Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, July 5, 2012
Apakah "jadi baik" itu terhad pada malam @ bulan tertentu saja?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Nisfu Syaaban baru berlalu. Inilah harinya dimana buku amalan kita diangkat ke hadrat Allah swt untuk disimpan sebagai rekod, dan kita seolah2 "buka buku baru" dan mudah2an, kita mampu isi buku baru kita itu dengan pelbagai amalan2 yang baik sebagai bekal buat kita menghadap Allah pada hari pembalasan kelak.
Lantaran itu, nisfu Syaaban memang amat popular sebagai hari "orang memperbanyakkan ibadat" dan "bermuhasabah diri". Tak kurang juga yang mengambil peluang untuk "bermaaf2an" pada hari tersebut. Disaat semuanya bagus belaka, timbul persoalan - apakah semua amalan yang bagus itu seharusnya tertumpu pada hari itu sahaja?
Sama la macam Ramadhan. Masa Ramadhan la semuanya berebut hendak beramal dan berbuat baik. Bagus, bukan tak bagus kalau nak lebihkan amalan dalam bulan Ramadhan, tak nak mengumpat dan sebagainya - ianya mmg dituntut pun - TAPI APAKAH IANYA TERHENTI SEKADAR BULAN RAMADHAN SAHAJA?
Aku suka nak memetik kata2 seorg sahabat, "sebulan ni je la jadi baik tapi lagi 11 bulan dihabiskan dengan mencaci mengeji, kutuk ulama, fitnah sana sini, perlekeh hukum Islam - baik tak payah." Gripe taste it may be, but it does ring a truth.
Kita sebenarnya terdidik oleh adat kita untuk melebihkan sesuatu hari atau bulan kerana fadhilat, itu sahaja. Kita terlalu mengejar fadhilat itu sedangkan Allah telah kurniakan kita 12 bulan untuk kita isi dengan penuh kebaikan dan kehebatan. Muhasabah diri sepatutnya dilakukan setiap malam - sebab belum tentu esoknya kita diizinkan Allah untuk jaga dari tidur. Bukannya dilakukan setahun sekali atau dua kali!
Begitu juga amalan bermaafan. Tak payah tunggu nisfu Syaaban atau masa raya. Sepatutnya amalan bermaafan itu berlanjutan setiap hari sebab pastinya setiap hari kita akan melakukan kesalahan tanpa kita sedari ataupun tidak. Paling tidak, kita memohon ampun daripada Allah kerana sesungguhnya Dia yang Maha Tahu akan perbuatan kita.
Allah berfirman dalam surah al-ankabut ayat 45, "...dan mengingati Allah itu adalah sebesar2 perkara, dan sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan".
Allah juga berfirman dalam surah al baqarah ayat 286, "...Wahai Tuhan kami! janganlah engkau hukumkan kami andai kami terlupa atau tersalah..."
Macam yang selalu dikongsikan oleh para murabbi, bulan Ramadhan misalnya lebih bertindak sebagai "sekolah" buat kita. Mentarbiyyahkan kita untuk menjadi manusia yang lebih baik selama 11 bulan yang mendatang. Kita berqiamullail sepanjang Ramadhan supaya kita akan dapat membiasakan diri bangun malam, lalu meneruskannya pada 11 bulan yang mendatang. Kita jaga lisan kita pada bulan Ramadhan misalnya supaya kita terbiasa menjaga lisan kita pada bulan2 lain. Kita muhasabah diri kita pada malam nisfu Syaaban supaya kita membiasakan diri kita mengkoreksi diri SETIAP MALAM yang mendatang. Itu maksudnya.
Tapi bila kita just muhasabah diri kita sekali setahun, beramal ibadat bagai nak rak sebulan dalam setahun, lepas tu kita kembali menjadi seperti sediakala, maka ada la yang tak kena tu.
Ikhlaskanlah diri kita dalam ibadah. Istiqamahlah dalam bermuhasabah. Wallahu a'lam.
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)
Dan mereka yang menjaga kehormatannya
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya."
(al-mukminun, 1-11)
No comments:
Post a Comment