Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, January 18, 2013
zahir lain, batinnya langsung lari...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
9 Januari lalu, satu majlis maulid bersama Habib Syech Assegaf telah diadakan di stadium badminton cheras. apa yg menariknya, kali ni majlis maulid ni dianjurkan oleh sek2 BN. sebab tu la muka muhyiddin yassin terpacul dalam iklannya. dan sebab tu benda ni masuk berita.
alih2, aku terdengar ura2 muhyiddin suruh jamil khir setup utk anjur majlis yg sama di dataran merdeka pada bulan depan, melihat kepada begitu hebatnya sambutan terhadap majlis habib syech di stadium badminton tu. dan memandangkan depa ni masih lagi kerajaan yg memerintah, maka sudah pastilah mudah saja urusannya. okey la tu - daripada asyik anjur konsert melalak2 mcm beruk je..
secara peribadi, aku tak de masalah pun sapa yg anjurkan majlis2 habib ni. asalkan dianjur, aku insya Allah akan hadir sebab tujuan aku ialah utk memuliakan dan berselawat ke atas Nabi s.a.w. malah, banyak sekali majlis2 seperti ini dianjurkan oleh Nisa' iaitu salah satu cabang bawah Pas.
cuma daripada info yg aku dapat tau, antara lain tujuan team muhyiddin menganjurkan benda ni ialah muhyiddin cuba menonjolkan ciri islamik pada dirinya sebab mmg skang ni dia berkira2 nak menggantikan najib sebagai PM malaysia, atau sekurang2nya sebagai ketua pembangkang sekiranya BN kalah PRU13. dan melihat kepada momentum rakyat yg kini semakin merapatkan diri dengan majlis2 maulid seperti ini, maka dia pun cuba utk mengambil kesempatan.
dan yg lebih menarik, geng2 maulid ni kebanyakannya bukan jenis political literate di malaysia dan walaupun depa ni ahlus sunnah, ada diantara depa yg mmg tak aware ttg Umno, Pas dan seumpamanya. jadi tindakan muhyiddin utk buat majlis2 seperti ini antara lain utk menarik kalangan ahlus sunnah ini utk "menyokong kerajaan".
kepada sahabat2ku yg menyertai geng maulid - aku berkata2 atas kapasiti aku sebagai salah sorg anak murid al Habib Ali Zaenal Abidin - perlulah di sini aku mengingatkan korg ttg beberapa perkara :
1) pihak yg dok canang nak anjur majlis Habib Syech ini adalah pihak yg sama menganjurkan konsert lagha sempena sambutan tahun baru, kemerdekaan dan pelbagai lagi acara hedonisme saban tahun. yang halal dan haram takkan boleh bersekali dan bercampur aduk.
2) pihak yang samalah dok menganjurkan konsert k-pop sempena sambutan hari belia sebagai salah satu wadah "pengisian rohani" kepada belia. sekejap bagi pengisian maulid, kejap bagi pengisian tunggang terbalik. guane ni boh?
3) pihak yang sama jugalah yg dok sakan menolak dan memperlekeh hukum Allah, dan menyatakan hudud itu tidak ada dalam al Quran. mana mungkin org yg sebegini patut dinisbatkan sebagai "pejuang Islam"?
4) pihak yang samalah yg tidak mengikut syariat yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, malah ada antaranya yg menghina sunnah Nabi. maulid nak sambut, tapi syariat Nabi tanak ikut.
jadi kepada sahabat2ku para ahlus sunnah, kadang2 kereta yg cantik nampak catnya, berkilat2, tayar baru, tinted lawa sebenarnya merupakan kereta yg enjinnya buruk, kereta potong, karat pada chassis dan sebagainya. Islam ni bukan terletak pada zahir semata2. kasih sayang kita pada Nabi bukan terletak pada seraknya suara kita berselawat ke atas Baginda, Islam itu, dan kasih sayang kita pada Nabi s.a.w itu terletak pada amalan kita, dan sejauh mana kita implimentasikan Islam dan kasih sayang kita terhadap Nabi s.a.w itu dalam kehidupan seharian kita, terutamanya dari segi siasah dan sahsiah.
bak kata Habib Umar Hafidz - guru kepada Habib Ali dan org yg sangat2 aku nak jumpa - segalanya bermula daripada didikan kita di "rumah". indah "rumah" itu, maka indahlah segala penghidupan. kalau "rumah" kita pun bercampur aduk dengan maksiat dan kerosakan, maka tak gunalah untuk kita berpura2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment