Monday, January 7, 2013

memali - ringkasan kisah...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

untuk generasi baru yang tidak tahu apa2 mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.

1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.

2) beliau adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah.

3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).

4) dalam usaha untuk menghentikan pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan telah disebarkan oleh kerajaan melalui media2 seperti melabelkan Ibrahi Libya dan pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya.

5) merasakan tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang menghadiri ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh kerajaan untuk menangkap Ibrahim Libya.

6) akhirnya kerajaan dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan keselamatan yang berkampung di situ mencecah 3,000 orang. masing2 lengkap bersenjata bersama2 dengan pelbagai kelengkapan lain seperti kereta2 perisai, lori water cannon dan sebagainya. seolah2 mereka sedang bersedia nak berperang dengan komunis.

7) itulah antara tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada diantara mereka yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah utk menggempur saki baki komunis. tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka bukanlah merempuh komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah kampung yang hanya dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam - tapi dek kerana arahan, depa terpaksa ikut.

8) rundingan demi rundingan cuba dilakukan oleh penduduk kampung - yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak2 - tapi buntu. bagi pasukan polis, arahan jelas daripada KDN adalah utk menghapuskan Ibrahim Libya - hidup atau mati.

9) akhirnya selepas subuh, polis melancarkan serangan. apalah sangat senjata parang dan pisau jika dibandingkan dengan pistol dan sub machine-gun. apalah sangat kederat makcik2 kampung berbanding dengan polis yang memang dilatih khas.

10) pada mulanya, polis melepaskan gas peedih mata. seorang kanak2 yang terkena gas tersebut pengsan dengan mulutnya berbuih. kejadian itu menaikkan kemarahan seorg penduduk kampung bernama cikgu shafie yang nekad membalas kezaliman polis namun dia ditembak sebelum sempat dia merapati polis. bermula dari situ, serangan pun dilancarkan bertai arus.

11) selepas zohor, serangan pun dihentikan. 14 orang disahkan mati dengan ramai lagi cedera. operasi pembersihan segera dilakukan agar kejadian itu terlindung dari pengetahuan orang ramai. cerita sebenar terus dipastikan tidak sampai pada pengetahuan umum.

al fatihah untuk para syuhada memali.

8 comments:

  1. Asalamualaikum.. pengalaman tuan harus dikongsi dengan orang lain agar semua dapat merasai setidak-tidaknya secuit kebenaran.. rajin2 lah minta bantuna blogger pro pakatan terutama blogger PAS supaya blog tuan dilinkkan di blog mereka. Walau sebaris ayat yg kita sampaikan jika bermanafaat kepada insan... Allah janjikan ganjaran pahala.. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Ingat kisah Abu Lahab? Bapa Saudara Nabi Muhammad S.A.W? Menentang Islam yang hendak di sampaikan kepada penduduk Mekah dan apa jadi pengakhiran hidup Abu Lahab? Anak sendiri pun tak sanggup pegang mayat Abu Lahab kerana menghina Islam dan Nabi dan tentangan nya terhadap Islam yang nabi hendak sampaikan... Moral the story kita ni ada lah beragama Islam so bila ada yang menyampaikan Dakwah jangan sesekali menentang...Islam yang hendak di sampaikan oleh Ustaz Ibrahim Libya adalah yang benar tetapi ada penguasa sangat takut dengan ayat ayat Al-Quran..!! Kenapa jadi macam itu?

    ReplyDelete
  3. salam tuan...

    mnx kebenaran tuan utk copy n paste artikel tuan d blog saya boleh?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum nak minta kebenaran u copy artikel tuan...

    ReplyDelete
  5. Minta kebenaran untuk copy dan paste di blog saya :)

    ReplyDelete
  6. Saya nak copy dan paste. Tahniah . Saya berbangga atas penulisan anta.

    ReplyDelete
  7. Mati menentang kerajaan malaysia adalah mati syahid.. senang jugak nak dapat syahid ya.. hmm.. jom la kita pakat tiru mcm ustaz ibrahim ni :-)

    ReplyDelete