Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, June 20, 2012
Negara Berkebajikan - menjawab kekeliruan
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Benda ni dah lama. Apabila PAS pada sidang muktamarnya kali ke 57 di Taman Melewar tahun lepas mengumumkan gagasan "negara berkebajikan", ramai pihak mula memberikan perhatian. Disaat para penyokong dan pendukung PAS serta para pemerhati yang bebas mengalu2kan gagasan yang lebih spesifik dari PAS itu, pihak2 musuh menggunakan gagasan tersebut untuk memperlekehkan PAS dan menyebarkan tohmahan kononnya PAS telah lemah dan kendur dalam perjuangan menegakkan "negara Islam"nya. Dituduhnya PAS menurut kata2 DAP yang selama ini digemburkan menolak sama sekali pembentukan negara Islam. Dihalwakan PAS telah menjadi liberalis dan anwaris, lantas meninggalkan perjuangan yang didukung sekian lama.
Semua itu sememangnya karut. Kalau kita imbas balik pada tahun 2002, ketika PR belum wujud dan tidak muncul sebarang bentuk kerjasama antara PAS dan DAP pada masa itu (Barisan Alternatif masa tu terbahagi dua - pakatan antara PKR dan DAP serta PKR dan PAS), Almarhum Dato' Fadzil Noor telah membentangkan Dokumen Kerajaan Islam yang menjadi asas kepada pembentukan negara Islam itu sendiri dan antara ciri yang digariskan adalah -
● Masyarakat madani
● Hak saksama (al-musaawah)
● Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya
● Keadilan (al-‘adalah)
● Meritokrasi (as-solahiyah)
● Negara berkebajikan
● Pentadbiran dinamik dan inovatif
Di sini jelas konsep Negara Berkebajikan itu sememangnya wujud sebagai salah satu prasyarat untuk membentuk sebuah kerajaan Islam yang baik. Jadi, ini secara tak langsung menolak tohmahan puak2 musuh kononnya konsep Negara Berkebajikan ini semata2 mengikut selera orang lain.
Plus, kalau kita fikirkan pada tahun 1990 Tun Mahathir telah menggagaskan Wawasan 2020. Selepas Tun bersara, tidak ada kedengaran lagi tentang Wawasan 2020 dan pengganti2 beliau mengeluarkan slogan dan gagasan sendiri - Pak Lah dengan Islam Hadrahinya, dan Najib dengan 1Malaysianya. Jadi, apakah boleh kita katakan yang BN tidak lagi memperjuangkan Wawasan 2020? Sudah tentu depa akan kata, "oh, semua yang kita buat sekarang ini bertepatan dengan matlamat mencapai wawasan 2020." Sama la kesnya dengan Negara Berkebajikan! Apa yang digariskan dalam konsep Negara Berkebajikan itu sendiri merupakan wasilah untuk membina Kerajaan dan Negara Islam itu sendiri.
Konsep Negara Berkebajikan itu bukanlah sama dengan konsep "kebajikan". Charitable state, bukannya welfare state. Banyak org keliru istilah ni. Kita tak merekacipta sebuah negara berkonsepkan semuanya subsidi. Memang beberapa aspek digagaskan untuk diberikan percuma kepada rakyat tetapi itu bukanlah bermaksud kita menggalakkan rakyat hidup bersubsidi, sebaliknya itu adalah hak rakyat yang sememangnya patut diberi kepada rakyat, bukan dijual atau disewa kepada rakyat - seperti pendidikan umpamanya. Ini bertujuan untuk memudahkan kehidupan rakyat dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk MENYEDIAKAN prasarana dan kemudahan tersebut, bukannya dijadikan bahan perniagaan.
Begitulah serba sedikit penjelasan awal mengenai konsep Negara Berkebajikan yang didukungi PAS pada ketika ini. Insya Allah, pada masa akan datang aku akan cuba ulas konsep negara Berkebajikan ini dari konteks maqasid syar'iyyah pula sebab aku nampak kerelevanannya di situ. Mudah2an, kita akan terus mempelajari dan mempromosi konsep Negara Berkebajikan ini bukan semata2 bermatlamatkan pilihanraya, tetapi yang lebih penting adalah untuk mencari keredhaan Allah swt.
No comments:
Post a Comment