Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, December 16, 2012
PEREMPUAN HAID BOLEH MASUK MASJID! bahagian 1
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
PEREMPUAN HAID BOLEH MASUK MASJID! (bahagian 1)
topik ni hangat jugak sejak 2-3 hari ni. dalam tempoh tu, memacam fatwa dan pandangan keluar. sampai ada yg dok memperbodohkan ulama mutakhir tersohor. banyak yg berpegang kepada pandangan JUMHUR ulama keempat2 mahzab bahawa org haid "dilarang" datang ke masjid dalam keadaan junub - cuma sekadar lalu je.
so, sebenarnya apa kisah pompuan haid dengar kuliah kat masjid ni? apakah Islam ni sekejam itu utk mendiskriminasikan wanita haid? berapa kerat sangat para suami yg mampu menyampaikan balik ilmu yg depa denfar kat masjid kepada isteri masing2?
Jom kita tgk dari sudut hukum berdasarkan dalil mengenai hal ni. kita kaji hadis atau nas ayat Quran mengenainya, dan kita teliti apakah benar wanita haid dilarang sama sekali masuk ke dalam masjid utk dengar kuliah dan sebagainya.
baik - mcm yg aku sebut kat atas, JUMHUR ulama berpandangan adalah wanita haid itu dilarang masuk masjid. JUMHUR ni maksudnya apa? maksudnya KEBANYAKAN. maknanya TAK SEMUA. bila TAK SEMUA, maknanya ADA KHILAF. dan ulama yg BERKHILAF ni pastinya ada merujuk kepada memana hadis atau dalil yg membenarkan hujahnya.
okey, jom kita rujuk ttg beberapa dalil berkenaan "dilarang" ni. yang paling selalu digunapakai adalah hadis ini :
لاَ أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلاَ جُنُبٍ.
Aku tidak menghalalkan masjid bagi (wanita yang didatangi) haid dan tidak (halal juga) bagi orang yang junub.
Hadis tu dikeluarkan oleh Imam Abu Daud dalam kitab Sunannya, hadis no: 220 (Kitab al-Thaharah, Bab berkenaan orang junub yang memasuki masjid). Selain itu ia juga dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 2001), perawi no: 1710 (Bab Alif: Aflat bin Khalifah), Imam Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya (tahqiq: M. Musthafa al-‘Azhami; al-Maktab al-Islami, Beirut, 1996), hadis no: 600 (Kitab himpunan bab keutamaan masjid, Bab tegahan duduk bagi orang yang junub dan haid dalam masjid) dan Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (tahqiq: M. ‘Abd al-Qadir ‘Atha; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1999), hadis no: 4323 (Kitab al-Solat, Bab orang junub melalui masjid dan tidak berdiam di dalamnya).
- Kesemuanya melalui jalan sanad yang berpangkal kepada Aflat bin Khalifah, dari Jasrah binti Dajajah, dari ‘Aisyah radhiallahu 'anha.
- Kedua-dua perawi di atas, Aflat bin Khalifah dan Jasrah binti Dajajah, diperselisihkan kedudukan mereka dari sudut al-Jarh wa al-Ta’dil. Sebahagian ahli hadis ada yang menilai depa lemah dan ada yang menilai depa lebih kuat dari sekadar lemah (stronger than the weak).
- maka, ada yang menolak hadis-hadis yang depa sampaikan, ada yang menerimanya jika ia memiliki penguat yang lain dan ada yang menerimanya secara mutlak.
- Oleh itu sekali pun pada zahirnya keempat-empat mazhab bersepakat menggunakan hadis yang mereka sampaikan berkenaan larangan bagi wanita yang didatangi haid dan orang junub dari memasuki masjid, telaah yang cermat terhadap pelbagai kitab para ahli hadis dan fiqh menemukan tiga perselisihan pendapat berkenaan darjat hadis tersebut:
1) Ada yang menilai hadis tersebut adalah dha‘if (lemah). Ini adalah penilaian Imam al-Bukhari, Imam Ibn Hazm, Imam Ibn al-Rif‘ati (ابن الرفعة), Imam al-Khaththabi, Imam ‘Abd al-Haq dan Imam Ibn Rusyd.
2) Ada yang menilai hadis tersebut adalah hasan. Ini adalah penilaian Imam Ibn al-Qaththan, Imam Abu Daud dan Imam al-Zayla’e.
3) Ada yang menilai hadis tersebut adalah shahih. Ini adalah penilaian Imam Ibn Khuzaimah dan Imam al-Syaukani.
- bila jadi perselisihan mcm ni, pandangan mana yg kita nak gunapakai? kalau kita rajin kaji bebetul, kita akan jumpa satu lagi hadis mengenai bab ni yg TIDAK ADA PERSELISIHAN PADANYA. tadak yg kata shahih, hasan atau dhaif. apa hadisnya?
- Dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Solat, Bab wanita yang tidur di dalam masjid, hadis no: 439, terdapat hadis berikut daripada ‘Aisyahr.a :
أَنَّ وَلِيدَةً كَانَتْ سَوْدَاءَ لِحَيٍّ مِنْ الْعَرَبِ فَأَعْتَقُوهَا فَكَانَتْ مَعَهُمْ.
قَالَتْ: فَخَرَجَتْ صَبِيَّةٌ لَهُمْ عَلَيْهَا وِشَاحٌ أَحْمَرُ مِنْ سُيُورٍ.
قَالَتْ: فَوَضَعَتْهُ أَوْ وَقَعَ مِنْهَا فَمَرَّتْ بِهِ حُدَيَّاةٌ وَهُوَ مُلْقًى فَحَسِبَتْهُ لَحْمًا فَخَطِفَتْهُ.
قَالَتْ: فَالْتَمَسُوهُ فَلَمْ يَجِدُوهُ. قَالَتْ: فَاتَّهَمُونِي بِهِ.
قَالَتْ: فَطَفِقُوا يُفَتِّشُونَ حَتَّى فَتَّشُوا قُبُلَهَا.
قَالَتْ: وَاللَّهِ إِنِّي لَقَائِمَةٌ مَعَهُمْ إِذْ مَرَّتْ الْحُدَيَّاةُ فَأَلْقَتْهُ.
قَالَتْ: فَوَقَعَ بَيْنَهُمْ.
قَالَتْ: فَقُلْتُ هَذَا الَّذِي اتَّهَمْتُمُونِي بِهِ زَعَمْتُمْ وَأَنَا مِنْهُ بَرِيئَةٌ وَهُوَ ذَا هُوَ
قَالَتْ: فَجَاءَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَتْ.
قَالَتْ عَائِشَةُ: فَكَانَ لَهَا خِبَاءٌ فِي الْمَسْجِدِ أَوْ حِفْشٌ.
قَالَتْ: فَكَانَتْ تَأْتِينِي فَتَحَدَّثُ عِنْدِي.
قَالَتْ: فَلاَ تَجْلِسُ عِنْدِي مَجْلِسًا إِلاَّ قَالَتْ: وَيَوْمَ الْوِشَاحِ مِنْ أَعَاجِيبِ رَبِّنَا أَلاَ إِنَّهُ مِنْ بَلْدَةِ الْكُفْرِ أَنْجَانِي.
قَالَتْ عَائِشَةُ: فَقُلْتُ لَهَا مَا شَأْنُكِ لا تَقْعُدِينَ مَعِي مَقْعَدًا إِلاَّ قُلْتِ هَذَا؟
قَالَتْ: فَحَدَّثَتْنِي بِهَذَا الْحَدِيثِ.
(Terdapat) seorang hamba wanita berkulit hitam milik satu kaum bangsa Arab yang mereka bebaskan dan dia tinggal bersama mereka.
Hamba itu berkata: "Satu ketika anak perempuan mereka keluar dengan memakai selendang merah yang dibuat dari kulit dan dihiasi dengan batu permata. Dia meletakkannya, atau terjatuh, sehingga terbanglah seekor burung sedangkan selendang tersebut terletak di atas tanah. Burung itu menganggap selendang tersebut adalah seketul daging lalu ia menyambarnya.
Lalu (kemudian) mereka mencari selendang tersebut namun tidak menemuinya. Akhirnya mereka menuduh aku yang mengambilnya. Mereka mulai mencarinya sehingga memeriksa kemaluannya. Demi Allah! Sungguh aku masih berdiri di kalangan mereka sehingga tiba-tiba terbanglah burung itu dan melemparkan selendang tersebut. Selendang tersebut jatuh tepat di antara mereka.
Lalu aku berkata: “Inilah selendang yang kalian tuduh aku mengambilnya padahal aku bersih dari semua tuduhan itu dan inilah selendang tersebut.”
Maka aku datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan masuk Islam."
‘Aisyah berkata: Sejak itu dia mendapat tempat tinggal berupa khemah atau bilik kecil berbumbung rendah di dalam masjid.
Hamba itu biasa mendatangiku dan berbicara denganku. Dia tidak pernah duduk di hadapanku melainkan berkata: “Dan hari selendang itu di antara keajaiban Tuhan kami, Ketahuilah! Dari negeri kafir Dia menyelamatkan aku.”
‘Aisyah berkata: Aku bertanya kepada dia, kenapa kamu tidak sekali pun duduk bersamaku kecuali mengucapkan sedemikian?
Maka dia pun menceritakan kepadaku kisah di atas.
- sila tumpukan perhatian kepada baris keterangan Aisyah r.a betapa wanita itu "mendapat tempat tinggal berupa khemah atau bilik kecil berbumbung rendah di dalam masjid."
- ini menunjukkan wanita tersebut duduk lama kat dalam masjid tu sampai dibina bilik atau khemah untuk dia. kalau setakat duduk 2-3 hari, takkan sampai nak buat bilik?
- apa signifikannya? memandangkan wanita tu duduk lama kat situ sampai dibuat bilik untuknya, surely dia akan datang haid pada mana2 ketika, dan Rasulullah s.a.w tak halang pun dia duduk kat masjid tu walaupun dengan pengetahuan wanita tu surely akan datang haid!
- Aisyah tak terangkan dalam hadis tu wanita tersebut budak ke atau pompuan yg dah menopos. so maknanya, pompuan dalam hadis tu adalah pompuan biasa yg normal, yg akan alami putaran haid seperti pompuan lain.
- so kat sini, kita ada dua hadis yg bercanggah. satu kata tak boleh, satu kata boleh. mcm mana nak buat? di sini, para ilmuan Islam menggariskan beberapa kaedah utk hilangkan percanggahan yg wujud antara dua atau lebih hadis.
- kaedah 1 : Check kekuatan darjat kedua2 atau semua hadis yg bercanggah tu. kalau hadis yg melarang tu dhaif atau hasan, maka ianya tertolak jika hadis yg membenarkan tu ialah sahih. jika hadis yg melarang tu sahih sama dengan yg membenar, maka kita selidik sama ada salah satu drpdnya membatalkan yg lain. setakat ni tak ditemui pun bukti bahawa wujudnya pembatalan.
- kaedah 2 : jika jadi sebegitu, maka kaedah yg terbaik adalah menggandingkan kedua2 hadis (dalam kes ni la) iaitu antara yg melarang dan membenarkan wanita haid masuk dan mendiami masjid. so jika dibuat penggandingan ni, maka kita akan dapat lihat ianya menunjukkan hadis larangan itu TIDAK MEMBAWA hukum haram, sebaliknya sekadar MAKRUH.
- maka secara kesimpulannya, adalah MAKRUH bagi wanita haid utk masuk dan mendiami masjid.
bersambung bab 2. kita tgk beberapa hadis lain lagi yg digunakan utk menghujahkan larangan, dan hujah yg menjelaskan betapa larangan itu tidak qat'ie. memandangkan aku berbeza pandangan dengan para "ulama muktabar", jom kita tgk ada tak org yg nak bunuh aku sebab ni.
Friday, September 21, 2012
Hari Membantah Kebiadaban!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ternyata kewujudan filem pendek "Innocence of Muslims" memberikan impak yg tersendiri.
Aku ingat lagi - satu ketika dahulu dunia Islam pernah dikejutkan dengan penulisan buku "The Satanic Verses" oleh Salman Rushdie. Tidak lama dulu, penyiaran karikatur2 menghina Nabi Muhammad s.a.w juga menjentik sensitiviti umat Islam sedunia. Dan kini, giliran filem arahan Sam Bacile ini pula mencabar kesabaran kita.
Seperti yg dijangka, semua pihak memberikan reaksi keras terhadap filem pendek ini. Kulminasinya, siang tadi selepas solat Jumaat belangsung dua demonstrasi di dua lokasi berlainan oleh Pemuda UMNO dan juga Pemuda PAS bersama Pakatan Rakyat - Pemuda UMNO di Masjid Jamek Kampung Baru dan demo oleh Pemuda PAS + PR di Tabung Haji, berarak ke Kedutaan Amerika.
Tuesday, August 28, 2012
alasan yang tak masuk akal!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alasan kenapa mangkuk ni x dihukum penjara ke rotan ke atas kesalahan merogol -
- dia "x begitu jauh beza umur" dgn mangsa rogol ru.
- memberikan kerjasama dgn polis
- menunjukkan tanda2 dia sudah insaf
- dia bagi jaminan dia takkan buat lagi
- hakim berpandangan perintah 5 tahun berkelakuan baik tu dah memadai, dgn menekankan bahawa "dia kekal ada rekod buruk".
Nak pandangan aku jujur? BULLSHIT!
Ada x hakim2 bodoh ni memikirkan perasaan budak pompuan tu? Masa depan dia mcm mana? Perasaan mak bapak budak pompuan tu? Bahkan kalu nakkan implikasi lebih besar, apa pandangan org ramai mengenai sistem kehakiman negara ni yg sememangnya meragukan dan "lawak bodoh"?
Sepatutnya dia dikenakan hukuman yg berpatutan sebagai EXAMPLARY - pecontoh dan pengajaran kepada sesapa sahaja yg ada niat2 nak buat jenayah seperti ini agar "fikir banyak kali sebelum buat". But this?
Absolutely blatantly idiotic
Fitnah pasal sambutan merdeka pulak...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Adoiii...punya la terdesak puak2 UMNO nak carik isu sampai yg ni pun depa nak fitnah TGNA. Pencacai beruk tahap berapa ni?
Weh - Kelantan antara negeri yg terawal lancarkan kempen bulan kemerdekaan tahun ni ye. Malah tiap tahun pun begitu jugak. Celah mana Nik Aziz haramkan sambutan kemerdekaan?
Yg aku ingat, Nik Aziz x bagi sambut merdeka lelebih masa hari merdeka jatuh ketika bulan pose zaman paklah dulu. Adehhh...
Mmg betul kata madey - yg ada dalam UMNO ni bukan sahaja bodoh, tapi setan2 belaka.
Adoiii...punya la terdesak puak2 UMNO nak carik isu sampai yg ni pun depa nak fitnah TGNA. Pencacai beruk tahap berapa ni?
Weh - Kelantan antara negeri yg terawal lancarkan kempen bulan kemerdekaan tahun ni ye. Malah tiap tahun pun begitu jugak. Celah mana Nik Aziz haramkan sambutan kemerdekaan?
Yg aku ingat, Nik Aziz x bagi sambut merdeka lelebih masa hari merdeka jatuh ketika bulan pose zaman paklah dulu. Adehhh...
Mmg betul kata madey - yg ada dalam UMNO ni bukan sahaja bodoh, tapi setan2 belaka.
Friday, August 10, 2012
Wahai adikku, labuhkanlah hijabmu! Tips bertudung labuh :)
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
“…Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu….” [surah 24; an-Nur; ayat 35]
“Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.”[surah 24; an-Nur; ayat 46]
Aku percaya, ramai sahabat-sahabat, adik-adik mahupun kakak-kakak diluar sana yang hatinya telah lunak & lembut disapa bayu Hidayah Allah swt.
Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.
Thursday, August 9, 2012
Liwat isteri - menjawab tohmahan Zul Nordin
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ini adalah cerita lama - iaitu tuduhan Zul Nordin betapa "hudud PAS lari dr syarak" kerana "membenarkan isteri diliwat".
Ini jawapannya -
Menurut al-Imam al-Syarbini iaitu seorang tokoh Mazhab Syafie: “Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) ialah wajib dita’zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan ta’zir.” Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.
Wednesday, August 8, 2012
pegawai DBKL yang memalukan!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dipetik dari wall seorg pengguna Facebook -
This DBKL women named "Samsinah" has no consideration on giving out summons when people are paying for parking tickets at the paying machine. Unfortunately, 2 machines at Prima Setapak are faulty, when a few car-parkers talk nicely to her, she just shouted "you ingat aku sangat senangkah? Duduk sana tunggu you orang bayar?" She even scolded foul language to the people "celaka punya orang, bodohkah kamu semua", "sohai punya cina", "tak suka pergi buat report la, babi", "you ingat you saja ada camera?saya pun ada" and she took out her phone and took pictures of us.
Look at the pictures,
1)she SLAMMED my phone taking pictures of her,
2) she acted funny which is not funny at all",
3) she even pointed her "middle finger" to all of people standing there. Seriously, this is such a disgrace for DBKL and the malaysian community.
ADDED ON: this is NOT meant for RACIAL ISSUE. PLEASE DO NOT raise any SENSITIVE ISSUE here. The problem is
1) Her ETHIC, ATTIDUDE and SITUATION HANDLING towards normal citizen.
2) The LOUSY, LOW QUALITY and FAULTY parking machines around that had been vandalized, but none of the authorities take action to catch the culprits OR at least maintain those machine.
***As mentioned, ALL the MACHINES nearby SPOILT, and she still give the summons. So, what now? Chill. I will do an adequate report on her***
This might be just a small matter, but somehow someday, when this involves VIP or whatsoever, i guess this is raise an uproar and havoc among Malaysians.
P/S: We all RESPECT and LOVE Malaysia, ALL races, ALL cultures, ALL levels of citizens. But say NO to bad authorities. Say NO to racism. Say NO to injustice. Say NO to the rotten government.
komen aku? Memalukan. Tapi it is long time coming. Memang ada sesetengah penguatkuasa ni "lebih sudu dari kuah" - dan kini terbukti sudah.
Mengenali sistem pemerintahan Negara Islam
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jom semua kita sama2 mengenali dan memperinci sistem pemerintahan negara Islam ;)
Tuesday, August 7, 2012
Polemik tema kemerdekaan yang tak selari..
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nampaknya isu ketidakseragaman tema kemerdekaan negeri2 PR menjadi buah mulut. X kurang juga ada kawan2 dlm PR yg mempertikaikan tindakan kerajaan PAS kelantan dan kedah ug "menongkah arus" x guna tema yg sama diputuskan di penang dan selangor.
Friday, August 3, 2012
Bila ulama tersohor nusantara menembak ulama UMNO..
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Siapa yg tak kenal dengan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki? Ulama dari Indonesia ini diperakui sebagai ulama yang tersohor di alam nusantara serta merupakan pengasas Maahad Darul Hadis. Ilmunya cukup tinggi dan tiap2 lontaran katanya pasti penuh dengan hikmah dan pengajaran - walaupun masa dia buat lawak.
TV Alhijrah pada Ramadhan kali ini menyediakan satu slot khas untuk Syeikh Nuruddin menerusi rancangan Ihya' Ramadhan yg disiarkan saban petang, dengan ulangannya masa subuh. Memang rancangan itu amat aku dan isteri aku nantikan kerana ilmu2 yang bakal disampaikan oleh al fadhil syeikh cukup berharga untuk dibiarkan begitu sahaja.
Wednesday, July 25, 2012
"Ulama" ILMU yang biadab.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Akhirnya aku langgar janji aku.
Aku sebetulnya cuba menghormati permintaan Ustaz Din Tantawi agar tak memanjangkan isu "solekan" baru2 ni, tapi memandangkan Pena Minang cuba membawa dendam kesumat ni ke level yg mengarut, maka aku kena bersuara.
Baik, sebelum itu jom kita teliti status oleh sorg makhluk ILMU, si Ahmad Fauzan (aku tak berminat nak panggil dia Ustaz) 19 Julai lalu yang menjadi punca polemik ini -
"Terkejut melihat Ketua Pemuda Pas "rela" disolek oleh seorang jurusolek perempuan pihak astro awani..tahniah buat sahabatku Fathul Bari kerana "memilih" utk "menyolek" diri sndiri kerana bimbang tersentuh dgn wanita.apa guna perjuangkan islam andai hal semudah ini tidak dpt dijaga.renung2kan..."
Budak tadika pun tahu apakah sasaran status bodoh ni. Tak lain tak bukan menggambarkan Ustaz Din Tantawi itu "khianat agama" dan Fathul Bari itu "baik gila". Kononnya Fathul Bari tak menjual agama, Ustaz Din jual demi secolek mekap.
Terpukul dengan fitnah bodoh ini, Pemuda PAS Gombak mengeluarkan satu status bergambar yang jelas mengantoikan betapa Fathul Bari - yg kononnya mekap sendiri - JUGA DISOLEK OLEH JURUMEKAP WANITA. Sedangkan tidak ada gambar seumpamanya dirakam berkenaan Ustaz Din!
Sila baca kenyataan Ustaz Din yang ditulisnya menerusi fanpage Facebooknya pada pagi 25 Julai 2012 -
"Ramadhan Kareem ! Sahabat semua ....
1. Sedarkah kita sekarang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak ? Bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.
2. Justeru itu , saya harap sangat - sangat agar kita tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk : PRU 13 , Orang Muda Pilih Siapa ? baru - baru ini.
3. Saya bersetuju bahawa juru 'touch up' wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru touch up lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang. Teguran itu dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. Penganjur bersetuju dengan teguran saya.
4. Saya sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas touch up muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi saya. Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani ]
5. Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali. Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati. Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan Sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.
Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa."
Sila bandingkan pula dengan kenyataan Fathul Bari berkenaan insiden yang sama, pada hari yang sama (tapi lewat sikit) -
"Untuk isu “solek” yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran; komen saya:
1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat (moga Allah mengampunkan kesalahan ini), dan saya telah memperbetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.
2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.
3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.
4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.
5. Mungkin ada yang beralasan, “tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit”, tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: “mata juga berzina”. Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.
6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.
7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak”cekapan” saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.
8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.
9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua’lam."
Pertama sekali selepas membaca kedua2 kenyataan ini, ternyata Ustaz Din lebih apologetic dan matang berbanding Fathul Bari. Kenapa?
1) Ustaz Din LANGSUNG TIDAK MENYENTUH TENTANG FATHUL BARI ketika memperbicarakan ttg perihal mekap tersebut, jauh sekali menyatakan "saya dan dia ni manusia biasa bla bla bla..." Ustaz Din hanya berbicara tentang dirinya, dan dirinya sahaja. Tak perlu dia nak mengheret org lain utk berkongsi kesalahan. Ini dilakukan oleh Fathul Bari.
2) Ustaz Din bersungguh2 mahu semua pihak melupakan insiden mekap itu, lantas dia tidak memberikan komentar yang panjang mahupun kelam kabut mempertahankan dirinya. Bahkan, dia mengakui kealpaannya walaupun kejadian berlaku bukan salahnya.
Fathul Bari? Kelam kabut merekacipta seribu alasan dan situasi untuk menyatakan "aku ni mulia, suci". Siap mention yg "saya bermuhasabah diri selepas itu..." riak tahap berapa ko ni, Fathul Bari?
3) Ustaz Din mengambil sikap melindungi sahabat seulama (aku tak setuju langsung Fathul Bari digelar ulama, tapi nak buat mcm mana) dengan merayu agar Fathul Bari tidak diaibkan lagi. Tapi Fathul Bari?
Pemuda Gombak sums up perangai Fathul Bari dengan baik sekali -
"Tulis Fathul bari "8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi."
Bandingkan dengan kenyataan FB Fauzan, COO ILMU (aku disclose kat atas tadi)
Berdasarkan kenyataan Fauzan, ayat "apa guna perjuangkan islam andai hal semudah ini tidak dpt dijaga" memang sesuai untuk Fathul Bari.
Status ini diupdate pada 19 Julai dan mengandungi ayat pembohongan "tahniah buat sahabatku Fathul Bari kerana "memilih" utk "menyolek" diri sndiri kerana bimbang tersentuh dgn wanita".
Dalam tempoh 19 Julai status ditulis sehingga 24 Julai gambar Fathul Bari terbongkar, Fathul Bari langsung tidak rasa bersalah Fauzan berbangga fathul Bari menyolek diri sendiri.
Walhal, sudah terang-terang Fathul Bari disolek. Maknanya Fathul Bari sendiri turut bersubahat membiarkan status ini tersebar di FB walhal dia tahu bahawa dia disolek. Dalam masa sama, sehingga kini Fauzan sendiri tidak pernah menarik balik atau memohon maaf atas kekhilafannya menulis status ini.
Malah dengan bangganya Fauzan mendakwa dia dan Ilmu bertindak adil kerana turut menegur Fathul Bari. Walhal, teguran itu hanyalah selepas Fathul Bari kantoi apabila gambar yang memaparkan dirinya disolek disebarkan."
Nampak? Di saat Ustaz Din bersikap "nak buat mcm mana...yang lepas tu lepas la..", Fathul Bari masih mahu menampakkan dirinya suci dan baik serta mengambil ruang untuk mengkondem Ustaz Din secara halus. Apa ni? Apakah disebabkan dia hangin satu badan betapa TIDAK ADA GAMBAR USTAZ DIN YANG DISEBARKAN waima oleh juhalak2 taghut yang dilindunginya?
Bagi aku, Fathul Bari amat tidak professional dan amat busuk hatinya. Segala apa yang dia tulis, aku pulangkan balik kepada dirinya. Selagi kedua2 makhluk keji ini tak meminta maaf, terutamanya Fauzan, aku akan terus menyerang dan menyerang sehingga kedua2nya mati akal.
Watch ur step, scumbags.
Monday, July 16, 2012
Antara dua "kerahan"...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Petang Sabtu, kecoh betul puak UMNO menjaja satu surat "kerahan" oleh PAS Pusat mengarahkan ahli2nya datang menghadiri Himpunan Oren.
Tapi hari ni, seorg pelajar kolej komuniti membocorkan satu surat kerahan daripada pihak penganjur 1M4U (sapa ke lagi) supaya pihak kolej komuniti menghantar para pelajar menghadiri program serba lagha itu. Dan ini yang kantoi - sekolah2? Universiti? Politeknik? You'll get the idea.
"Kerahan" PAS x menjanjikan t-shirt percuma, topi percuma dan pelbagai yg percuma lagi. Kerahan 1M4U? Malas nak citer.
Aku dah pesan banyak kali - jangan kahak ke langit.
Sunday, July 15, 2012
Road trip demi 3 himpunan...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semalam memang merupakan hari yang amat memenatkan.
Pada sebelah pagi, berlangsung Himpunan Hijau peringkat WP di Putrajaya. Kami dari PAS Kawasan Batu memang dah setting untuk konvoi beramai2 menuju ke Putrajaya. Masing2 bersemangat dan selepas aku memberikan taklimat ringkas, kami pun bertolak dengan aku mengetuai perjalanan.
Kami singgah sekejap di Shell jalan Tun Razak untuk mengisi minyak dan mungkin ada yang nak membeli makanan ringan atau ke tandas, dan kemudian kami meneruskan perjalanan kami menyusuri Jalan Tun Razak menuju ke Maju Expressway. Perjalanan begitu lancar dan para peserta konvoi begitu berdisiplin. Dalam perjalanan kami terserempak dengan geng Wangsa Maju tapi memandangkan atas highway, tak leh la tunggu.
Thursday, July 12, 2012
Masalah rumahtangga jangan dijadikan bahan politik!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jom kita imbau kembali sejarah para Nabi dan Rasul yang hebat.
Satu hari, Nabi Ibrahim datang ke rumah anaknya Nabi Ismail. Ketika itu, Nabi Ismail tidak ada di rumah. Yang ada hanyalah isteri Nabi Ismail. Setelah duduk sekian lama, Nabi Ibrahim yang tidam memperkenalkan dirinya siapa kepada isteri anaknya itu berasa kurang senang dengan sikap dan perilaku isteri anaknya itu. Lalu baginda meminta diri dan berpesan, "khabarkan kepada suamimu bahawa ada seorg tua datang sebentar tadi, rupanya begini dan begini, dan khabarkan kepada suamimu bahawa orang tua tersebut tidak menyukai alang pintu rumah ini. Minta ditukar segera."
Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya pun menceritakan tentang perihal "orang tua" tersebut dan menyampaikan pesannya. Nabi Ismail lantas bersuara, "itu adalah ayahku Nabi Ibrahim, dan ternyata dia tidak senang dengan perilaku kamu. Maka kamu aku ceraikan pada saat ini juga."
Tak lama kemudian, Nabi Ismail berkahwin lain, dan sekali lagi Nabi Ibrahim melawat anaknya ketika Nabi Ismail tiada di rumah dan hanya tinggal isterinya sahaja. Setelah duduk sekian lama, Nabi Ibrahim yang juga kali ini tidak memperkenalkan dirinya meminta diri lalu berkata, "sampaikan salamku pada suamimu, dan khabarkanlah padanya seorg tua yang begini dan begini telah datang melawatnya. Dan khabarkan padanya bahawa alang pintu rumahnya ini sedang elok sahaja dan tidak perlu ditukar."
Apabila Nabi Ismail yang pulang kemudiannya diberitakan tentang pesanan itu oleh isterinya, Nabi Ismail pun berkata, "itu adalah ayahku Nabi Ibrahim, dan ternyata dia amat menyenangi kamu. Maka berbahagialah wahai isteriku."
Apa motif aku bukak kisah ni?
Wednesday, July 11, 2012
Terima RM80,000! Awang Adek wajib jawab!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pagi tadi, aku menghadiri sidang media tergempar yang dianjurkan oleh Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk membuat pendedahan mengenai kemungkinan berlaku rasuah membabitkan seorg timbalan menteri.
Di sini, aku lampirkan kenyataan seperti yang disiarkan dalam Harakahdaily, yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut -
Merungkai misteri Jaya Negara...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semua org tau kejadian yang berlaku di JPM beberapa hari lepas. Semua org tau juga siapakah "Imam Mahdi" yang dok mengamuk tu.
Cuma apa yg org tak tau ialah "apakah motif amukan itu".
Mari kita ulangi cerita - seorang lelaki yang mengaku dirinya "imam Mahdi" telah mengamuk di perkarangan bangunan JPM bersenjatakan samurai. Dia ditemani oleh seorg wanita yang kemudiannya disahkan sebagai "pengikut" kepada "imam Mahdi" tersebut. Berlaku adegan tembak menembak (sebenarnya, polis je yang tembak. Si "imam" tu mana ada pistol pun) dan natijahnya, sang "imam" mati sewaktu tiba di hospital (DOA) dan si pengikut cedera parah.
Tak lama kemudian, identiti "imam" itu didedahkan di alam maya iaitu "imam" tersebut merupakan seorg blogger yang menggunakan nama samaran Jaya Negara. Dia menguruskan laman blognya sendiri iaitu Jayanegara.blogspot.com. Blognya mengandungi pelbagai penulisan yang merupakan luahan ala sufi (yang sebenarnya memeningkan) dan bak kata pihak berkuasa, membuktikan Jaya Negara ini mempunyai masalah mental. Kemudiannya, pihak berkuasa mengesahkan bahawa Jaya Negara adalah Khalil Afandi Abd Hamid. Pengikut wanitanya itu pula aku yakin merupakan seorg pengikut tegar blog itu yang bernama samaran "Dhada".
Tuesday, July 10, 2012
Siapakah kuda tunggangan demi menubuhkan casino Genting?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jom kita imbas kembali asal usul casino di Genting - dan siapakah tulang belakangnya -
Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.
Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.
Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.
Tapi Lim Goh Tong bukan bod oh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.
Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.
Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.
Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.
Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.
Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,800 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bod oh la.
Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la.
Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?
Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).
Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.
Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.
Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.
Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.
Najib Razak pewaris Genting
Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.
Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.
Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.
Profail
Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar / Maimun bin Haji Abdul Manaf
Anak
Rahah
Suhaila
Fakhriah
Abu Rais
Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976)
Toh Puan Suhaila menjadi isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia ke-3 , Tun Hussein Onn (1976-1981).
Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi
Perdana Menteri Malaysia ke-6 .
Seorang lagi cucunya ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Najib.
Bekas Speaker Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.
Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Jangan salahkan pencuri, sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela.
Posting ini bukanlah bertujuan utk mengaitkan Allahyarham Tun Noah, cuma hendak mengimbau kembali sejarah tertubuhnya pusat judi terbesar asia tenggara ini dan siapakah tulang belakangnya - dan sejauh mana penglibatan tokoh2 UMNO dalam usaha ini sehingga boleh dianggap melakukan kekufuran melampau (nak kata kafir, marah).
Dan sejauh mana pemimpin2 UMNO ni diperkudakan oleh cina. Poyo je tuduh2 org lain - sendiri lebih teruk!
(artikel ini dikutip dari status Mahkota Taqwa)
Monday, July 9, 2012
Siapa yang asabiyyah, Mahathir?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Madey Kutty strikes back! Kali ni, dia menembak secara membabi buta dalam blognya menerusi tajuk "asabiyyah" yang dihalakan tepat ke arah PAS dan pucuk pimpinannya terutamanya Nik Aziz. Pelik - kenapa dia cuak sangat, atau lebih tepat JAKI SANGAT dengan Nik Aziz? Sebab Nik Aziz tak pernah balas setiap kutukan dia ke?
Kat sini aku akan lampirkan setiap point dia dalam penulisan tahap longkangnya itu, dan aku akan sanggah satu demi satu. Fasten ur seatbelts.
Gelombang Munajat PRU13 PAS Batu meriah!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pada hari Ahad, 8 Julai 2012 telah berlangsung program Gelombang Munajat PRU 13 anjuran PAS Batu (PAS Kawasan Batu, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda) bertempat di KUIZM, Taman Melewar. Ini merupakan program kali kedua seumpamanya selepas program yang sama 2 bulan lepas.
Program kali ini memuatkan acara solat maghrib dan isyak berjemaah yang diimamkan oleh Saudara Abu Bakar Abdul Rahman selaku Ketua Pemuda PAS Batu (maghrib) dan Ustaz Abdul Kadir selaku Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Batu (isya'). Taujihat disampaikan oleh Ustaz Muhammad Izzat yang selepas itu turut mengimamkan solat hajat, manakala zikir munajat pula diketuai oleh Saudara Nurpais Ismail selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Batu. Saudara Rafik Masuod mempengerusikan majlis pada malam itu.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Hj Mohamad Noor Mohamad, Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan yang juga AJK PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Suhaimi Abdul Aziz selain para pucuk pimpinan PAS dari pelbagai peringkat. Para VIP juga sudi meluangkan masa menyampaikan amanah dan pesanan kepada para jemaah sebagai titipan bagi memperkuatkan lagi semangat jemaah menghadapi PRU yang bakal menjelang bila2 masa sahaja.
Mudah2an, majlis yang serba ringkas ini diberkati oleh Allah dan segala munajat dan hajat yang dialun dan dipersembahkan diterima Allah dan seterusnya memperkenankan kemenangan PAS di bumi Malaysia menyusuri jejak langkah Ikhwanul Muslimin di Mesir, insya Allah.
Takbir!
Sunday, July 8, 2012
Setahun sudah berlalu...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pertama sekali, maaf dipinta sebab 3 hari ni aku tak update apa2 entri dalam blog ni. Bukannya apa - mmg 3 hari ni aku teramatlah sibuk sampai nak hadap laptop pun tak sempat. Nasib baik ada tab - boleh juga la aku update status2 aku dan juga mengupdatekan diri aku sendiri dengan isu2 semasa. Kalau nak ikutkan, aku nak komentar pasal Chua Soi Lek dan hudud, kes fatwa terbaru mashitah pasal dakwah (dia lagi...), pasal hasan Ali nak ajak dr Rani berdebat (pun dia lagi....) dan banyak lagi. Tapi untuk hari yang istimewa ini, aku cuma nak tumpu pada satu perihal.
Sudah setahun berlalu semenjak himpunan hebat BERSIH 2.0.
Thursday, July 5, 2012
Apakah "jadi baik" itu terhad pada malam @ bulan tertentu saja?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nisfu Syaaban baru berlalu. Inilah harinya dimana buku amalan kita diangkat ke hadrat Allah swt untuk disimpan sebagai rekod, dan kita seolah2 "buka buku baru" dan mudah2an, kita mampu isi buku baru kita itu dengan pelbagai amalan2 yang baik sebagai bekal buat kita menghadap Allah pada hari pembalasan kelak.
Lantaran itu, nisfu Syaaban memang amat popular sebagai hari "orang memperbanyakkan ibadat" dan "bermuhasabah diri". Tak kurang juga yang mengambil peluang untuk "bermaaf2an" pada hari tersebut. Disaat semuanya bagus belaka, timbul persoalan - apakah semua amalan yang bagus itu seharusnya tertumpu pada hari itu sahaja?
Kalau tak puas hati, jangan main fitnah2 pulak!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Aku dah jangka benda ni lama dah.
Dah dua topik aku keluarkan mengenai "penghijrahan dari buruk ke baik". Dari lagha ke fitrah diri. Aku tau, penghijrahan ini - terutamanya yang high profile - pasti akan menimbulkan pelbagai reaksi. Tulisan aku menerusi tajuk "Orang nak jadi baik - kenapa dihalangi dan ditangguhkan" serta "memang pelik kalau artis masuk PAS" sedikit sebanyak mengupas skeptikaliti sesetengah pihak yang tak boleh menerima penghijrahan org lain daripada keadaan yang tidak bagus kepada kebagusan. Dan menambahkan rencah, penghijrahan itu tidak berlaku kosong. Ianya seiring dengan berdirinya sebahagian besar daripada depa atas pentas perjuangan siasah.
Wednesday, July 4, 2012
Perjuangan ini takkan berhenti sehingga mati!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Anwar Ibrahim baru2 ni mengumumkan akan "bersara" dari politik sekiranya PR kalah lagi pada PRU-13.
Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi. Bagi para thinker, tindakan Anwar ini adalah satu taktik psikologi yang amat tinggi - berisiko, tapi mempunyai impak yang amat besar. Para penentang Anwar pula kata ini adalah satu taktik Anwar meraih simpati pengundi terutamanya golongan atas pagar.
Well, aku tak berminat nak mengulas asbab kenyataan Anwar itu. Aku serahkan kepada para ilmuan maya untuk terus memperdebatkannya. Jangan debat lebih2 sudah. Banyak lagi kerja kita yang tak selesai. PRU-13 is around the corner.
Tuesday, July 3, 2012
Hudud di Johor - realiti bergambar
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ini adalah satu susunan yang kreatif oleh blog Ghaflah so aku mmg amat suka nak menceduknya. Tabik spring kepada pemilik blog ni!
Hudud di Johor - inilah realitinya...
Mula2, inilah cadangannya...
PAS pun bersetuju dan menyokong penuh...
Namun, taiko besar sudah marah...
Tapi mufti Pahang backup cadangan tu...
Alih2, "perkara tak pernah dibincangkan" kata Jawatankuasa Agama Negeri...
Sebabnya big boss dah warning awal2...
Sudahnya...
JADI, SIAPA KUDA KEPADA SIAPA?
Ini adalah satu susunan yang kreatif oleh blog Ghaflah so aku mmg amat suka nak menceduknya. Tabik spring kepada pemilik blog ni!
Hudud di Johor - inilah realitinya...
Mula2, inilah cadangannya...
PAS pun bersetuju dan menyokong penuh...
Namun, taiko besar sudah marah...
Tapi mufti Pahang backup cadangan tu...
Alih2, "perkara tak pernah dibincangkan" kata Jawatankuasa Agama Negeri...
Sebabnya big boss dah warning awal2...
Sudahnya...
JADI, SIAPA KUDA KEPADA SIAPA?
Monday, July 2, 2012
Nak laksana hukum Allah, laksana je - tak yah cabar2!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hukum hudud kembali menjadi perbualan. Dan buat kesekian kalinya, isu ini tidak dibangkitkan oleh PAS sama sekali.
Baru2 ini, ADUN Kemelah di Johor Datuk Ayub Rahmat dalam sidang DUN JOhor mencadangkan agar Johor mendahului Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud di negeri selatan tanahair itu "dengan hudud yang sebenar" meliputi semua kaum, dan bukannya seperti hudud PAS yg hanya meliputi org Islam sahaja. Ayub juga dalam masa yang sama mencabar agar PAS menyetujui dan menyokong cadangan itu.
Aku faham taktik Ayub ni. Dia nak tengok apa reaksi PAS - apakah PAS akan bersetuju atau PAS akan berdolak dalih menyokong cadangan itu. Jika berlaku sedemikian, maka point yang akan digunakan ialah "PAS ternyata menggunakan hudud untuk politik" dan sebagainya.
Tapi apa yang berlaku selepas itu amat tidak dijangka2 sekali oleh depa.
Sunday, July 1, 2012
Matahari benar akan terbit dari barat!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Maka pastinya, satu hari nanti matahari akan terbit dr barat. Kali ini, ia dibuktikan secara saintifik.
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur.
Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Maka benarlah janji Allah. Masihkah kita mahu meragui?
Spain juara Euro 2012!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
so segalanya dah termaktub - spain juara euro 2012. and my word how they achieved that.
walaupun possession bola seimbang, namun ianya tak menceritakan keseluruhan cerita. spain benar2 menguasai midfield, menyesakkan ruang untuk penyerang2 itali, memastikan pirlo tak berapa boleh naik ke atas dari posisinya dan yang paling penting, depa clinical di depan pintu gol - satu perkara yang tidak kelihatan sepanjang kejohanan (kecuali masa lawan ireland).
untuk kesekian kalinya, strategi Vicente Del Bosque meletakkan formasi 4-6-0 berjaya menggoyahkan pertahanan itali. nampaknya depa belajar dr perlawanan pertama ketika strategi ini kelihatan tak begitu berjaya, lalu barisan tengah menyerang depa seperti fabregas, silva dan iniesta banyak bertukar2 posisi serta lebih laju dalam mengatur gerak. sedangkan itali seolah2 hilang punca dan walaupun ada ketikanya cassano cuba untuk menghidupkan permainan dari sebelah kiri, balotelli dan montolivo seolah2 gagal untuk membaca ruang dan peluang.
apa lagi yg boleh aku kata? inilah vintage spain. sublime, quality finnesse, industrial, recital. ditambah lagi dengan malang yang menimpa itali apabila terpaksa membuat pertukaran pemain awal bila chiellini injured, kemudian terpaksa bermain dengan 10 org selama hampir setengah jam bila thiago motta mengalami kecederaan hamstring, malam ini mmg tertulis menjadi milik spain.
tahniah buat spain - mencipta rekod sebagai pasukan pertama memenangi 3 kejuaraan utama berturut2, selain pasukan pertama dalam sejarah euro mempertahankan kejuaraan.
ole!
kalau dah namanya kerja JABATAN AWAM, be PROFESSIONAL!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sejujurnya, aku mmg pelik - payah sangat ke sesetengah pihak memahami term "kakitangan awam"?
Baru2 ni, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Ali Hamsa telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh disifatkan sebagai "politically biased" yang menjurus kepada meminta rakyat mengundi BN. Ali dalam satu kenyataannya telah menggesa kakitangan awam supaya setia kepada kerajaan dan tidak mudah diperbodohkan oleh "janji kosong" pembangkang.
Pelbagai pihak lantang mengkritik kenyataan Ali Hamsa itu dan antara yang paling vokal adalah bekas speaker DUN Perak yang sah, V. Sivakumar.
Friday, June 29, 2012
ISMA - satu lagi pihak yang keliru...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bukan lagi satu perkara yang pelik - bila nak PRU je, NGO akan tumbuh mcm cendawan lepas hujan. Dan majoriti NGO2 ini pastinya akan menyantuni UMNO.
ISMA bukanlah NGO baru. Bukan juga satu pertubuhan yang terpencil walaupun ramai di kalangan rakyat Malaysia tak pernah tau apakah itu ISMA. Isma Aliff depa tau la. Aku sendiri tak berminat hendak membicarakan tentang sejarah ISMA dan apa sahaja perkara teknikal yang berkait dengan depa. Aku tak nak mempromosikan ISMA. Cuma aku tertarik hendak berkongsi di sini pelbagai keraguan aku mengenai depa terutamanya selepas kemenangan Dr Mursi di Mesir baru2 ni.
Thursday, June 28, 2012
Memang pelik kalau artis masuk PAS...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Teringat aku satu perbualan antara aku dgn Datuk Tarmizi Mohd Jam ketika membicarakan ttg exodus artis masuk ke dalam PAS. Beliau berkata, "artis masuk UMNO memang tak pelik, tapi mmg pelik kalau artis masuk PAS."
Kenapa ungkapan sedemikian keluar?
Baik. Kelibat artis berpolitik ni bukannya perkara baru. Datuk Jins Samsudin antara pelopor artis berpolitik hingga dilantik menjadi senator di Dewan Rakyat. Walaupun beliau tak bertanding atas tiket mana2 parti di mana2 kawasan, tapi kapasiti beliau sebagai artis veteran yang berpengaruh serta mengetuai badan2 persatuan artis di Malaysia melonjakkan nama beliau sebagai "politician artist".
Namun, itu bukanlah tumpuan aku. Tumpuan aku adalah mengenai sikap fobia khalayak terutamanya puak2 lagha bila artis berpolitik berhaluan kontra-UMNO.
Wednesday, June 27, 2012
Mana perginya semangat berdakwah?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tak tau kenapa, lately ni aku cukup suka sentuh bab dakwah. Maybe sebab terjangkit dengan aura ustaz Azhar Idrus kot. hehehe...
Cuma kali ni aku nak sentuh tentang satu perkara - iaitu lemahnya perjuangan dakwah di kalangan kita terutamanya selepas kita keluar dari zaman belajar dan universiti.
Memang kebiasaannya sewaktu kita belajar, kita akan terlibat dengan pelbagai gerakan dan pertubuhan ko kurikulum yang menjurus kepada pelbagai maksud dan wasilah serta natijah. Ada yang bersifat sukan, bersifat politik, bersifat kebajikan dan tak kurang juga yang bersifat dakwah dsan harakiyyah. Langkah ini bagus kerana ini pastinya akan melatih kita untuk menjadi pelajar yang cakna dengan isu semasa, lantas memungkinkan kita "menjadi orang" apabila kita keluar dari Univ kelak.
BUkan sedikit antara kita yang menjadi pimpinan persatuan masing2. Ada yang jadi presiden, timbalan, AJK, orang kuat, orang kanan, aktivis berani mati, dan dalam certain2 part mungkin menjadi naqib dan naqibah dalam jemaah usrah masing2. Pendekata, kita mempunyai segala ramuan untuk menjadi "seseorang" bila kita menghadap dunia nyata selepas graduasi. KItalah tunjang masadepan negara.
Tapi, kemanakah kita selepas itu?
Tuesday, June 26, 2012
Maka ramailah yang mengendeng mahukan ghanimah...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ikhwanul Muslimin telah berjaya membentuk satu era baru di Mesir. Selepas sekian lama depa berjuang - sejak tahun 1928 to be precise apabila asy-Syahid Hassan Al Banna membentuk Ikhwanul Muslimin, depa tak jemu2 berjuang untuk mengembalikan Daulah Islamiyyah selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Dalam meniti perjuangan itu, bukan sedikit darah yang ditumpahkan, nyawa yang melayang dan harta benda yang hilang. Hassan al Banna syahid dibunuh pada 1949, dan pengganti beliau as-Syeikh Qutb pula mati di tali gantung selepas beberapa lama dipenjara.
Itu cuma sedikit sahaja rentetan perjuangan depa. Aku tak berminat nak mengulas panjang lebar mengenai sejarah perjuangan depa. Rasa2nya, sahabat2 aku yang pernah menganggotai PMRAM lebih arif mengenai hal ini.
Sunday, June 24, 2012
separuh akhir EURO 2012 - previu pasukan Spain
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Inilah keunikan EURO. Kejohanan mana lagi yang mampu menemukan semua kuasa bolasepak dalam 2 perlawanan separuh akhir yang pastinya akan menjanjikan perlawanan akhir yang berkualiti? Namun, inilah kali pertama selepas sekian lama 4 pasukan utama eropah bertembung dalam perlawanan separuh akhir - Spain lawan Portugal manakala Jerman menentang Itali. Even pada tahun 2008 pun menyaksikan hanya Spain dan Jerman sebagai pasukan utama bolasepak eropah di separuh akhir - menentang Rusia dan Turki memasing. Tahun 2004? Greece datang dari entah mana tetiba terus melonjak jadi juara Eropah.
So, tahun ni jauh lebih menarik. Lebih menarik para "purist" bolasepak. Dan menarik perhatian aku jugak. Kat sini, insya Allah aku akan buat sedikit analisis teknikal keempat2 pasukan yang masih tinggal berdasarkan apa yang dilalui oleh depa sepanjang kejohanan ini berlangsung. Kita lari dari politik sekejap walaupun aku terpanggil nak ulas kemenangan Dr Mursi semalam.
Pada entri permulaan ini, aku akan mengulas mengenai Spain. Lagi 3 team akan menyusul kemudian.
Teruskan perjuangan!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Allahu ma'ana!
Perjuangan rakyat mesir di tahrir tidak sia2. Kini tugas kita untuk memastikan perjuangan sahabat2 kita di Malaysia juga tidak sia2. Yang ditangkap, yang ditembak tear gas dan water cannon, yang diugut, yang dipenjara, yang diISA, yang ditekan dengan pelbagai tekanan, yang terkorban - kita pastikan perjuangan depa tidak sia2.
Mesir mampu berubah. KITA WAJIB TERUS MENGUBAH!
Thursday, June 21, 2012
Keluarlah dari kepompong itu!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Antara aspek terpenting dalam Islam adalah dakwah. Dakwah ni luas konsep dan skopnya. Secara bahasa mudahnya, dakwah bermaksud menyeru dan menyebarkan kebaikan dan mengajak org ramai supaya melakukan kebaikan dan jika diambilkira dalam konteks Islam, ingin mengajak manusia agar kembali kepada Allah dan RasulNya.
Secara asasnya juga, dakwah ini didalilkan oleh satu sabda Nabi Muhammad s.a.w yg cukup masyhur iaitu "sampaikan daripadaku walau sepotong ayat". Hadis ini menunjukkan tuntutan besar terhadap perihal dakwah ini dilakukan oleh semua umat yang mengaku umat Nabi Muhammad s.a.w. Tidak kira siapa, apakah kelayakannya, apakah gelarannya dan sebagainya pun, semua manusia yang mengaku beriman kepada Allah diseru untuk menyebarkan dakwah.
Wednesday, June 20, 2012
Negara Berkebajikan - menjawab kekeliruan
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Benda ni dah lama. Apabila PAS pada sidang muktamarnya kali ke 57 di Taman Melewar tahun lepas mengumumkan gagasan "negara berkebajikan", ramai pihak mula memberikan perhatian. Disaat para penyokong dan pendukung PAS serta para pemerhati yang bebas mengalu2kan gagasan yang lebih spesifik dari PAS itu, pihak2 musuh menggunakan gagasan tersebut untuk memperlekehkan PAS dan menyebarkan tohmahan kononnya PAS telah lemah dan kendur dalam perjuangan menegakkan "negara Islam"nya. Dituduhnya PAS menurut kata2 DAP yang selama ini digemburkan menolak sama sekali pembentukan negara Islam. Dihalwakan PAS telah menjadi liberalis dan anwaris, lantas meninggalkan perjuangan yang didukung sekian lama.
Saturday, June 16, 2012
Cinta Kerana Allah
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT.
Keutamaan Cinta Kepada Orang Beriman
Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
«إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ: يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلاَلِ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّي؟»
Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”
Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
«وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لاَ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا، أَوَ لاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ، أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ»
Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman. Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kalian melakukannya nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian! (HR. Muslim).
Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW, “Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai”. Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.
Friday, June 15, 2012
Hang nak tanya sangat kan?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tawakkul Karman ialah pemenang bersama anugerah Nobel Keamanan tahun 2011. Merupakan seorg wartawan dari Yaman, beliau adalah tunjang pertubuhan "Women Journalists Without Chains" di negara kelahirannya dan amat terkenal dengan tahap intelektual dan IQ yang begitu tinggi dan hebat.
Ketika sidang akhbar mengenai penganugerahan hadiah Nobel itu kepadanya, seorang wartawan barat bangun lalu bertanya, "Cik Karman, anda sememangnya terkenal dengan daya intelektual yang begitu hebat. Malangnya, gaya pemakaian anda yang mengenakan hijab itu tidak mencerminkan kehebatan intelektual seperti yang sepatutnya ada pada diri anda. Mengapa anda harus mengenakan hijab?"
Tawakkul Karman tersenyum, lalu menjawab, "Pada zaman awal peradaban manusia, manusia itu hampir2 telanjang. Seiring dengan perkembangan minda dan daya intelek dan peredaran zaman, manusia mula memakai pakaian yang lebih banyak menutupi bahagian badan mereka. Begitulah seterusnya untuk sekian lama.
Maka, pemakaian hijab ini bagi saya adalah lambang kemuncak kehebatan intelektual seorang manusia itu sendiri. Dan bagi saya juga, mereka yang menyeru untuk memakai pakaian yang singkat dan seksi serta menanggalkan hijab ini seolah2 mengajak manusia untuk mundur ke belakang secara intelektualnya, yakni kembali ke zaman batu."
Hambik. Hang nak tanya sangat kan?
Jadi kepada muslimah solehah yang menutup auratnya dengan sempurna, berbanggalah - andalah lambang kemuncak kehebatan intelek manusia ini.
Thursday, June 14, 2012
PRU musim haji - awat terdesak sangat?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kalau perkara ini menjadi kenyataan, maka berlakulah satu benda yang paling mengarut dalam sejarah ketamadunan dunia, terutamanya dunia Islam.
Sekarang ni kecoh tentang betapa ada ura2 PRU 13 akan diadakan masa musim haji. Perkara ini menimbulkan pelbagai reaksi, dan PAS telahpun mengeluarkan kenyataan seandainya perkara ini terjadi, maka jemaah yang mendapat tawaran untuk menunaikan haji sesi kali ini menangguhkan dulu hasrat tersebut.
Mati itu pasti
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebetulnya, aku nak menulis pasal isu "mengundi time haji". Tu je isu yang hangat skang ni pun. Lelain isu tu semua dah kategori isu recycle. Dah tak menarik untuk diperdebatkan.
Hari ni genap 2 tahun Almarhum Ustaz Hassan Shukri meninggalkan kita, dan siang tadi aku dikejutkan dengan pemergian seorg murabbi ulung, Ustaz Yahya Othman yang merupakan mantan Ahli Majlis Syura. Kebetulan, pada 10hb haritu telah genap 23 tahun pemergian arwah bapa aku ke Rahmatullah.
Wednesday, June 13, 2012
Puisi - Terus Menanti
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
seketika kehadiranmu
membawa satu sinar baru
yang menyuluh kegelapan itu
membantuku kembali berdiri
membantuku kembali mengenali
hakikat diri, siapakah jasad ini
setelah sekian lama aku dilekai
Bila kau hilang
terasa separuh nyawaku turut terbang
bersama2 mengejar bayang
yang takkan mungkin pulang
Pada Allah aku panjatkan segala doa
agar hilang gundah gulana
agar dikekal kekuatan yang ada
kerana hidupku ini bukan milikku saja
kekuatanku menjadi taruhan
kecekalanku menjadi harapan
maka apa lagi harapan yang dapat diberikan
jika si cekal dan kuat ini menjadi rawan?
Pada Allah juga kupanjatkan doa
agar segalanya pulih semula
agar terlerai khilaf antara kita
aku gembira kau muncul dalam hidup ini
gembira dengan perkongsian setiap inci
intipati berteras sahsiah Islami
inginku kekalkan sebegini
mahuku terus menggali
fitrah diri berwasilahkan wacana ini
namun fikrah dirimu aku fahami
kegusaranmu aku rai
yang pastinya aku akan terus sabar menanti
Aku akan terus menanti
dengan sabar dan redha
hingga segalanya pulih semula antara kita
tidak mahuku terus menipu rasa
tidak mahuku terus berpura2
tidak mahuku ukhwah ini tercedera
aku akan terus menanti
hingga kau kembali bersedia
menyambut persahabatan buat kali kedua
tak perlu sepanjang masa bersua
tak perlu setiap saat berbicara
memadai jika aku tau kau ada
dan kau tahu aku wujud bersama
jiwa ini akan sentiasa menunggu dengan setia
Dalam diam, ku panjatkan pengharapan
agar kau dilimpahkan kebahagiaan
dianugerahkan Allah iman berkekalan
dijadikan kau hebat berketrampilan
mumtaz dalam segala lapangan
agar ummah tercanai kemaslahatan
bukankah itu tuntutan insan?
aku akan terus menanti
itu pasti.
Puisi - Aku Bukanlah Ustaz
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Aku bukanlah ustaz
Bukan juga guru
Jauh sekali mursyid
Apatah lg mudir
Aku hanya pengembara
Mencari konklusi peri
Mencari hakikat diri
Agar tidak sesat bawah sinar mentari
Aku bukanlah ustaz
Tidak kemananya ilmuku ini
Hanya sedikit sebagai pendinding diri
Tapi tidak mampu untuk dikongsi
Apatah lagi diajari
Hanya mampuku sampaikan
Apa yang telah dibisikkan
Mudah2an, Tuhan berkatikan
Aku bukanlah ustaz
Tidak layak aku mengimpikan wanita solehah
Apatah lagi muslimah ustazah
Sebagai penguat hati yang lemah
Selaku penggerak langkah agar gagah
Namun sungguhku berserah
Kepada Allah Rabbul Izzah
Agar kekalkan diriku dalam fitrah
Aku bukanlah ustaz
Namun aku tidak pantas alpa
Tidakku sanggup tunduk pada dunia
Tidakku mahu hanyut dalam leka
Moga Allah tetapkan jiwa
Agar kekal dijalanNya
Aku bukanlah ustaz
Namun aku tetap penyebar risalah
Oleh Nabi pesuruh Allah
Biar dicemuh atau ditegah
Risalah itu tetap kupersembah
Supaya menjadi manfaat ummah
Moga kuburanku didatangi malaikat yang ramah
Dan Allah kurniakan barakah
Mudah2an kekal aku di dalam jannah
Aku bukanlah ustaz
Namun aku tetap pejuang Islam yang satu
Hidup mulia impianku
Mati syahid matlamatku.
Sesungguhnya Allah Maha Tahu.
Tuesday, June 12, 2012
BERSIH haram! - Bukannya fatwa, tapi bahan ketawa
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Aku rasa, aku tak nyanyuk lagi.
Ini adalah petikan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan, bertarikh 6 Mei 2012 -
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.
Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.
"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama."
Monday, June 11, 2012
Awat Mashitah jaki bebenor dengan Ustaz Azhar Idrus?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ntah berapa kali aku dah post pasal bekas lecturer aku nan sorg ni?
Tapi nak buat mcm mana - setiap kali dia membuka mulut (atau dalam banyak kes, mengetuk jari atas keyboard) mesti ada je benda bodoh yang dia kata atau tulis. Aku pun naik tak faham awat dia jauh benar berpusing2 sekarang ni. Seolah2, Dr Mashitah yang aku penah kenal dan sanjung dulu dah hilang sama sekali. Kini yang tinggal cuma zombinya si Mashitah sahaja.
Kenapa aku menulis pasal dia lagi sekali kali ini? Aku tertarik dengan sebaran satu artikel oleh dia berkisar tentang tauliah. Aku penah kongsi pasal tauliah ni dulu tetapi kali ini, ada perkara menarik. Dalam salah satu perenggannya, seolah2 dia menembak Ustaz Azhar Idrus apabila dia mention mengenai "adanya pendakwah yang diragukan latar belakangnya, bermain muzik atas pentas..."
Apa masalahnya dengan semua tu, Mashitah?