Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, July 4, 2012
Perjuangan ini takkan berhenti sehingga mati!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Anwar Ibrahim baru2 ni mengumumkan akan "bersara" dari politik sekiranya PR kalah lagi pada PRU-13.
Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi. Bagi para thinker, tindakan Anwar ini adalah satu taktik psikologi yang amat tinggi - berisiko, tapi mempunyai impak yang amat besar. Para penentang Anwar pula kata ini adalah satu taktik Anwar meraih simpati pengundi terutamanya golongan atas pagar.
Well, aku tak berminat nak mengulas asbab kenyataan Anwar itu. Aku serahkan kepada para ilmuan maya untuk terus memperdebatkannya. Jangan debat lebih2 sudah. Banyak lagi kerja kita yang tak selesai. PRU-13 is around the corner.
Cumanya, aku tertarik hendak mengulas dan memperkatakan tentang reaksi direct para sahabat PR baik dari PKR mahupun PAS berkenaan kenyataan Anwar itu. Ada antara sahabat2 ini yang turut membayangkan akan ikut "bersara" atau "bercuti" sekiranya keadaan yang tak best itu terjadi.
Perkara ini mengingatkan aku kepada tajuk usrah aku Selasa lepas, iaitu "Kenapa saya masuk PAS".
Semasa tajuk halaqah ini diperdengarkan, pelbagai jawapan diberikan oleh adik beradik usrahku. Ada yang menjawab kerana ingin memperjuangkan Islam, ada yang disebabkan keturunan (mak bapak semua ahli PAS), ada yg sebab nak hentam UMNO dan sebagainya. Masing2 ada maqasid masing2 dan aku raikan semuanya.
Cumanya, apa sebenarnya tujuan kita masuk PAS ini? Atau kalau kita nak kembangkan topik, apa tujuan kita terjun ke arena politik sebagai pasukan penentang UMNO BN? Apakah disebabkan projek, suka2, memang saja nak bergocoh, atau seperti yang dibuktikan masa reformasi, disebabkan individu?
Sebenarnya sahabat2ku, perjuangan dalam PAS bukanlah semata2 hendak menjadi kerajaan memerintah. Bkan semata2 nak menaikkan tokoh itu dan ini sebagai perdana menteri. Bukan juga semata2 hendak menghentam UMNO sampai lumat. Katakanlah, satu hari nanti insya Allah PAS menjadi kerajaan pemerintah, berjaya menaikkan TGHA katakan sebagai perdana menteri atau kita berjaya menguburkan UMNO seperti tahun 1988, then what? Apa pula halatuju perjuangan kita dalam dunia politik ni? Apakah disebabkan mission accomplished, maka kita pun dah sampai tahap "i have nothing else to fight for, therefore i quit"?
Perjuangan dalam PAS ini jika dihayati, lebih daripada sekadar mencakupi aspek politik kepartian. Dalam PAS, kita membawa panji2 Islam. Kita memperjuangkan Islam. Tak kira siapa pemimpin, apakah gagasan yang dibawanya, siapa pula penggeraknya, asas perjuangannya tetap sama iaitu menegakkan Islam di muka bumi Malaysia ini secara khusus, dan seluruh dunia secara amnya.
Firman Allah dalam surah as-Saff ayat 14, "Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang."
Dan perjuangan menegakkan agama ni bukan terhad kepada mentarbiyyah org semata2. Berdakwah kat masjid dan surau semata2. Perjuangan ini merangkumi semua termasuklah aspek siasah dan daulah a.k.a politik.
Alah berfirman lagi dalam surah al Baqarah ayat 208, "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan memang musuh kamu yang nyata."
Sekarang kita dah tau kewajiban kita untuk menegakkan agama Allah itu secara keseluruhan, dan perjuangan ini pula tak boleh dilakukan secara individu. Nabi Muhammad s.a.w sendiri mendapat bantuan para sahabat baginda r.a untuk menegakkan Islam di tanah hijaz. Baginda tak berjuang seorg diri.
Atas kesedaran dan pengetahuan itulah, maka inilah asbabnya kenapa aku sendiri memilih PAS sebagai wasilah perjuangan aku menegakkan Islam di bumi Malaysia ni. Ini kerana PAS meliputi semua aspek - dakwah, tarbiyyah, sahsiah dan yang utamanya, siasah. Yang penting ialah menyeimbangkan kesemua elemen2 tersebut agar ianya tak jadi senget sebelah.
Malangnya, ada juga dalam jemaah ini yang terlalu menumpukan kepada aspek siasah semata2. Cerita politik semata2 tanpa cuba mengaitkannya dengan "apa yang Islam kata mengenai sesuatu isu". Kita ni memperjuangkan Islam sebenarnya melalui PAS, dan bukan memperjuangkan isu atau memana individu. Malah, perjuangan ini seolah2 menjadi medan "melepaskan geram pada UMNO". Apakah itu perlu?
Seperti yang aku sebut awalan tadi, kalau kita memperjuangkan selain daripada Islam, maka kita akan sampai tahap tepu - dah tak de menda yang mahu diperjuangkan. Sedangkan kalau kita maintain berjuang untuk Islam, kerana Islam atas janji2 Allah swt, maka perjuangan ini akan terus berkekalan sehingga bila2.
Maka, kita perlu recalibrate balik asbab perjuangan kita. Asbab kita melibatkan diri dalam politik - agar satu hari nanti kita tidak tiba2 lemah dan kemudian menarik diri dari perjuangan seterusnya merugikan sahabat2 kita yang turut bertungkus lumus sekian lama. Even kalau ada certain group yang tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan sekalipun, pastinya ada sebab yang lebih besar daripada berjuang atas sebab isu dan individu.
Perjuangan ini takkan berhenti sehingga kita mati. Malah, bila kita mati, akan ada org yang menyambung perjuangan ini. Jangan pernah berhenti kerana inilah tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Jasad dan nyawa kita ni bukannya hak kita pun.
Walaupun aku tekankan mengenai PAS di dalam tulisan aku ini, pengajarannya adalah untuk kita semua tak kira apa jua wasilah perjuangan kita. Yang penting, kita terus kekal berjuang dan jangan pernah berhenti.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment