Thursday, January 10, 2013

kalimah Allah - kelebihan di sebalik imej kekurangan


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Untuk artikel hari ni, aku cuba gariskan beberapa rumusan dan kesimpulan serta pandangan aku tentang penggunaan kalimah Allah ni - betapa kita boleh gunakan ia utk aspek menarik kristian masuk Islam.


kalau  kita lebih banyak menggunakan akal.

1) hampir setahun lalu, aku mengeluarkan satu syarah berkenaan hukum dan perlaksanaan penggunaan kalimah Allah dalam blog ni, sebagai menjawab tohmahan puak Umno kononnya Anwar Ibrahim dan PR cuba menggadai akidah dengan membenarkan kristian guna kalimah Allah. dan dalam penjelasan itu, aku menyatakan berdasarkan hujah para ulama muktabar bahawa :

a) hukum asal penggunaan kalimah Allah adalah HARUS.

b) kerajaan atau penguasa berhak membenar atau tidak membenar penggunaannya mengikut kesesuaian.

2) jadi menerusi posting itu, sebenarnya apa yg ingin aku tekankan ialah

a) adalah salah utk menyatakan pihak yg membenarkan penggunaan kalimah Allah itu adalah kufur dan sesat

b) adalah salah juga untuk menyatakan pihak yang melarang sebagai melanggar hukum sebab hukumnya hanyalah HARUS.

c) adalah salah utk menyatakan Allah itu "hanya untuk orang Islam" kerana jika kita berkata demikian, seolah2 kita redha kepercayaan agama lain

3) pada ketika aku keluarkan syarah tu, aku berpandangan tak berapa bagi guna sebab isu kemaslahatan umat Islam di malaysia.

4) tapi selepas aku banyakkan berbincang dengan para ustaz, dengan bekas kristian yg kini masuk Islam serta meneliti situasi di seluruh dunia, aku bersetuju dengan pandangan TGHA dan TGNA bahawa kita wajar membenarkan non muslim menggunakan kalimah Allah BERSYARAT.

5) walaupun Tuan Ibrahim telah menggariskan beberapa syarat seperti yg diterbitkan dalam Sinar Harian dan Harakahdaily, namun aku ada satu lagi cadangan syarat :

"jika depa mahu tukar God kepada Allah, maka depa kena translate SEMUA TERM dalam bible depa kepada bahasa melayu atau seumpama dengannya. misalnya, depa WAJIB tukar Jesus kepada NABI ISA. tukar ruh qudus kepada JIBRIL. tukar virgin mary kepada MARYAM".

6) sebab apa aku berpandangan demikian? sebab jika depa ubah Jesus kepada Nabi Isa, maka secara tak langsung kebatilan agama depa akan terserlah. iaitulah apabila depa refer Nabi Isa tu as "NABI", maka ini sudah automatik menolak kepercayaan depa betapa kononnya "Isa anak Tuhan" kerana Isa itu HANYALAH NABI. Nabi ni manusia biasa. sama je taraf Isa a.s dengan Nabi-Nabi lain dalam bible depa seperti Yahya (John), Dawud (David), Musa (Moses) dan lain2.

7) jika depa ubah ruh qudus jadi Jibril, dan virgin mary kepada Maryam, ini juga merupakan advantage utk kita mematahkan hujah depa. kerana akhirnya org kristian yg membaca bible dan melihat nama maryam misalnya akan tertarik utk mengetahui siapakah Maryam sebenarnya, lalu depa akan cuba mencari rujukan ttg Maryam. dan PASTINYA rujukan depa itu akan membawa depa membaca surah Maryam. dan surah Maryam pula secaraa detail menceritakan ttg Maryam, tentang kelahiran Nabi Isa dan sebagainya dan ini merupakan satu strategi ampuh utk menarik depa mendekati seterusnya mengimani Islam.

8) malah mengikut pengalaman sahabat2 ex kristian, penggunaan kalimah Allah oleh kristian sebenarnya men jerat diri depa sendiri. ini kerana masyarakat di sabah dan sarawak banyaknya yg memeluk Islam kerana melihat adanya "Allah" dalam bible dan al Quran, jadi depa akan mula mengkaji kedua2 kitab tersebut kerana pastinya depa akan tertanya2 - mcm mana ada dua agama berbeza bertuhankan Tuhan yang sama? dan seringkali kajian itu membawa depa memeluk Islam.

9) namun, alasan yang menyatakan "tak boleh guna kerana takut umat Islam malaysia terpesong" adalah satu alasan yg sempit lagi dangkal, serta MEMBUKTIKAN KELEMAHAN KERAJAAN MALAYSIA dalam menerapkan aspek rohani dan akidah kepada rakyat sejak dulu hingga menyebabkan rapuhnya pillar dalam masyarakat.

10) inilah DALIL UTAMA mengapa kita WAJIB menolak parti yg sedang meneraju kerajaan sekarang ini dan memilih parti yang terbukti lebih menyantuni perkara2 keagamaan terutamanya Islam.

11) membenarkan kristian guna kalimah Allah tidak bermaksud kita redha dengan konsep triniti depa. malah, jika kita tidak membenarkan dengan alasan "depa tidak menyembah Allah yang sebenar", seolah2 pada ketika itulah kita MEREDHAI kepercayaan depa. malah ada puak Umno semalam kantoi apabila menyebut "kristian menyembah bukan Allah". dalam pada nak menembak org, tertembak diri sendiri, kan ke naya kes?

12) kita membenarkan dengan pengetahuan bahawa SEMEMANGNYA ALLAH ADALAH TUHAN DEPA. kita tak redha dengan konsep triniti dan sebagainya, tapi kita redha Allah adalah Tuhan depa yg sebenar dan atas asas itulah kita boleh membenarkan. tidak perlu spin sampai gadai akidah.

kat sini aku tepek kembali sedikit keratan daripada syarah aku yang lepas :

JADI, ADAKAH KALAU MEMBENARKAN KITA AKAN JADI KUFUR KERANA IKTIRAF KESYIRIKAN MEREKA?

Tidak begitu, apa yang dibenarkan oleh Allah ta'ala sendiri adalah bukan Islam boleh guna nama Allah apabila merujuk kepada Tuhan, tetapi Allah mengutuk dan melarang mereka mensyirikkanNya. Justeru, itulah tugas umat Islam, berdakwah dan memperbetulkan keyakinan salah mana-mana kafir yang mensyirikkan Allah dengan yang selainNya. Kita tidak boleh menafikan benarnya dakwaan mereka bahawa nama Allah itu juga merujuk kepada Tuhan, apa yang kita mesti dan boleh nafikan hanyalah Allah itu tidak punyai anak, dan sekutu.

Atas asbab itulah wujudnya tugas berdakwah, bagi mengajak mereka kembali kepada mentauhidkan Allah. Jika kita telah atau sedang berdakwah, MEREKA TETAP DEGIL, Allah mengajar kita meletakkan pendirian seperti berikut :-

Biarkan mereka dengan agama dan keyakinan salah mereka dan pisahkan diri kita dengan keyakinan mereka. Pendirian ini nyata dari firman Allah berikut :-

وَإِن كَذَّبُوكَ فَقُل لِّي عَمَلِي وَلَكُمْ عَمَلُكُمْ أَنتُمْ بَرِيئُونَ مِمَّا أَعْمَلُ وَأَنَاْ بَرِيءٌ مِّمَّا تَعْمَلُونَ

Ertinya : Jika mereka mendustakan kamu, maka katakanlah: ""Bagiku pekerjaanku dan bagimu pekerjaanmu. Kamu berlepas diri terhadap apa yang aku kerjakan dan aku pun berlepas diri terhadap apa yang kamu kerjakan (Yunus : 41)

Firman Allah :-

وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ

Ertinya : Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: ""Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil (Al-Qasas : 55)

Firman Allah :-

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Ertinya : Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku (Al-Kafirun : 6)

satu soalan yang aku nak kita digest sebelum aku mengakhiri syarah aku hari ni : jika benar penggunaan kalimah Allah itu boleh menarik umat Islam masuk kristian, KENAPAKAH STRATEGI ITU TIDAK DIGUNAKAN OLEH VATICAN CITY SECARA TERBUKA?

ya - kerana depa tau kalau depa guna Allah, makin ramai yg akan masuk Islam.

No comments:

Post a Comment