pihak peneraju kerajaan. Nak tukar pihak peneraju kerajaan? Undilah PR.

No comments:

Post a Comment