Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, May 25, 2012
Najib oh najib - kenapa begitu cuak menyahut cabaran debat Anwar?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ada beberapa isu yang menjadi buah mulut rakyat terutamanya pihak yang cakna politik sejak dua menjak ini - isu tuntutan BERSIH (cuba dispin oleh UMNO BN dengan pelbagai tindakan mengarut) dan debat Najib-Anwar.
Hadapilah kenyataan - rakyat semakin dahagakan informasi yang segar dari kedua2 belah pihak dan bukannya sekadar ayat2 yang difabricate membentuk bait2 kata dalam ceramah, forum mahupun kenyataan akhbar dan laporan berita. Stretegi lama politik negara ini yang begantungharap kepada informasi yang disebarkan oleh media masih lagi relevan, dan dalam kes2 tertentu ceramah politik menjadi medan yang lebih segar berbanding media untuk para pemimpin politik bertemu rakyat menjelaskan polisi depa. Cuma pastinya lain pihak, lainlah polisinya. Dalam kes Najib dan Anwar, masing2 ada polisi masing2. Najib dengan transformasinya dan Anwar bersenjatakan reformasi dan buku jingganya.
Jadi bagaimanakah untuk membolehkan rakyat meneliti dan mengkaji serta mengimbangi informasi2 yang bercanggahan ini agar dapat depa melakukan pilihan yang tepat dan jitu? Sudah tentulah di atas pentas debat - menemukan dua pihak yang berlawanan idea ini, membahaskan hujah2 depa untuk meyakinkan rakyat bahawa polisi depalah yang terbaik untuk negara.
Itulah idea debat sebenarnya - bukan nak kira siapa menang atau kalah. Kalau mcm tu, baik suruh depa masuk pertandingan debat sekolah2 je. Dapat sijil penyertaan lagi.
Dan kini, sedikit demi sedikit rakyat makin ketagih menyaksikan debat2 seperti ini. Ruang Bicara Rakyat di TV1, penganjuran Wacana Perdana yang biasanya dipengerusikan oleh Dr Agus serta pelbagai lagi pentas debat yang dianjurkan terutamanya oleh Sinar Harian, dikulminasikan dengan penganjuran 2 debat besar antara pemimpin2 PR dan BN seperti Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng serta Rafizi Ramli vs Khairy Jamaluddin diibaratkan oleh rakyat dan pemerhati politik seperti "orang mengantuk disorongkan bantal". Informasi2 yang dihadam daripada debat2 ini terlalu besar impaknya. Rakyat sudah ketagih. Depa mahu lebih lagi.
Dan depa mahukan "ibu" segala debat di Malaysia ini - antara ketua parti pemerintah dengan ketua pakatan pembangkang. Antara dua pihak yang akan memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya gabungan parti masing2 memenangi pilihanraya. Dua pihak yang menjadi tunjang manifesto dan gagasan pihak masing2.
Masalahnya, hingga artikel ini ditulis Najib masih menikus dan tidak memberikan sebarang respon terhadap cabaran debat bersama Anwar itu. Yang lebih lawak, pihak lain pulak yang bertindak sebagai jurucakap Najib secara tak rasmi - Ahmad Maslan siap kata "debat adalah budaya barat". Ezam menganggap "tak perlu PM berdebat dengan peliwat" dan pelbagai lagi. Malah, Ibrahim Ali dengan bodohnya mencadangkan Anwar berdebat dengan Saiful Bukhari. Siapa Saiful Bukhari?
Mengapakah Najib begitu takut untuk berdebat dengan Anwar? Bukankah Najib seringkali mencanangkan polisinya adalah yang terbaik dan termantap untuk negara serta sering didakwanya polisi pembangkang akan meranapkan negara? Pastinya Najib berkata sedemikian dengan fakta. JIka tidak, mana mungkin dia berani mendedahkan perkara2 seperti itu kepada umum?
Jika begitulah perihalnya, sudah tentulah tidak ada masalah bagi Najib untuk menghadapi Anwar dan berbalas fakta dan hujah mengenai polisi masing2. Oleh itu, sikap Najib dalam hal debat ini adalah amat pelik sebenarnya. Kemuncak ketakutan Najib, hinggakan gesaan secara live oleh Dr Maszlee Malik sewaktu penutupan debat Rafizi-KJ supaya Najib dan Anwar berdebat itu pun dipotong dari siaran tertunda debat tersebut.
Apakah boleh dikatakan bahawa polisi2 Najib itu cuma retorik semata2 dan angka2 yang disebut serta unjuran2 yang dibentangkan hanyalah rekayasa semata2? Atau boleh dikatakan bahawa data dan unjuran Anwar jauh lebih tepat dan jitu hinggakan tidak mampu disanggah oleh Najib? Atau hakikatnya segala perkara yang dibentangkan oleh Najib adalah 100% hasil pemikiran para think-tanknya semata2 dan tidak ada satu pun yang datang hasil daripada buah fikiran Najib sendiri? Ini adalah satu perkara yang logikal kalau hendak difikirkan - masakan Najib tak mampu nak berhujah walau satu perkataan pun seandainya segala idea transformasi negara yang dijualnya itu datangnya dari kotak mindanya sendiri?
Ini diperkuatkan lagi dengan hakikat bahawa Najib TIDAK PERNAH BERDIALOG DENGAN RAKYAT waima secara tertutup, seperti yang diharapkan dan diwarwarkan ketika programnya di London baru2 ini. Kalau berdialog dengan rakyat terbanyak pun dia cuak, apatah lagi dengan musuh ketatnya yang jauh lebih intelligent?
Kalau begitulah halnya, malang sekali negara ini kerana masadepan negara ditentukan oleh sekumpulan manusia yang berkepentingan yang bersembunyi di sebalik bayangan Perdana Menteri Malaysia. Malang sekali kerana kita mendapat seorang Perdana Menteri yang tidak yakin dengan polisinya sendiri. Malang sekali, terutamanya, kerana kita mendapat seorang Perdana Menteri yang pengecut dan tidak berani ke hadapan untuk mempertahankan ideanya. Kalau idea sendiri pun tak mampu dipertahankan, apatah lagi seluruh negara?
Berhenti menjadi pengecut, wahai Najib Tun Razak. Kami tidak sudi untuk berketuakan seorang yang tak berani untuk mempertahankan dirinya sendiri pun. Majoriti rakyat mahukan debat anda dan Anwar. Mahukah anda mengikut aspirasi rakyat atau anda masih mahu terus dibuai mimpi indah walaupun hakikatnya, ianya adalah mimpi ngeri buat anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment