Monday, January 28, 2013

Berlapang dada je la..


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

lately ni aku tengok ada kecenderungan para agamawan menembak agamawan lain. memasing kekadang nak tunjuk pandai. ada yg baru berhingus berani nak kata ulama besor yg dah idup berpuluh tahun lebih tua dari dia sebagai sesat. ada yg baru 4-5 tahun keluar universiti dapat PhD terus berani perlekeh ulama mahzab. ada yg terlalu berpegang dengan pendirian dia sampai boleh kutuk ulama lain yg jauh lebih tua dan berilmu hanya kerana tak faham apa yg dia cakap. macam2 fesyen.

yg peliknya, semua teguran dan tembakan tu jenis ganas. jenis yg mmg kondem on the spot. dan bila aku kaji2 balik, kebanyakan tembakan ini dibuat tanpa si penembak itu mendapatkan penjelasan dan pencerahan daripada pihak yg dia tembak.

soalnya, mcm mana seseorg itu boleh menembak tanpa mendapatkan penjelasan drpd org yg ditembak?

biasanya, tindakan sebegini akan mencetuskan chain reaction. tembak menembak akan berlaku. sebagai contoh mudah, aku menembak pada ulama Umno kerana kelancangan depa (yg rata2nya baya2 aku je. ada yg jauh lebih budak banding aku) mengutuk dan memperlekeh ulama2 muktabar baik zaman skang hinggalah zaman dulu. dan tembakan depa biasanya tak berlapik. baru2 ni pun, aku dapat perkhabaran Dr Maza menembak Syeikh Nuruddin - tanpa berlapik juga. apa ni? apakah geng wahabi ni mmg suka tembak tak berlapik?

Syeikh Nuruddin pun tak selalunya betul atau akan aku sokong sepanjang masa. dia pun ada menembak TGNA pasal isu "Muhammad budak kampung" tu. pun aku rasa, tembakan itu berlaku berikutan kegagalan Syeikh Nuruddin mendapatkan penjelasan dan pencerahan daripada TGNA berhubung hal itu. bayangkan la - Syeikh Nuruddin org indon. orang banjar. TGNA org kelantan. jauh beza gaya bahasanya weh. jadi kekeliruan akan timbul. aku yg duduk satu negara dgn org kelantan pun kekadang sepatah haram tak faham slang depa. inikan pulak org seberang!

selalunya yg menjadi asbab tembakan bertali arus ini ialah perkara2 khilaf belaka. perkara yang tak qat'ie. perkara yang sebenarnya TAK PERLU DIPERBALAHKAN pun. tapi ntah la - mungkin ego masing2 tak nak menerima pandangan org lain yg berbeza, tak mahu meraikan pendirian yang tidak sehaluan dan sebagainya mendorong depa berbicara "ini tak betul, aku je betul". bodo ke cerdik tu?

sepatutnya, masing2 kena mengamalkan konsep orang berilmu dalam meneliti dan membicarakan pandangan agamawan lain :

1) kena berlapang dada
2) husnul dzanni jika ada benda yg kita rasa mcm menyerong
3) jika berkesempatan, bertanya sendiri dengan agamawan lain itu ttg maksud kata2nya
4) jika didapati menyerong atau agak pelik, nasihat dengan lembut
5) jika agamawan yg menyerong itu defiant atau bongkak tanak dengar nasihat, suka ati la hang nak buat apa pun tapi still kena jaga adab sesama agamawan.
6) jangan terus melabelkan agamawan lain sebagai sesat atau menyerong dan sebagainya
7) kalau kita yg bagi pandangan, jangan kita bagi pandangan seolah2 KITA SAHAJA YANG BETUL, dan org lain salah belaka. tu ahbash namanya.
8) lebih baik kalau ketika kita memberikan pandangan tentang satu hal khilaf, cuba sampaikan sekali pandangan2 berbeza oleh ulama2 lain, dan akhirnya jika perlu nyatakan sekiranya kita memilih utk keluar dari khilaf.

tak payah la dok balah benda khilaf. perbalahan dan sesat menyesat antara agamawan ni akan melemahkan ummah. tu je natijahnya. lebih baik kira mencari titik persamaan daripada pelbagai perbezaan kita itu utk digunakan bagi memantapkan ummah.

tapi kalau memasing ego dgn pandangan memasing sampai berlagak tak kena tempat, payah la.

1 comment:

  1. Free Online Casinos That Accept PayPal - ChoGiocasino
    ChoGiocasino is 카지노사이트 a new online gambling site. It is currently focused on 제왕카지노 the production and development of video slots, video poker, and หารายได้เสริม other casino games.

    ReplyDelete