Sunday, January 27, 2013

keratan berita - Tindakan Pegawai Perak Tampar Pelajar Akan Disiasat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Tindakan Pegawai Perak Tampar Pelajar Akan Disiasat

KAHERAH, 27 Jan 2013 -- Rentetan isu Pegawai Perak Mesir Tampar Pelajar Sendiri 19 Januari baru-baru ini, Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Perak (ILMAM) dan Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) telah menyerahkan memorandum berkaitan salah laku pegawai HEP Perak kepada wakil pejabat Menteri Besar Perak pada 25 Januari baru-baru ini.
ILMAM dan IPMM telah menyerahkan memorandum ke Pejabat Menteri Besar Perak dan diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman. Menurut wakil ILMAM Perak, Ustaz khalil Yahaya “penghantaran memorandum ini sebagai tanda mahasiswa tidak boleh dipergulakan sesuka hati, tambahan pula penghantaran pegawai ini jelas hanya mengganggu pergerakan aktiviti mahasiswa di Mesir”. Jelasnya beliau dihubungi pihak KPIPM.

Memorandum yang diserahkan mendesak agar pegawai HEP tersebut dilucutkan jawatannya dan agar beliau memohon maaf serta mengakui tindakannya secara jujur.

Antara perkara penting yang dinyatakan dalam memorandum tersebut ialah :

1. Menyiasat secara terperinci kes ini secepat mungkin sehingga menemui jalan penyelesaian

2. Mengambil tindakan sewajarnya kepada Pegawai. Antara yang dicadangkan oleh pihak Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir ialah menamatkan serta-merta perkhidmatan Pegawai kerana berkelakuan tidak profesional dan melanggar etika sebagai seorang Pegawai yang ditugaskan menjaga hal ehwal pelajar Perak di Mesir.

3. Mengkaji semula kepentingan Pegawai HEP dihantar ke Mesir samada untuk memudahkan pelajar atau sebaliknya. Rentetan daripada itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mengarahkan seorang pegawai pergi ke Mesir untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tinjauan berhubung masalah tersebut.

Rentetan daripada tindakan tersebut itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mengarahkan seorang pegawai pergi ke Mesir bagi mendapatkan maklumat lanjut dan tinjauan berhubung aduan tersebut.

"Mengenali pegawai tersebut beliau merupakan seorang yang lemah lembut...mungkin apa yang berlaku berada di luar kesabarannya. Apa pun kita perlu tunggu laporan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Kasih Sayang dan Mesra Jiran Komuniti 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan di Kompleks Rakan Muda di Kamunting, Sabtu lalu.

Berhubung desakan supaya pegawai berkenaan dihantar pulang, beliau tidak mahu membela mana-mana pihak sebaliknya kerajaan negeri perlu mendapatkan laporan penuh mengenai kejadian yang berlaku itu, katanya.

PMRAM amat mengalukan dan menyokong siasatan tersebut dijalankan kepada En. Abdul Muhaimin bin Abdul Majid yang telah melakukan tindakan diluar kewibawaan sebagai seorang pegawai Hal Ehwal Pelajar.

Siasatan yang dilakukan diharap tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya menghasilkan jawapan yang jujur dan tepat hasil analisis yang adil serta diikuti dengan tindakan yang sewajarnya kepada si pelaku.

No comments:

Post a Comment