Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, July 8, 2012
Setahun sudah berlalu...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pertama sekali, maaf dipinta sebab 3 hari ni aku tak update apa2 entri dalam blog ni. Bukannya apa - mmg 3 hari ni aku teramatlah sibuk sampai nak hadap laptop pun tak sempat. Nasib baik ada tab - boleh juga la aku update status2 aku dan juga mengupdatekan diri aku sendiri dengan isu2 semasa. Kalau nak ikutkan, aku nak komentar pasal Chua Soi Lek dan hudud, kes fatwa terbaru mashitah pasal dakwah (dia lagi...), pasal hasan Ali nak ajak dr Rani berdebat (pun dia lagi....) dan banyak lagi. Tapi untuk hari yang istimewa ini, aku cuma nak tumpu pada satu perihal.
Sudah setahun berlalu semenjak himpunan hebat BERSIH 2.0.
Teringat lagi aku - pada detik ini tahun lepas aku bukanlah ahli PAS lagi. Jauh sekali memilik segala jawatan yang aku ada dalam parti ketika ini. Aku cuma seorg rakyat yang memperjuangkan hak dan kebenaran, serta mengaitkannya dgn situasi agama sebab itulah yang sebenarnya patut dilakukan - setiap aspek kehidupan itu adalah berkait dengan agama kerana agama Islam itu adalah ad-deen.
Setahun sudah berlalu - bagaimanakah hasilnya BERSIH 2.0 ini?
Alangkah malang sebenarnya kerana kita duduk dalam sebuah negara yang mempunyai kerajaan yang tidak menghormati hak2 demokrasi dengan baik. Daripada 8 tuntutan BERSIH, hanya satu sahaja yang dimasukkan dalam cadangan yang dikemukakan oleh PSC, iaitu penggunaan dakwat pencelup sedangkan banyak lagi tuntutan lain yang sama pentingnya hanya dipandang enteng. Penipuan daftar pengundi semakin menjadi2. Kewujudan task force untuk memberikan kerakyatan kepada warga asing turut terdedah. Keraguan terhadap pengundi pos masih berleluasa. Dan jabatan2 awam terus disalahgunakan untuk kepentingan sebelah pihak.
Sekali imbas, perjuangan BERSIH 2.0 - yang menyaksikan kebaculan UMNO BN berada pada tahap maksimanya - yang diteruskan melalui BERSIH 3.0 tampak gagal. Tapi adakah itu hakikatnya?
BERSIH 2.0 menyaksikan buat kali pertama rakyat Malaysia berbilang kaum, bangsa, agama dan keturunan bersatu hati berpadu berarak bagi melahirkan rasa jengkel depa terhadap kebejatan sistem yang sedia ada. Depa bersatu hati untuk menuntut hak depa bagi mendapatkan pilihanraya yang telus dan bersih. Depa bersatu hati tolong menolong ketika sahabat2 kaum lain dilanda kesusahan. Imej, cerita dan video yang dipaparkan ternyata memberi impak yang besar dalam menyentuh nurani rakyat Malaysia keseluruhannya. Gambar Auntie Anne dibasuh mukanya oleh seorg pemuda melayu, seorg demonstan cina menadahkan mulutnya untuk dituang air mineral oleh seorg lelaki india dan pelbagai lagi merupakan antara keindahan yang dapat disaksikan dalam perjuangan BERSIH 2.0.
Tidak pernah lagi dalam sejarah negara satu himpunan raksasa yang berjaya menggabungkan semua kaum di Malaysia bawah satu warna. Dalam ertikata lain, inilah wajah 1Malaysia yang sebenar. Bukan seperti yang dicanang oleh Najib dan UMNO.
Dan aku ingin sekali membawa korg semua untuk mengenang kembali sahabat kita, Baharuddin Ahmad yang terkorban sewaktu BERSIH 2.0. Ketika aku menulis ini, kesnya masih lagi berjalan walaupun sudah setahun (cuba kalau kes melibatkan org UMNO, sepantas kilat setel) dan aku sendiri dah naik turun mahkamah memberikan keterangan untuk mendapatkan keadilan bagi arwah. Mudah2an Allah mencucuri rahmat ke atas beliau, dan ditempatkan di kalangan org2 yang berjuang ke arah jalanNya. Perjuangan anda tidak akan sia2, sahabatku.
Selagi hak kita tidak ditunaikan dan tidak dilayan, akan muncul banyak lagi "BERSIH" dan seumpamanya. Satu Baharuddin gugur, beribu lagi yang ingin mengambil tempatnya. Kita tak mahu revolusi. Kita tak mahu keganasan. Kita tak mahu pertumpahan darah. Apa yang kita mahu hanyalah penunaian 8 tuntutan BERSIH itu bagi menjamin pilihanraya yang adil dan telus. Kita masih menghormati perlembagaan dan undang2 negara.
Soalnya, apakah UMNO BN menghormati rakyat?
No comments:
Post a Comment