Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, May 18, 2012
Jadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jika diberi pilihan, aku ingin sekali PAS pada masa akan datang mendesak supaya cuti hujung minggu ditukar kepada Jumaat dan Sabtu mengikut cuti certain negeri di Malaysia seperti Kelantan, berbanding cuti Sabtu dan Ahad sebagaimana yang diamalkan sekarang.
Kenapa aku tiba2 bangkitkan hal ini?
Bagi kita umat Islam, hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Itulah harinya dimana kita diwajibkan untuk pergi solat Jumaat di masjid2 dan dalam masa yang sama, digalakkan dan dituntut agar kita memperbanyakkan ibadah sama ada bersifat ruhaniah mahupun jasmaniah.
Allah berfirman dalam al Quran menerusi surah al Jumu'ah ayat 9 hingga 11,
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:” Pahala – balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki."
Sepatutnya, solat Jumaat itu didahulu dengan dua khutbah. Dan kalau kita perhatikan di negara2 luar seperti Arab Saudi jika kita rajin melihat "Khutbah Mekah" di Astro Oasis, khutbah Jumaat depa ada dua yang dipisahkan dengan sela waktu dalam 30 saat seperti yang dirukunkan. Sama ada khutbah itu berlainan konteks, atau ianya merupakan konteks yang sama tetapi dari sudut pandang yang berbeza.
Khutbah Jumaat pula sepatutnya bukan hanya tertumpu kepada aspek surface dan keagamaan semata2, tetapi ianya mesti menyentuh juga secara detail mengenai pelbagai aspek kehidupan ummah dan sebolehnya menyentuh isu2 terkini yang mencengkam umat Islam - politikal, sosial dan sebagainya dari konteks yang benar2 telus dan bukan menjilat punggung sesiapa. Pengisian khutbah itu pula sepatutnya bersifat pembuka minda dan bukan sejenis teks yang sekadar memenuhi tuntutan rukun semata2. Dan untuk mencapai kualiti khutbah yang terbaik, kadang2 jangkamasa khutbah itu harus menjadi lebih lama dan ini tidak boleh dilakukan jika hari Jumaat itu ialah hari bekerja. Malah, kalau kita perhatikan setiap kali khutbah Jumaat mutakhir ini hanya diadakan satu khutbah, dan khutbah kedua lebih mencondong ke arah doa yang serba panjang dan sedikit peringatan yang sama iaitu "sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi..."
Jadi bagaimana kita mahu membina umat Islam yang mapan dan cakna pemikiran kalau khutbah Jumaat pun diadakan secara "tangkap muat" dan mengejar masa? Siap ada tajuk "makanlah buah2an tempatan"...
Malah, kalau kita fikirkan inilah masa yang sesuai untuk umat Islam terutamanya lelaki bermuamalah dan bersosial dengan sahabat2 yang turut sama ke masjid untuk solat Jumaat. Bukan apa - kesibukan bekerja terutamanya di bandar besar seperti KL ini membataskan masa kita untuk bermasyarakat. Hujung minggu pulak kita banyak habiskan masa kat rumah sebab ingin berehat, dan tidak ada dalil yg memerlukan kita untuk keluar rumah dan bermasyarakat. Jadi, inilah hikmah Allah mewajibkan umat Islam yang lelaki untuk keluar bersolat Jumaat agar secara tak langsung ianya dapat mencambahkan aktiviti kemasyarakatan dan membolehkan kita saling kenal mengenal. Ye la - alang2 dah abis solat. Cuti pulak tu. Then ramai2 pi la mengeteh sambil borak2! Yang muda yang tua yang remaja yang kertu...semua boleh terlibat sebab hari itu hari cuti hujung minggu.
Tapi mampukah kita buat semua itu sekarang bilamana Jumaat adalah hari bekerja?
Dan dalam masa yang sama, ianya mampu untuk meningkatkan produktiviti kerja terutamanya badan2 kerajaan. Sekarang ini, realitinya masa berurusan dengan jabatan kerajaan misalnya pada hari Jumaat menjadi lebih singkat berbanding hari biasa - short sejam lebih dek kerana solat Jumaat. Walhal yang solatnya lelaki je tetapi rehat dekat 2 jam tu diimplimentasikan kepada semua kakitangan. Urusan kaunter banyak tergendala dan sebagainya. Malah, ada company dan jabatan yang terus tutup selepas waktu solat Jumaat - business hours on Friday is from 9.00 am to 1.00 pm. Pernah nampak tak mcm ni?
Jadi, apa pointnya mengekalkan hari Jumaat sebagai hari bekerja kalau ini semua berlaku? Baik tak payah.
Jika hari Ahad diwartakan sebagai hari bekerja, insya Allah produktiviti dapat dipertingkatkan kerana waktu beurusan setiap hari adalah sama sahaja tanpa sebarang pengurangan. Dan dari segi yang lain, ini juga memudahkan urusan antara negeri sebab kini, ada urusan yang terpaksa ditangguhkan sekiranya ia melibatkan Kuala Lumpur dan Kedah misalnya esp pada hujung minggu.
Kesimpulannya, terlalu banyak kebaikan jika cuti hujung minggu dilaksanakan pada Jumaat dan Sabtu - tak kiralah dari segi keagamaan, masyarakat mahupun produktiviti kerja. Pasti akan ada pihak kata "luar negara esp negara2 maju dunia cuti Sabtu dan Ahad"! Kenapa kita mesti follow depa? Tibalah masanya untuk kita mengutamakan hak kita berbanding dengan desakan org lain! Kalau kita nak, insya Allah seribu daya boleh kita usahakan.
Dan jika ada yang menyatakan "ayat itu tidak menyatakan Allah suruh kita cuti pada hari Jumaat sebab Allah kata 'lepas solat, pergilah cari rezeki'", well, itu lebih kepada para peniaga dan usahawan. Kerana apa? Orang yang bekerja makan gaji, sama ada dengan swasta atau awam, depa tetap dapat gaji pada cuti hujung minggu, kan? So tak timbul persoalan "mencari rezeki lepas habis solat" sebab depa cuti ke hapa ke, GAJI JALAN! Tak timbul soal tu sebenarnya. Lain la kalau org berniaga mcm aku ni, yg jenis "bukak kedai, duit datang" ni.
Sebagai satu perbandingan, orang2 yahudi sentiasa memastikan depa tidak bekerja pada hari Sabtu - Sabbath - kerana Sabtu bagi depa adalah Jumaat bagi kita. Dan depa fight agar segala urusan rasmi yg melibatkan depa tidak dilakukan pada hari Sabtu.
JIka yahudi itu pun boleh fight hak agama depa, kenapa kita tak nak fight agama kita?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment