Monday, May 7, 2012

Janganlah dok mengampu kerajaan pemerintah je, Majlis Fatwa!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Buat kesekian kalinya, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berkenaan "demonstrasi". Begini bunyinya -

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
"

Sekarang, sila baca pula apa yang dinyatakan oleh Dr Maza sebagai respon spontan berkenaan fatwa itu -



"..saya tidak membantah bahawa hukum merosakkan harta benda awam dan berperang (tumpah darah) sesama muslim adalah haram..sejak awal dalam semua artikel dan kenyataan saya tentang demonstrasi saya telah tegas hal itu..tak fatwa pun orang dah tahu..cumanya apakah hal itu hanya terfokus untuk BERSIH? sejak sekian lama negara kita, bermula dari YAB PM dan Ketua2 negeri membuat sambutan tahun baru dan kemerdekaan..puluhan ribu yang hadir..sambutan-sambutan itu sering diikuti dengan pelbagai gejala maksiat muda-mudi..berpuluh tahun tidak pernah ada fatwa..tiba-tiba dengan cepatnya berfatwa..fatwa itu mungkin benar, tetapi senget sebelah..sama seperti wanita-wanita al-Arqam yang menyebut Nabi Muhammad tokoh seks suci..ia benar tetapi pincang..mengapa hanya itu yang engkau tonjolkan..sama seperti yang menyebut 'Ya Allah! Tuhan Pencipta khinzir!..memang benar tetapi senget..mengapa itu sahaja yang menjadi pilihanmu...aduhai yang 'diberi gelaran' ulama..dalam sepanjang sejarah kedudukan dan jawatan sering membuta, ataupun menjadikan mereka kelabu..jika ingin diharamkan, haramkan secara adil dan seimbang.."

Bagi aku, respon yang diutarakan oleh Dr Maza itu amat tepat. Tepat sebab "fatwa" ini secara tiba2 dikeluarkan dan ianya bersifat amat longgar. Semua orang tau pertumpahan darah adalah sesuatu yang tidak baik dalam Islam dan penentangan bersenjata terhadap pemimpin adalah ditegah dalam Islam jadi ianya tidak memerlukan fatwa, tetapi yang menjadi masalah adalah kalau segala demonstrasi dan unjuk rasa serta himpunan itu dikaitkan dengan "kekhawarijan" atau "kebughahan", padahal ianya tidak sedemikian.

Baik, jom kita teliti secara terperinci apakah yang diwartakan oleh majlis fatwa itu.

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara." - Nah, di sini berlaku satu kecelaruan atau penyampaian fatwa yang tidak kemas atau konkrit. Cuba kita fikirkan, apakah yang boleh dikriteriakan sebagai "demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang2 serta mencetuskan huru hara" itu? Sudah tentulah demonstrasi yang memang dari awal tujuannya untuk melakukan kerosakan dan kemusnahan serta bukan bersifat "aman". Itu bukan demonstrasi namanya - itu revolusi atau pemberontakan (sila pilih perkataan anda). Yang nyatanya, itu bukanlah demonstrasi. Itu bukan unjuk rasa. Walaupun begitu, ianya tetap merupakan himpunan.

Baik. Depa mengeluarkan fatwa ini dengan tujuan untuk mengharamkan apa jua himpunan yang bakal dilakukan selepas ini - tujuan yang jelas kepada pihak2 yang tak sebulu dengan kerajaan UMNO BN terutamanya BERSIH. Kita ingin bertanya kepada depa ini - apakah tujuan BERSIH diadakan? Untuk menggulingkan kerajaan? Untuk rampas kuasa? Untuk memusnahkan harta benda? BERSIH diadakan dengan satu tujuan dan satu tujuan sahaja - MENUNTUT PENAMBAHBAIKAN DALAM SISTEM PILIHANRAYA DAN SPR ITU SENDIRI. Tidak ada lain. BERSIH tidak menuntut kerajaan yang ada dibubarkan secara haram. BERSIH tidak mengugut untuk memusnahkan bangunan mahkamah jika tuntutan tidak dipenuhi. BERSIH hanyalah wadah manifestasi bersama rakyat Malaysia yang cakna politik dan ingin menuntut hak depa.

Jadi, celah mana tujuan tidak baiknya di situ?

Depa kata himpunan ini melanggar undang2. Undang2 siapa? Perlembagaan negara jelas memberikan ruang kepada rakyat untuk berhimpun dan bersuara. Undang2 negara ini sendiri bercanggah sana sini - kejap bagi, kejap tak bagi. Mana satu ni? Perlu diingatkan, BERSIH adalah satu himpunan yang menggesa pihak2 yang sepatutnya ikut undang2, kembali ikut undang2. So kalau ada pihak yang melanggar undang2, bukanlah rakyat yang berhimpun tetapi pihak yang menjadi asbab rakyat berhimpun itu.

Dan mengenai huru hara, acapkali dibuktikan bahawa yang mencetuskan huru hara ialah bukan peserta demonstrasi, tetapi pihak polis sendiri dan juga para "peserta upahan" yang sememangnya sengaja diletakkan untuk mencetus kacau bilau. Ini adlah fakta yang tidak mampu disanggah.

Jom kita bandingkan dengan satu lagi situasi - konsert live sempena tahun baru yang saban tahun diadakan di Dataran Merdeka. Apakah tujuannya? Untuk keadilan? Untuk masa depan yang lebih cerah? Untuk mengingati Tuhan? Tidak - tujuannya adalah utk menghibur dan melalaikan manusia. Baik atau tidak tujuan itu?

Himpunan sempena konsert itu juga dengan jelas MWELANGGAR UNDANG2 ALLAH yang melarang keras hamba2Nya berhibur dan bermukhalatah - bercampur baur antara lelaki dan wanita dengan tujuan lagha dan kemaksiatan. Malah, gejala sosial juga tend untuk berlaku ketika konsert2 sebegini. Tanyalah tukang cleaner setiap kali depa membersihkan kawasan dataran selepas habis konsert mega seperti itu - berapa banyak kondom terpakai yang depa jumpa? Banyak jumlahnya.

Dan tolong jangan nafikan bahawa konsert2 ini tidak akan tidak boleh mencetuskan huru hara, pergaduhan dan sebagainya. Malah, lebih banyak pergaduhan sewaktu konsert hiburan lagha seperti ini dilaporkan berbanding sewaktu himpunan atau demo rakyat. Kenapa majlis fatwa membisu mengenai ini?

Ingin juga aku bertanya, bagaimana pula dengan demo yang sememangnya bertujuan jahat seperti ingin mencetuskan sentimen perkauman sebagaimana yang dilakukan oleh pihak2 tertentu? Bukannya kes terpencil - demonstrasi pijak kepala lembu yang berlaku tak lama dulu antara buktinya dan pelbagai lagi. Apakah itu tidak dikategorikan sebagai "bertujuan jahat"? Sila jelas mengenai perkara ini, wahai majlis fatwa.

Bukan sekali dua demonstrasi - tak kira apa jua bentuk dan rupa serta tujuan - dijalankan dan diadakan di negara ini. Banyak kali dah. Tok nenek kita dulu pun berdemo masa menentabg Malayan Union. Masa membantah keputusan kes Natrah dulu (mana pergi UMNO masa ni? Duduk minum teh dengan Lord Reid?) depa turut berdemo. Isu Israel gegar Palestin pun depa demo malah kalau nak ikutkan, sambutan maulud Nabi pun merupakan demonstrasi - iaitu demonstrasi rasa cinta terhadap Nabi (walaupun yang join maulud tu mostly hipokrit belaka). Jadi, fatwa2 longgar sebegini dan bersifat bermusim amat mudah dimanipulasi terutamanya oleh pihak2 yang berkepentingan.

Jika majlis fatwa benar jujur dalam menegakkan agama, berhentilah daripada mengampu pemerintah. Berhentilah sdari menjadi tukang angguk pemerintah. Ahli2 majlis fatwa ini bukannya calang2 orang. Memasing mengaji agama. Takkan depa tidak belajar kisah Imam Hambali dan ramai lagi ulama2 muktabar zaman dulu dipenjara hanya kerana tidak mahu menjadi ulama yang mengikut telunjuk pemerintah? Tidakkah depa belajar sejarah Ibnu Taimiyyah yang sanggup menegur Raja Qazan sehingga sahabat2 ulamanya yang lain masing2 menghindarkan diri dari beliau, takut2 jika raja murka maka depa pun terpalit sama?

Tak salah jadi ulama dalam kerajaan pemerintah, tapi yang salahnya ialah bila mengeluarkan fatwa2 longgar sebegini untuk dimanipulasi.

Jika benar himpunan ini haram, maka tolong bersuara setiap kali UMNO dan juhalak2 depa nak buat perhimpunan - bermula dengan demo di depan pejabat SUK Selangor hujung minggu ini.

No comments:

Post a Comment