Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, July 15, 2012
Road trip demi 3 himpunan...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semalam memang merupakan hari yang amat memenatkan.
Pada sebelah pagi, berlangsung Himpunan Hijau peringkat WP di Putrajaya. Kami dari PAS Kawasan Batu memang dah setting untuk konvoi beramai2 menuju ke Putrajaya. Masing2 bersemangat dan selepas aku memberikan taklimat ringkas, kami pun bertolak dengan aku mengetuai perjalanan.
Kami singgah sekejap di Shell jalan Tun Razak untuk mengisi minyak dan mungkin ada yang nak membeli makanan ringan atau ke tandas, dan kemudian kami meneruskan perjalanan kami menyusuri Jalan Tun Razak menuju ke Maju Expressway. Perjalanan begitu lancar dan para peserta konvoi begitu berdisiplin. Dalam perjalanan kami terserempak dengan geng Wangsa Maju tapi memandangkan atas highway, tak leh la tunggu.
Alih2, bila sampai Putrajaya je ada roadblock! Aku tak lepas roadblock tu sebab lupa bawak lesen. Ketua Marshall lupa bawak lesen - boleh? Tapi polis yang menyaman aku tu baik orgnya dan amat memberikan kerjasama tak hold aku lelama kat tapak roadblock tu - memandangkan sahabat2 konvoi lain semuanya tunggu aku settle. Kemudian, kami pun bergerak menuju ke PICC.
Setibanya kat PICC sudah ramai org berkumpul. Polis yang berkawal pun agak ramai tapi banyak yang meraikan kehadiran kami - terutamanya yang berpangkat rendah. Yang pangkat tinggi je lorat lebih. Kehadiran cuma lebih kurang 1,000 org je tapi perlu diingat - Putrajaya ni adalah kawasan kuat UMNO so sebarang jenis himpunan oleh PAS dan PR - kecil atau besar - amat mendatangkan impak. Ndak2 pulak bila kami berkonvoi serba hijau.
Selepas beberapa ketika di taman berhampiran PICC itu - dan mendengar ucapan pucuk pimpinan seperti Ustaz Idris Ahmad, PJ Wilayah dan Mat Sabu serta sesi melepaskan belon hijau putih sebagai satu upacara simbolik - kami pun bergerak menuju destinasi kami seterusnya; presint 9 untuk konvoi Wilayah dan presint 16 untuk konvoi Selangor. Alih2, pegawai polis yang dok berpaku2 tu boleh sound "jangan kibar bendera" pulak dah. Adehhhh...tapi sebab malas nak carik hal, ikutkan je laa...
Satu insiden yang tak best berlaku kat Presint 8 - beberapa sahabat ditahan polis sebab langgar lampu merah. Aku dan beberapa sahabat termasuk Ustaz Afiq dari Segambut lepak kat bus stop berhampiran sebuah kawasan rumah flat untuk menanti sahabat2 itu settle dengan polis, alih2 kami terdengar laungan "woiii bodohh! bodohhh!!" dari rumah flat tersebut. Ustaz Afiq pandang aku, angkat kening. Aku gelakkan je..hehehe
Kami akhirnya berjaya sampai ke presint 16 dan di sana, kami buat hit n run - cuma pegawai polis yang lorat lebih tu bagi macam2 syarat termasuklah satu ucapan tak boleh lebih 2 minit sorang, dan disingkatkan masa kaw2 sampai segalanya jadi kelam kabut. Patutnya aku berucap tapi memandangkan polis tu bersungguh2 nak kami blah awal, aku kanselkan slot aku bagi memberi ruang lebih kepada Ustazah Nuridah dan KP Wilayah berucap.
Selepas makan, kami pun bertolak balik ke KL bagi menuju Himpunan Oren - berkonvoi hampir 100 motosikal dan beberapa buah kereta melalui MEX. Sampai je Duta, baru aku perasan tayar motor aku pancit. Sudahnya aku terpaksa patah ke Segambut untuk tukar tiub baru. Kemudian aku bergerak ke Masjid Wilayah pada ketika depa dah nak mulakan program Himpunan. Lepas Zuhur, kelam kabut aku join peserta2 himpunan berarak ke Istana.
Kami berhenti dan berkumpul kira2 setengah kilometer dari Istana, dan para pucuk pimpinan dari pelbagai sektor memberikan ucapan dan amanat masing2. Kemudian, para peserta dimaklumkan bahawa Agong menerima memorandum yang diserahkan oleh wakil Himpunan Oren dan kami pun bersurai tak lama lepas tu. Tiada sebarang insiden yang hampeh terjadi. Polis sekali lagi memberikan kerjasama walaupun kehadiran masa Himpunan Oren itu melebihi 5,000 org.
Kat sini aku tertanya2 - Himpnan Hijau ke Oren ke Kelabu ke, polis cukup bagi kerjasama. Tapi kenapa kerajaan takut benar dengan KUNING?
Aku kemudiannya pulang ke rumah sekejap untuk berehat, dan lepas maghrib kami (aku dan isteri serta kak Mas, ketua Nisa' Batu) bertolak ke Padang Kelab Sultan Sulaiman untuk himpunan Hijau sebelah malam. Sampai2 je kawasan himpunan, aku dipelawa masuk ke ruang VIP dan sudahnya aku lepak dalam tu sambil berbual dengan Adam Hamid yang akan menyerahkan borang keahlian PASnya sebenar nanti. Terkejut besar bila dia tau mak aku siapa. Hehehe...
Himpunan Hijau malam juga berlangsung dengan amat lancar - kecuali kejadian lampu limpah padang tiba2 terpadam selama 10 minit. Selain daripada itu, semuanya berlalu tanpa insiden. Kehadiran juga agak ramai meskipun dengan promosi yang kurang (org lebih tumpukan Himpunan Hijau Selangor di stadium Kuala Selangor malam ini) tambahan pula ramai yang kepenatan lantaran himpunan Oren - pucuk pimpinan, termasuk aku sendiri, dah naik pucat muka sebab kepenatan - tapi inilah satu manifestasi sokongan yang tak berbelah bagi terhadap PAS.
Insya Allah, harapan aku agar sokongan2 hebat ini berterusan dan dapat dijelmakan melalui peti undi agar PAS dan PR mencapai kemenangan, insya Allah.
Sebagai akhir kalam, aku memang flat. But perjalanan sehari ini memang amat berbaloi.
No comments:
Post a Comment