Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, July 25, 2012
"Ulama" ILMU yang biadab.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Akhirnya aku langgar janji aku.
Aku sebetulnya cuba menghormati permintaan Ustaz Din Tantawi agar tak memanjangkan isu "solekan" baru2 ni, tapi memandangkan Pena Minang cuba membawa dendam kesumat ni ke level yg mengarut, maka aku kena bersuara.
Baik, sebelum itu jom kita teliti status oleh sorg makhluk ILMU, si Ahmad Fauzan (aku tak berminat nak panggil dia Ustaz) 19 Julai lalu yang menjadi punca polemik ini -
"Terkejut melihat Ketua Pemuda Pas "rela" disolek oleh seorang jurusolek perempuan pihak astro awani..tahniah buat sahabatku Fathul Bari kerana "memilih" utk "menyolek" diri sndiri kerana bimbang tersentuh dgn wanita.apa guna perjuangkan islam andai hal semudah ini tidak dpt dijaga.renung2kan..."
Budak tadika pun tahu apakah sasaran status bodoh ni. Tak lain tak bukan menggambarkan Ustaz Din Tantawi itu "khianat agama" dan Fathul Bari itu "baik gila". Kononnya Fathul Bari tak menjual agama, Ustaz Din jual demi secolek mekap.
Terpukul dengan fitnah bodoh ini, Pemuda PAS Gombak mengeluarkan satu status bergambar yang jelas mengantoikan betapa Fathul Bari - yg kononnya mekap sendiri - JUGA DISOLEK OLEH JURUMEKAP WANITA. Sedangkan tidak ada gambar seumpamanya dirakam berkenaan Ustaz Din!
Sila baca kenyataan Ustaz Din yang ditulisnya menerusi fanpage Facebooknya pada pagi 25 Julai 2012 -
"Ramadhan Kareem ! Sahabat semua ....
1. Sedarkah kita sekarang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak ? Bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.
2. Justeru itu , saya harap sangat - sangat agar kita tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk : PRU 13 , Orang Muda Pilih Siapa ? baru - baru ini.
3. Saya bersetuju bahawa juru 'touch up' wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru touch up lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang. Teguran itu dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. Penganjur bersetuju dengan teguran saya.
4. Saya sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas touch up muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi saya. Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani ]
5. Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali. Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati. Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan Sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.
Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa."
Sila bandingkan pula dengan kenyataan Fathul Bari berkenaan insiden yang sama, pada hari yang sama (tapi lewat sikit) -
"Untuk isu “solek” yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran; komen saya:
1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat (moga Allah mengampunkan kesalahan ini), dan saya telah memperbetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.
2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.
3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.
4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.
5. Mungkin ada yang beralasan, “tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit”, tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: “mata juga berzina”. Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.
6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.
7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak”cekapan” saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.
8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.
9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua’lam."
Pertama sekali selepas membaca kedua2 kenyataan ini, ternyata Ustaz Din lebih apologetic dan matang berbanding Fathul Bari. Kenapa?
1) Ustaz Din LANGSUNG TIDAK MENYENTUH TENTANG FATHUL BARI ketika memperbicarakan ttg perihal mekap tersebut, jauh sekali menyatakan "saya dan dia ni manusia biasa bla bla bla..." Ustaz Din hanya berbicara tentang dirinya, dan dirinya sahaja. Tak perlu dia nak mengheret org lain utk berkongsi kesalahan. Ini dilakukan oleh Fathul Bari.
2) Ustaz Din bersungguh2 mahu semua pihak melupakan insiden mekap itu, lantas dia tidak memberikan komentar yang panjang mahupun kelam kabut mempertahankan dirinya. Bahkan, dia mengakui kealpaannya walaupun kejadian berlaku bukan salahnya.
Fathul Bari? Kelam kabut merekacipta seribu alasan dan situasi untuk menyatakan "aku ni mulia, suci". Siap mention yg "saya bermuhasabah diri selepas itu..." riak tahap berapa ko ni, Fathul Bari?
3) Ustaz Din mengambil sikap melindungi sahabat seulama (aku tak setuju langsung Fathul Bari digelar ulama, tapi nak buat mcm mana) dengan merayu agar Fathul Bari tidak diaibkan lagi. Tapi Fathul Bari?
Pemuda Gombak sums up perangai Fathul Bari dengan baik sekali -
"Tulis Fathul bari "8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi."
Bandingkan dengan kenyataan FB Fauzan, COO ILMU (aku disclose kat atas tadi)
Berdasarkan kenyataan Fauzan, ayat "apa guna perjuangkan islam andai hal semudah ini tidak dpt dijaga" memang sesuai untuk Fathul Bari.
Status ini diupdate pada 19 Julai dan mengandungi ayat pembohongan "tahniah buat sahabatku Fathul Bari kerana "memilih" utk "menyolek" diri sndiri kerana bimbang tersentuh dgn wanita".
Dalam tempoh 19 Julai status ditulis sehingga 24 Julai gambar Fathul Bari terbongkar, Fathul Bari langsung tidak rasa bersalah Fauzan berbangga fathul Bari menyolek diri sendiri.
Walhal, sudah terang-terang Fathul Bari disolek. Maknanya Fathul Bari sendiri turut bersubahat membiarkan status ini tersebar di FB walhal dia tahu bahawa dia disolek. Dalam masa sama, sehingga kini Fauzan sendiri tidak pernah menarik balik atau memohon maaf atas kekhilafannya menulis status ini.
Malah dengan bangganya Fauzan mendakwa dia dan Ilmu bertindak adil kerana turut menegur Fathul Bari. Walhal, teguran itu hanyalah selepas Fathul Bari kantoi apabila gambar yang memaparkan dirinya disolek disebarkan."
Nampak? Di saat Ustaz Din bersikap "nak buat mcm mana...yang lepas tu lepas la..", Fathul Bari masih mahu menampakkan dirinya suci dan baik serta mengambil ruang untuk mengkondem Ustaz Din secara halus. Apa ni? Apakah disebabkan dia hangin satu badan betapa TIDAK ADA GAMBAR USTAZ DIN YANG DISEBARKAN waima oleh juhalak2 taghut yang dilindunginya?
Bagi aku, Fathul Bari amat tidak professional dan amat busuk hatinya. Segala apa yang dia tulis, aku pulangkan balik kepada dirinya. Selagi kedua2 makhluk keji ini tak meminta maaf, terutamanya Fauzan, aku akan terus menyerang dan menyerang sehingga kedua2nya mati akal.
Watch ur step, scumbags.
Astarghfirullah. We watch OUR STEP as we all r mostly scumbags nonetheless.
ReplyDelete