Thursday, May 31, 2012

Hijaukan bumi Kedah!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semakin dekat detiknya untuk para pemimpin, amilin dan pendukung Parti Islam SeMalaysia dan pihak2 yang menyantuni perjuangan PAS ini untuk menggegarkan bumi Kedah Darul Aman dengan laungan takbir yang pastinya bersahut2an dengan penuh semangat.

Sebetulnya, PAS dan lautan manusia yang berhimpun merupakan pasangan yang cocok. TIdak pernah lagi sepanjang usia PAS, terutamanya mutakhir ini, sebarang program yang dianjurkan PAS tidak mendapat sambutan rakyat baik ahli mahupun bukan - malah menarik kehadiran SB pun. Tambahan pula kimi dengan tahalluf bersama2 Parti Keadilan Rakyat dan DAP menatijahkan sebarang program yang dianjurkan PAS sama ada secara bersendirian mahupun secara kolektif mendapat sambutan yang luar biasa.

Inilah kelebihan PAS sejak zaman berzaman yang amat dicemburui UMNO. Buatlah apa pun - road block, fitnah, mempergunakan mimbar dan media utk mengutuk keji PAS, tidak beri permit, ceramah kembar dan sampai satu tahap, menyebarkan pembohongan kononnya program PAS itu tak jadi (dialami oleh ustaz Norazli Taliban) namun ianya tetap tidak dapat menghalang ribuan umat membanjiri setiap ceramah PAS, terutamanya di "sacred place" PAS Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar, atau kini dikenali dengan nama KUIZM.

Himpunan Hijau ini secara asasnya bukanlah diadakan untuk "melawan" Gelombang Merah UMNO yang tak bergelombang mana pun awal bulan Mei lalu. Macam yang aku nyatakan, kehadiran ribuan orang ke setiap program PAS dan PR bukanlah perkara baru tetapi secara hakikatnya, inilah medan psikologi yang amat berkuasa terutamanya dalam mood pilihanraya ni.

Ya - ramai rakyat di atas pagar sebenarnya memerhati dengan penuh minat perkembangan dua parti yang paling dominan di Malaysia ini dan pastinya, "number always counts". Sebab tu UMNO bersungguh2 cuba untuk menjayakan Gelombang Merah pada awal Mei lalu tapi malangnya, kehadiran amat menyedihkan - sekurang2nya bagi depa. Mana taknya, hanya separuh stadium yang penuh walhal digembar gemburkan ahli2 UMNO seramai 3.5 juta org akan hadir memenuhi ruang. Tersentak dengan kegagalan itu, depa cuba menganjurkan pula Himpunan Jutaan Belia yang pastinya mengandungi ingredient yang sama seperti tahun lepas dalam usaha menarik belia - hedonisme. Kalau tahun lepas depa canangkan "sejuta berjaya dihimpunkan" (malang sungguh apabila depa tak dapat beza maksud "himpun" dan "berkunjung") maka tahun ini, depa meletakkan angka yang lebih tinggi - 2 juta orang. Main juta je. Walhal hakikatnya?

Ada seorang puak UMNO, seperti yang dipetik oleh seorang sahabat maya sebagai berkata, "Perhimpunan PAS ini pasti takkan dapat sambutan sebab kena keluar duit sendiri sedangkan kalau program UMNO, peserta ditanggung sepenuhnya". Well, secara amnya kata2 orang itu mengakui kebenaran dakwaan kita selama ini iaitu kalau UMNO buat program, para pesertanya dibayar. Belum cerita penyalahgunaan intitusi dan kakitangan awam serta budak sekolah lagi.

Tapi aku yakin, Himpunan Hijau ini pastinya mendapat sambutan yang diluar dugaan walaupun kita MEMBAYAR untuk berhimpun. Bas yang aku uruskan telahpun penuh dan masih lagi org mintak ruang. PAS Gombak sediakan 5 bas - pun penuh belaka dah sampai terpaksa carik ruang lain di kawasan2 yang masih ada kekosongan tapi boleh dikatakan hampir semua kawasan mengalami masalah yang sama. Menurut surver rakan2 di Kedah, homestay dan hotel2 bajet semuanya telah penuh ditempah. Itu yang tempah beb - banyak je yang jenis balik hari macam team Pemuda PAS Batu.

Maka atas keyakinan ini, aku berani katakan bahawa program Himpunan Hijau ini pastinya akan meletup dan memberi impak yang mega besar. Kepada sahabat2ku yang membaca artikel ini, jom kita gegarkan dan hijaukan bumi Kedah dan penuhi ruang udara Kedah dengan laungan takbir yang amat bersemangat. Mudah2an, ini akan memberikan kekuatan dan keyakinan kepada sahabat2 kita yang masih lemah, meningkatkan semangat sahabat2 kita yang sedang berjuang dan yang paling utama, menanamkan rasa gentar dan gerun ke dalam hati musuh2 kita.

KITA HIJAUKAN BUMI KEDAH - DAN TERUS MENGHIJAUKAN PUTRAJAYA! TAKBIR!

No comments:

Post a Comment