Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, July 1, 2012
kalau dah namanya kerja JABATAN AWAM, be PROFESSIONAL!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sejujurnya, aku mmg pelik - payah sangat ke sesetengah pihak memahami term "kakitangan awam"?
Baru2 ni, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Ali Hamsa telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh disifatkan sebagai "politically biased" yang menjurus kepada meminta rakyat mengundi BN. Ali dalam satu kenyataannya telah menggesa kakitangan awam supaya setia kepada kerajaan dan tidak mudah diperbodohkan oleh "janji kosong" pembangkang.
Pelbagai pihak lantang mengkritik kenyataan Ali Hamsa itu dan antara yang paling vokal adalah bekas speaker DUN Perak yang sah, V. Sivakumar.
Sebelum aku menceceh lebih lanjut, aku sertakan dahulu definisi jelas mengenai skop penjawat awam ni -
“Persons working in the State services (State servants) are required to act in the course of their duties in a politically neutral manner. This includes the requirement to act impartially and to implement the Government's policies.
"The requirement that State servants must be apolitical when carrying out their duties, functions and powers. It is a principle that underpins the continuing employment status of State servants and enables State servants to provide consistent services (including policy development) for the government of the day.
This means, essentially, that State servants must keep their jobs out of their politics and their politics out of their jobs.”
Dalam ertikata mudah, penjawat awam meant to be BERKECUALI DALAM MENYATAKAN PENDIRIAN DEPA. Bab ngundi tu lain la - mengundi hak masing2 dan undi adalah rahsia. Malah, ada akta penjawat awam yang melarang keras penglibatan kakitangan awam secara aktif dalam kegiatan politik.
Cuma nampaknya kalau ianya melibatkan UMNO, ianya boleh jadi "halal".
Benda ni bukan baru. Sekian lama berlaku perihal ini dalam jabatan2 awam. Ketua Polis Negara yang bertindak seolah2 sebagai bodyguard UMNO, pegawai tadbir yang terang2 menjalankan program dan aktiviti untuk UMNO dan sebagainya. Benda ni dah jadi satu kebiasaan. Dan kebiasaan ini adalah satu pencabulan terhadap semangat demokrasi. Hence salah satu tuntutan BERSIH "memperkasa institusi awam".
Masih aku ingat wajah kelat mencuka bekas pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman sewaktu mengumumkan BN hanya mendapat majoriti mudah masa PRU-12. Sepatutnya, dia ceria kerana ini boleh dijadikan hujah kononnya SPR "telus selama ini" tetapi wajahnya sama macam wajah Pak Lah - macam org mati bini, kahwin lain dan bini yang baru tu pun mati jugak.
Kenapa sebegini? Kenapa mesti depa bias?
Sebagai penjawat awam, sewajibnya depa professional. Walaupun kita masing2 ada preferences, tapi kita patut menghormati hakikat bahawa kita ini adalah milik awam. Dan "awam" itu terdiri dari pelbagai pihak. Kita sebagai penjawat awam menjalankan tanggungjawab kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, bukannya terhadap parti UMNO dan ahli UMNO. Selagi para penjawat awam tidak mampu menunjukkan sikap professional depa dalam kapasiti rasmi, selagi itulah sistem penjawatan awam ini amat pincang dan rosak. Hence melahirkan sikap dan pemahaman "UMNO itulah kerajaan". Ini adalah paradigma yang tak betul.
Kepada Ali Hamsa, kalu nak jadi KSN, jadi KSN. Jangan jadi KSU (Ketua Setiausaha UMNO).
No comments:
Post a Comment