Wednesday, January 16, 2013

boleh menembak, TAPI JANGAN LARI FOKUS!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

1) well, aku minta maaf sebab hari ni (rabu) aku jadi kurang aktif post atau melibatkan diri dalam isu2 semasa. ada hal luaran yg perlu aku handle tapi insya Allah, aku tetap akan terus menulis.

2) setakat ni aku nampak kecenderungan kita utk tackle isu2 mendatang yg popular seperti kes Bawani vs Sharifah Jebon, dna ditambah pulak dengan isu Pat Teoh hina Islam, dan yg terkini aku dengar ttg sorg malaun nama Shasha Mendoza pulak hina Islam. kebetulan2 je semua ni kan?

3) aku tak melarang kalau sahabat2 nak sentuh dan tembak isu2 tu. tak de masalah. cuma :

a) kes kat UUM tu kes lama, tapi dibangkitkan baru2 ni sejurus selepas HKR112. punya hebat isu tu sampai menenggelamkan momentum HKR112. ye la - semua dok sibuk balun Sharifah tu je.

b) tapi secara jujur, aku dapat tau yang sharifah tu langsung tidak menunjukkan dia menyesal, tertekan ataupun rasa bersalah dengan semua ni. she is adamant she is not guilty malah dia menunjukkan reaksi "tak kisah" seolah2 mmg dia anticipate semua ni akan berlaku.

c) jadi seolah2 memang isu ni sengaja diupkan (jangan lupa, page yg menaikkan video ni buat pertama kali hingga dishare secara viral ialah PAGE DIA SENDIRI) supaya orang ramai esp penyokong2 PR alih tumpuan hentam dia HINGGA MENYEBABKAN KITA LARI FOKUS.

d) dan kalau kita perasan, tembakan2 terhadap jebon tu dah menjadi terlalu melarat hingga melibatkan serangan peribadi. aku risau kalau2 masa awalnya khalayak bersimpati dengan Bawani dan mengutuk jebon tu, alih2 depa akan beralih arah bersimpati pada jebon tu pulak lantaran penghinaan terhadap dia terlalu teruk. dah jadi senjata makan tuan utk kita.

e) pasal Pat Teoh pun sama. memang dia malaun sebab keluarkan tweet yg hina Islam, tapi dia dah pun minta maaf secara immediate. kita boleh tembak dia tapi tak perlu lelebih dan sekali lagi, kita takut ayat2 yg tak sepatutnya seperti menghina kaum dia atau agama dia keluar. jangan lupa - dalam kemarahan kita, akan ada pihak yg pasti jadi batu api.

f) yang batu api ni la yg akan menyemarakkan situasi. jangan lupa - kes Bawani vs Jebon juga melibatkan dua bangsa yg berbeza. tindakan jebon menghina tahap pendidikan Bawani juga bisa mengundang kemarahan bangsa india terhadap org Islam (sebab tu jugak aku pelik apsal tetiba je si Jebon sebut "saya akan jadi wanita Islam yg lebih sempurna" selepas tu).

4) dalam masa yg sama, kita fikir kembali apakah isu2 yg kita akan terlepas sekiranya kita terus memenatkan minda dan jari jemari kita tumpu pada isu2 picisan (maaf, tapi inilah yg aku rasa) ni - momentum HKR112, isu air di selangor (tembak syabas yg diarahkan Umno utk sabotaj), isu RCI, isu Deepak dan pelbagai isu lain yg sebenarnya masih hot tapi didiamkan lantaran kita asyik nak menembak.

5) isu2 yg kita abaikan ni sebenarnya akan membantu kita menarik minat pengundi esp mereka yg educated. khalayak zaman skang tak begitu main sentimen. setakat marah dua tiga kepul, settle tapi most of them - esp non muslim - lebih melihat keupayaan kita utk memerintah dan menyelesaikan masalah rakyat n negara bukannya nak tgk kita dok hentam org sebab dia menjadi pembela binatang.

6) jadi nasihat aku, kita boleh terus nak tembak isu2 sentimen TAPI jangan sampai kita lari fokus. kita mesti terus

a) mendedahkan kepada masyarakat kenapa Umno BN dah tak relevan utk terus meneraju kerajaan. dan

b) meyakinkan masyarakat bahawa PR bukan sekadar alternatif terbaik, tetapi sememangnya pihak yg lebih dr berkeupayaan untuk menaikkan kembali imej malaysia dan memulihkan tahap sosioekonomi masyarakat.

7) 10 tuntutan rakyat masa HKR112 itu adalah poin2 yg bagus sebenarnya sebab ianya merangkumi aspirasi sebenar rakyat malaysia. jadi aku nasihatkan agar kita tumpukan usaha utk elaborate kesemua tuntutan rakyat tersebut utk menggoyahkan Umno BN dan seterusnya menyatakan betapa PR insya Allah mampu memenuhi kesemua tuntutan rakyat tersebut.

8) PRU cuma tinggal 2 bulan lebih je lagi. so kita tak boleh afford utk lari fokus. put our mind straight.

wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment