Thursday, January 31, 2013

sesungguhnya bujukan iblis syaitan itu licik..


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

ketika iblis diusir dari syurga dan dikalungkan dengan kelaknatan hingga kiamat, dia berkata "aku akan menyesatkan anak Adam sehingga kiamat." bujukan iblis ini pelbagai. ada yg jelas2 mengajak ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. yang ini biasa kita nampak dan jelas ketara maka mudah untuk kita hindari dan jauhi.

namun, yang lebih merbahaya ialah bujukan iblis yang berselindung di sebalik kebaikan dan perkara2 yang haq. maksudnya, asalnya urusan itu adalah untuk tujuan baik tetapi hasil bujukan iblis, proses urusan itu melibatkan perkara yang haram.

contoh yang paling mudah boleh ana berikan adalah ikhtilat.

satu contoh di sini - adalah satu kebiasaan dalam satu2 organisasi jawatankuasanya dianggotai oleh pelbagai orang, dan melibatkan kedua2 jantina iaitu lelaki dan perempuan. tidak kiralah organisasi pejabat, di kolej atau universiti, fasilitator dan lain2. jadi memandangkan urusan organisasi itu sering keterdesakan, maka pastinya lelaki dan wanita yang menjadi tunjang organisasi itu akan terpaksa berurusan antara satu sama lain bagi melicinkan perjalanan sistem.

mungkin sekali sekala berurusan tidak mengapa, tetapi jika urusan itu sudah menjadi terlalu kerap, sehingga tahap mencari alasan untuk berjumpa berdua sahaja tanpa ditemani orang lain kononnya utk mendapatkan keputusan cepat atau mengadu permasalahan yang agak sulit untuk dibicarakan secara umum, maka makin lama bunga2 ikhtilat itu makin bercambah. tidak cukup berjumpa, sambung pula menerusi chatbox, whatsapp, twitter, sms, bertelefon dan pelbagai medium lain.

semuanya bermula dengan alasan yg suci lagi murni iaitu "urusan rasmi organisasi".

bahkan, ada juga yg menggunakan urusan agama untuk "menghalalkan" perbuatan seumpama ini. dan ini jauh lebih merbahaya kerana urusan yg sepatutnya bersifat ibadah dicemari dengan perbualan peribadi antara dua jantina berbeza yang ajnabi lantas mencambahkan bibit2 kemesraan yang tidak sepatutnya. misalnya berjumpa berdua di dalam surau yang sepi tanpa ditemani sesiapa yang lain - itu tidak wajar sama sekali walau apa jua alasan sekalipun.

seharusnya dalam apa jua keadaan sekalipun, batasan pergaulan itu wajib dijaga. kerana iblis dan syaitan itu amat licik dan seringkali manusia tewas bujukan mereka. ana menyeru diri ana sendiri terutamanya dan juga kepada semua sahabat yang dirahmati Allah agar muhasabah diri supaya tidak terjebak dalam bujukan syaitan.

jika kita ada melakukan kesalahan yang seperti ini atau seumpamanya, bertaubatlah. pintu taubat itu luas terbuka. selepas bertaubat, jangan ulangi. kerana perkara yang amat keji ialah orang yang bertaubat tetapi masih mengulangi kesalahannya.

sebagai pengakhiran, ingatlah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "sesungguhnya syaitan itu sudah berputus asa untuk menyesatkanmu dalam perkara2 yang jelas, maka mereka akan cuba menyesatkanmu dalam perkara2 yang tersembunyi."

No comments:

Post a Comment