Saturday, May 5, 2012

BERSIH 3.0 - Seminggu berlalu, namun darahnya masih mengalir...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Diam tak diam, seminggu sudah berlalu. Tarikh 428 kekal menjadi antara lembaran penting dalam sejarah demokrasi negara. Tarikh itu menjadi saksi buat kali keduanya rakyat Malaysia berbilang kaum, keturunan dan agama turun beramai2 atas satu tujuan, dibawah naungan satu warna iaitu kuning - melambangkan solidariti rakyat Malaysia terhadap institusi Raja-Raja Melayu - demi menuntut penambahbaikan dan reformasi dalam sistem pilihanraya umum negara seterusnya SPR itu sendiri. Dan kali ini, gelora dan gelombang itu jauh lebih besar dan lebih aman - sebelum peristiwa2 tragis yang terjadi lantaran provokasi pihak2 tertentu.

Hari ni, dengan semangat kuning (aku mengenakan baju BERSIH bertulisan jawi hari ni), aku mengambil ruang dan peluang sementara ke pasar Chow Kit tadi untuk menyusuri lembaran sejarah, melewati tempat2 yang menjadi saksi kebangkitan rakyat menentang tirani dan kebejatan sistem pemilihan kerajaan negara kita ini sambil memuhasabah diri.


Dengan menaiki motosikal, aku bergerak menuju dari rumah ke destinasi pertama aku iaitu ke Dataran Merdeka - tempat yang menjadi keramat sepanjang bulan April ini. Masa aku datang tadi, Dataran ditutup laluannya kepada org ramai. Tak tau la pulak kalau lepas tu depa bukak balik ke halangan tu whatsoever tapi inilah bukti jelas betapa TIDAK ADA MASALAH PUN KALAU DATARAN MERDEKA ITU DIBENARGUNA UNTUK TUJUAN DUDUK BANTAH - sebab tanpa sebarang alasan pun, Dataran Merdeka tetap ditutup daripada dilalui oleh orang ramai. Jadi, alasan bahawa DUDUK BANTAH itu akan menyebabkan ekonomi runtuh ke KL sesak ke apa ke adalah alasan BODOH semata2.


Aku bergerak menuju ke arah tempat aku berdiri membentuk ribat masa BERSIH haritu, iaitu di penjuru belah kanan betul2 sebelah dengan bangunan Mahkamah. Aku teringat balik masa BERSIH 3.0 peristiwa aku halau siput babi tapi tak mampu buat apa2 untuk halang depa menyerbu masuk dan buat haru biru. Masih terbayang depan mata aku kala aku cuba bergerak ke arah polis untuk menghalang para peserta daripada menyerbu ke dataran. Kat sini, aku teringat satu perkara - demonstran sejati teragak2 untuk melangkah ke dataran, terutamanya melihat polis tidak memberi laluan tetapi ada segelintir puak - sama ada preman atau pakai baju kuning bergelang kuning kat tangan - terus je meluru seolah2 depa tau apa yang depa nak buat lepas tu. Lamunan aku tersentak bila aku ditegur oleh sorg pelancong (yang kemudiannya selepas berkenalan, dia merupakan warga Scotland dan dia ada masa BERSIH 3.0) menanyakan sama ada aku ada masa BERSIH 3.0 - sebab dia tengok baju BERSIH yang aku pakai. Pelancong tersebut, bernama McKenna, kemudian menyatakan satu ayat yang amat aku tak leh lupa, "never in my life, i witness loads of people from different kinds and backgrounds united for one cause and one voice, which i truly admire."

Thanks for that, lad.

Puas aku lepak ke situ, aku bergerak ke area bangunan OCBC melalui Jalan Tun Perak kemudian aku patah masuk Lebuh Ampang sebelum tiba ke Dataran Maybank. Masih terbayang lagi selautan manusia yang memenuhi setiap inci tar yang memermaidanikan jalanan di situ. Penuh manusia hinggakan tiada ruang untuk aku duduk! Pelbagai bangsa masa itu bersatu dalam suasana harmoni, menyanyikan lagu2 patriotik dan folk songs, bahkan ketika 2 black maria polis melalui orang ramai di situ, mereka diraikan dengan tepukan dan sorakan membodek - bodek supaya polis bagi masuk Dataran.


Masih terasa lagi betapa sesak dan seksanya melarikan diri daripada tembakan teag gas bertalu2 oleh polis yang jelas melanggar SOP - terus menembak walaupun jelas para peserta sedang beredar dalam keadaan sempit dan padat. Masih terbayang di depan mata aku 2 orang demonstran amoi cina mengalami sesak nafas yang kronik sehingga terpaksa ditampu tinggi untuk mendapatkan udara. Masih aku ternampak tembakan teag gas mengenai bangunan2 di sekitar Jalan Tun Perak itu dan terngiang2 lagi kalimah takbir yang dilaungkan - persis sedang berperang.

Timbul persoalan - apakah kami ini membahayakan negara sedangkan kami ini sendiri rakyat negara ini? Atau kami ini sebenarnya membahayakan puak2 pengotor?

Perjalanan aku diteruskan lagi - menuju ke kawasan paling panas sepanjang BERSIH 3.0 iaitu Sogo. Selepas meletakkan motosikal aku kat Pertama, aku berjalan kaki menuju ke "tempat itu" - tempatnya dimana kereta polis itu merempuh peserta BERSIH hingga menyebabkan kecederaan parah dan menjadi mainan media untuk beberapa ketika hasil daripada pembelasahan yang diterima oleh wartawan Al Hijrah. Masih nampak kesan langgaran kereta itu walaupun tiada lagi darah yang berbekas di atas batuan jalan. Aku kemudian diberitahu oleh seorg pengawal keselamatan Sogo berbangsa bangladesh, Feroz yang kesan darah itu dicuci pada esok harinya oleh cleaner2 Sogo, cuma depa tak leh buat apa mengenai kesan langgaran kat dinding tangga Sogo tu. Dia yang ada kat dalam bangunan Sogo itu memberitahu keadaan masa tu memang kelam kabut, dan memang mengerikan apabila melihat beberapa orang melambung dilanggar kereta tersebut.


"Apa mereka mahu buat? Ini orang semua tada kacau orang. Kita pun ada bisnis bila itu polis sudah suruh tutup." Katanya. Aku tanya soalan nakal, "itu goverment tara kasi u IC ka Feroz?" Dia cuma gelak. Gelak ada makna kot.

Kemudian aku pun bergerak dari situ menuju ke destinasi aku iaitu Chow Kit untuk meneruskan rutin.

Kesimpulan yang aku dapat dari perjalanan aku ini? Inilah perjalanan yang telah ditempuhi oleh ratusan ribu rakyat Malaysia yang cakna dan peka demi menuntut hak depa, iaitu PILIHANRAYA YANG TELUS, ADIL DAN BEBAS SERTA BERSIH. Itu sahaja. Siapa menang atau kalah PRU itu nanti, itu belakang cerita. Allah yang menentukan. Yang penting, padang permainan hendaklah dan mestilah sama rata.

Inilah perjalanan depa - bermandikan peluh dan keringat, serta air mata dan darah demi menuntut hak depa bersama. Ada yang datang demi untuk menuntut masa depan negara yang lebih selamat dari ancaman radioaktif. Ada juga yang berkumpul demi menyelamatkan hak2 warga Felda. Walau apa pun tujuannya, matlamatnya adalah sama - iaitu UNTUK MASA DEPAN NEGARA YANG LEBIH BAIK UNTUK GENERASI AKAN DATANG. Apakah ini boleh dikategorikan sebagai pengganas? Perusuh? Ingin menggulingkan negara? Sampai sekarang aku menggelengkan kepala melihat kebodohan puak2 ini. Sejak BERSIH 2.0 lagi! "BERSIH bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO BN". Bila masa?

Ataupun memang benar, pilihanraya umum yg bebas, adil dan telus sepenuhnya itu boleh mendatangkan masalah kepada BN? Iaitu terbuktilah memang BN selama ni menang kotor? Kot tak, masakan depa takut benar dengan BERSIH?

Malah, tak keterlaluan dikatakan bahawa BERSIH begitu diterima oleh masyarakat yang bijak dan professional serta paling diingati. Buktinya setiap kali aku berjalan kaki, ramai je umat tak kira apa bangsa menegur aku sambil menunjukkan tanda isyarat "bagus". Tak kurang yang menyapa aku dengan kata2, "steady bang, kita lawan untuk hak kita". Malah, ada seorang wanita cina yang agak berusia menegur aku dengan berkata, "hey...this is that Unit Amal guy who guide us at Dang Wangi, right? We are all indebted to you and ur Amal team." Terharu seh bila org ingat aku lagi. Bila kami nak berpisah, ah so itu melaungkan "PAS for all, ALWAYS!" Dan aku membalas dengan "Allahu Akbar!"

Inilah yang UMNO BN takutkan. Sempadan sentimen perkauman yang depa tanamkan selama 54 tahun siki demi sikit melebur. Cina dan India zaman sekarang bukan mcm dulu. Depa jauh lebih bijak dan matang, serta orang tua2 depa lebih terbuka menerima perubahan. Perkara yang sama tak begitu boleh dibicarakan terhadap orang Melayu. Di saat generasi muda depa meraikan sahabat2 kaum lain, masih ada segelintir orang tua2 yang masih berpegang kepada sentimen perkauman pekat - "cina ni bukan boleh percaya sangat" "lama2 kepala melayu kena pijak" seumpamanya. INILAH DIDIKAN UMNO.

Didikan inilah yang ditanam sekian lama hinggakan perkara seperti BERSIH pun dijadikan agenda perkauman. "Melayu sama melayu bergaduh, cina tepuk tangan". Cina semua tepuk dahi baca statement ni. Berapa ramai cina yang turun dan hadap tear gas masa 3.0? Jawab sendiri. Even ada amoi yang beli makanan kat kedai aku pun siap tanya aku "Ustaz, u ada turun BERSIH 3.0 ke? Saya satu family dengan papa n mama semua turun".

Sesungguhnya, inilah lembaran sejarah yang hebat. Sejarah kini mencatatkan tarikh 709 dan 428 sebagai tarikh2 keramat kebangkitan rakyat menuntut hak depa seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Insya Allah, perjuangan ini akan membuahkan hasil yang bagus untuk kita. Biarkan darah itu terus mengalir, kerana itulah saksi perjuangan kita.

No comments:

Post a Comment