Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, February 1, 2013
Cinta Rasul? bukan setakat majlis maulid sahaja...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
maka tadi telah berlangsunglah majlis Maulid Akbar bertemakan "Habibi Rasulullah" di Masjid Muadz Jabal, Setiawangsa. Majlis yg bermula dengan perarakan mini berakhir kira2 11 malam. kehadiran? aku rasa mau cecah 3 kali ganda kehadiran Maulid Akbar tahun lepas. gambar yang aku sertakan ini menjadi buktinya.
sejak kebelakangan ini, demam "maulid", "qasidah" dan "habib" benar2 melanda Malaysia. sebagai org yg mmg bertalaqi dengan para habib sejak 3 tahun lepas, peningkatan mendadak ini amat mengagumkan. aku ingat lagi masa kedatangan Habib Umar Hafidz ke Masjid al Falah, Subang Jaya pada ketika itu. meskipun kehadiran adalah ramai, tetapi tidak mencapai tahap kemeriahan Maulid Akbar malam ini. masa tu, qasidah2 adalah rarity. semasa aku memiliki album Habib Syech Assegaf, tak ramai antara sahabat2 aku di mana jua penah dengar pasal Habib nan satu dari Solo nih. bahkan, program berselawat anjuran TV AlHijrah yang awal2 aku pi dulu seperti di Masjid Saidina Hamzah Batu Muda juga menyaksikan kehadiran yang agak so-so; walhal siap ada live recording lagi tu.
how things changed.
kehadiran Habib Syech di KLCC dan Stadium Badminton menarik minat puluhan ribu orang. rancangan berselawat semakin mendapat sambutan. malahan demam itu melanda dunia facebook - begitu ramai sekali individu yg sibuk update status mengenai habib itu dan ini, upload link youtube qasidah2 yang dialunkan oleh para habib, sentiasa update status mengenai cinta Rasul dan pelbagai lagi. serius, ini adalah satu perkembangan yang bagus.
namun, sesuatu menjentik hati aku - apakah kecintaan kita terhadap Rasulullah itu hanya cukup sekadar meramaikan majlis Maulid? apakah cukup setakat update status syamail Rasulillah? apakah pantas setakat mengongsikan qasidah2 alunan para habib?
aku perhatikan manusia2 yg datang ke majlis Maulid Akbar tadi dan terfikir - berapa persenkan antara depa yg hadir ni benar2 merealisasikan segala sunnah Rasulullah yg kubro dalam kehidupan depa seperti perjuangan menegakkan Islam di muka bumi, menegakkan hukum Islam, menyebar dan menyampaikan dakwah Islam kepada kumpulan sasar yg lebih tepat dan sebagainya? aku perhati pula status2 di facebook yg dok bercerita ttg cinta Nabi, sayang Nabi dan sebagainya - apakah tukang2 update ini menerjunkan diri dalam perjuangan bersama jemaah utk menegakkan siasah? atau apakah dakwah itu setakat update status di fb semata2? atau setakat pasang cd Habib Syech dalam kereta lalu mengangguk2kan kepala mengikut rentak lagu Ya Hana Na?
aku amat suka fenomena Habib, fenomena cinta Rasul dan sebagainya. afterall, aku anak murid Habib Ali. tetapi aku terkilan jika fenomena itu gagal diterjemahkan utk memenangkan Islam di muka bumi Malaysia ni. dan kat negara ni, wasilah utk membentuk daulah adalah proses pilihanraya yg didukung semangat demokrasi. jadi berapa kerat sangatlah yg benar2 berjuang bersama jemaah utk menegakkan Islam dari segi siasah di Malaysia?
di saat kita bergembira memperingati Rasulullah s.a.w, masih ramai lagi yg hanyut di dunia luar sana. ketika aku menuju masjid Muadz, aku lalu sebelah Uptown Danau Kota. still, terlalu ramai lagi anak2 muda muslim kita yg terus hidup dalam kemaksiatan, kelaghaan dan kemungkaran. berapa keratkah antara "pencinta Nabi" ni yg pergi sentuh kumpulan yg kritikal ini?
jangan kita mengada2 nak sebut "urusan politik serahkan pada ahli politik" atau "urusan dakwah ni biar la ustaz dgn ustazah je yg buat". kalau benar kita cintakan Rasulullah, kita perlu ingat yang Rasulullah ni jack of all trades. semua perkara Rasulullah buat dan excel. dari segi ketua negara, segi pemimpin masyarakat, ketua keluarga, suami, bapa, datuk, sebagai pendakwah, sebagai peniaga, sebagai jeneral perang, sebagai panglima perang - u name it, he done it. and he done it so well. tak cukup lagi? para sahabat Nabi pun sama. depa buat macam2. semuanya demi utk mengembalikan manusia kepada Allah dan Rasulnya. itu yg sepatutnya kita buat.
jadi kalau benar kita cintakan Rasulullah, cinta itu harus dimanifestasikan. kita kena bergerak dalam jemaah siasah yg menegakkan Islam di malaysia ni menerusi jalan yg dibenarkan undang2 negara selagi ianya tak bertentangan dengan syarak. kita perlu turun padang berdakwah dan mendekati kumpulan sasar. kita kena mengamalkan sunnah dalam bisnes, dalam berinteraksi dengan masyarakat, kena sentiasa penuhkan masjid surau dan bukan hanya sekali seminggu atau sekali sepanjang tahun. amalkan sunnah dengan sebenar2nya, bukan setakat sarung jubah, serban dan shawl lalu berkata "akulah pencinta Nabi"!
janganlah tertipu dengan menyangka cinta kita terhadap Rasulullah itu cukup dibuktikan sekadar menghadirkan diri ke majlis maulid, mendengar qasidah para habib, atau update status cinta Rasul dan alunan qasidah para habib.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment