Monday, January 28, 2013

Ustaz Nasha, tanpa jawatan pun anda boleh berbakti lagi..


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

nampaknya masih ada di kalangan masyarakat - bahkan dalam Pas sendiri - yg tak begitu faham perihalnya ttg Ustaz Nasharuddin Mat Isa nih. ada yg kata dia kena pecat dr Pas la apa la.

baik - secara asasnya dia hanya digugurkan daripada keanggotaannya dalam Majlis Syura Pas. dia masih lahi ahli Pas yg berdaftar. kalau dia ada jawatan lain kat peringkat cawangan atau kawasannya bahkan negeri, jawatan itu kekal. dia hanya tidak lagi bersama dalam Majlis Syura Pas.

kenapa begitu? ada beza ke?

bezanya besar. Majlis Syura ni adalah badan tertinggi dalam Pas. depalah penentu dasar, penentu halatuju dalam Pas. dan sebarang keputusan dan tindak tanduk setiap pimpinan Pas TERMASUKLAH presiden wajib mendapat kebenaran dan kelulusan syura terlebih dahulu.

jadi secara asasnya juga, ust Nasha ni adalah seorg individu yg menganggotai satu supreme council dalam Pas. jadi jika dia berada di kedudukan setinggi itu, maka wajarlah dia menjadi pecontoh dan menonjolkan ciri kepimpinan yg baik serta tidak merugikan Pas secara keseluruhan.

tetapi apabila dia sendiri tidak hadir mesyuarat, tidak hadir ke muktamar tanpa alasan sebaliknya lebih gemar membontoti najib razak, maka itu kurang molek. sebagai ahli Majlis Syura, tanggungjawab utamanya bukan utk ikut najib tetapi tanggungjawab utamanya adalah utk berbakti dan berkhidmat utk Pas. jadi kalau dia sendiri menunjukkan keutamaannya tidak lagi bersama Syura, apa guna Syura menanggung biawak hidup?

dengan PRU yg bakal menjelang, bagi aku keputusan Syura adalah tepat. kita dah beri banyak peluang kepada ust Nasha tetapi malangnya dari masa ke semasa, peluang itu dipersia2kan. dan suka aku nak ingatkan dalam penulisan ini, tidak ada kena mengena langsung pemecatan Nasha drpd Syura dengan so-called kumpulan Anwarinas la apa la yg digembar-gemburkan oleh media2 talibarut ni. seperti yg aku tulis pagi tadi, memana organisasi pun kalau ada pihak buat perangai cam kongkang mcm ni pun, pastinya akan diambil tindakan serupa. tak de maknanya kita pecat nasha semata2 sbb dia ikut najib pi gaza. Banyak lg sbb rasminya. Dan dalam memana organisasi yg professional, hanya sebab rasmi diambilkira. Kita x buat keputusan berdasarkan sentimen.

jadi secara peribadi, bagi aku pengguguran ust Nasha ini tiada isu. bila benda ni tiada isu, maka aku takkan sentuh lagi benda ni secara khusus. kalau ust Nasha mengeluh ttg "saya masih ingin berbakti kepada Parti", maka dia masih lagi ahli Pas. so berbaktilah selayaknya selaku ahli Pas yg masih berdaftar. tanpa jawatan pun, boleh berbakti. ye dak?

No comments:

Post a Comment