Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, June 12, 2012
BERSIH haram! - Bukannya fatwa, tapi bahan ketawa
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Aku rasa, aku tak nyanyuk lagi.
Ini adalah petikan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan, bertarikh 6 Mei 2012 -
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.
Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.
"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama."
Apa ertinya ini? Ayat mudah, BERSIH 3.9 adalah haram dan dengan kata lain, sesiapa yang menyertai BERSIH 3.0 bererti depa buat kerja haram. Penganjurnya anjur benda haram. Masuk neraka. Habis cerita. Sungguhpun begitu, tu kata depa. Aku telah ulas sikit pasal hal ini tak lama dulu.
Alih2, pada hari ini keluar pula satu statement dari ustazah wanita glemer negara, Dr Mashitah yang menyatakan "itu bukanlah fatwa, tetapi hanyalah nasihat daripada Majlis Fatwa..." Ah sudah. Mana satu betul ni?
Mashitah antara lain berkata "nasihat itu diberi tanpa ada sentimen politik". Jadi terangkan kepada rakyat kenapa nasihat itu dikeluarkan secara tiba2 selepas BERSIH berlalu? Bukan BERSIH je demonstrasi kat negara ni. Demo kepala lembu, demo kek najis, demo hantar penyodok - semuanya merupakan demonstrasi dan kaedah demonstrasi2 tersebut jauh lebih jijik dan provocating berbanding BERSIH. Kenapa "nasihat" itu dikeluarkan hanya selepas BERSIH?
Kalau dikaji balik, ayat yang dikeluarkan oleh Majlis Muzakarah itu tidak menyatakan "kami berpandangan bahawa ini haram..." sebaliknya terus depa mention "majlis MEMUTUSKAN bahawa haram..." Nampak? Bila dah kata "memutuskan" itu, bermakna FATWA TELAH DIKELUARKAN. Kenapa kecelaruan ini timbul?
Apakah ini merupakan satu jalan selamat bagi Mashitah dan konco2nya untuk tidak diasak bagi mengeluarkan fatwa berkenaan penganjuran konsert K-Pop oleh kerajaan UMNO BN di Putrajaya baru2 ini? Apakah ini sebagai langkah menutup kesilapan Harussani Zakaria yang menyatakan "konsert itu tidak patut ada"?
Kalau bab fatwa pun boleh flip flop, apatah lagi perkara2 lain yang tidak melibatkan hukum hakam. Pening aku dengan agamawan kerajaan ni.
Sekadar renungan, hayatilah bait2 hujah ini -
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermafhum, "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangan telaga (di syurga)".
(Kata al-Haitami dalam : Majma’ al-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi, "Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah."
(Riwayat Malik dalam al-Muwatta` dan al-Tirmizi, katanya hasan sahih)
Al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi menyebut, Sufyan bin `Uyainah menyatakan: “Hadith ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang diredhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkainya) ialah yang mendorongnya melakukan kezaliman”
Firman Allah swt, "Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka." (an-Nisaa, 140)
Kata al-Imam al-Qurtubi dalam Tafsir Ayat al-Ahkam: “Ayat ini menjadi dalil wajibnya menjauhi ahli maksiat apabila jelas kemunkaran mereka. Ini kerana sesiapa yang tidak menjauhi mereka bererti redha dengan perbuatan mereka.”
Katanya lagi: “Firman Allah (kalau demikian, kamu sama seperti mereka) sesiapa yang duduk dalam majlis maksiat (menderhakai Allah) dan tidak membantahi mereka maka dia menanggung dosa yang sama seperti mereka. Maka hendaklah dia membantah mereka sekiranya mereka bercakap dan melakukan maksiat. Sekiranya dia tidak mampu untuk membantahi mereka maka hendaklah dia meninggalkan mereka supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ini. [ jld. 5, 418, Dar al-Fikr, Beirut]
Secara asasnya ditegaskan bukan persoalan politik yang hendak dikaitkan, tetapi persoalan sikap seorang muslim, apatah lagi golongan yang mempunyai pengetahuan agama, dalam memberikan sokongan kepada seseorang. Apatah lagi al-Quran begitu tegas dalam menentukan pendirian golongan agama sehingga disifatkan ulama pengampu dan penyeleweng sebagai anjing!!
Firman Allah dalam Surah al-A’raf 175-176:
“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”
Saiyyid Qutb menyebut dalam Fi Zilal al-Quran sebagai mengulas ayat ini: “Berapa banyak kita telah lihat orang alim agama, yang mengetahui hakikat agama Allah kemudian memutar belitkannya. Menggunakan ilmunya untuk penyelewengan yang dikehendaki. Mengeluarkan fatwa yang dituntut oleh pemerintah bumi yang tidak kekal. Cuba untuk mengukuhkan dengannya pemerintah yang melanggari pemerintahan Allah dan laranganNya di bumi..”
Wallahu a'lam. Berhentilah mengelirukan rakyat utk menjaga sesuap nasi.
No comments:
Post a Comment