Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, July 12, 2012
Masalah rumahtangga jangan dijadikan bahan politik!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jom kita imbau kembali sejarah para Nabi dan Rasul yang hebat.
Satu hari, Nabi Ibrahim datang ke rumah anaknya Nabi Ismail. Ketika itu, Nabi Ismail tidak ada di rumah. Yang ada hanyalah isteri Nabi Ismail. Setelah duduk sekian lama, Nabi Ibrahim yang tidam memperkenalkan dirinya siapa kepada isteri anaknya itu berasa kurang senang dengan sikap dan perilaku isteri anaknya itu. Lalu baginda meminta diri dan berpesan, "khabarkan kepada suamimu bahawa ada seorg tua datang sebentar tadi, rupanya begini dan begini, dan khabarkan kepada suamimu bahawa orang tua tersebut tidak menyukai alang pintu rumah ini. Minta ditukar segera."
Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya pun menceritakan tentang perihal "orang tua" tersebut dan menyampaikan pesannya. Nabi Ismail lantas bersuara, "itu adalah ayahku Nabi Ibrahim, dan ternyata dia tidak senang dengan perilaku kamu. Maka kamu aku ceraikan pada saat ini juga."
Tak lama kemudian, Nabi Ismail berkahwin lain, dan sekali lagi Nabi Ibrahim melawat anaknya ketika Nabi Ismail tiada di rumah dan hanya tinggal isterinya sahaja. Setelah duduk sekian lama, Nabi Ibrahim yang juga kali ini tidak memperkenalkan dirinya meminta diri lalu berkata, "sampaikan salamku pada suamimu, dan khabarkanlah padanya seorg tua yang begini dan begini telah datang melawatnya. Dan khabarkan padanya bahawa alang pintu rumahnya ini sedang elok sahaja dan tidak perlu ditukar."
Apabila Nabi Ismail yang pulang kemudiannya diberitakan tentang pesanan itu oleh isterinya, Nabi Ismail pun berkata, "itu adalah ayahku Nabi Ibrahim, dan ternyata dia amat menyenangi kamu. Maka berbahagialah wahai isteriku."
Apa motif aku bukak kisah ni?
Agak kecoh baru2 ni kes cerai membabitkan pasangan warga emas, Yahaya Ibrahim yang menceraikan isterinya Che Hasnah Che Ahmad kononnya kerana Che Hasnah keluar pi dengar ceramah Hasan Ali. Sekali imbas, nampak pakcik Yahaya tu zalim, kejam dan taksub parti apabila bertindak menceraikan isterinya "semata2 perbezaan politik" tapi apakah itu sebab sebenarnya?
Secara mudahnya, kita tak tahu. Yang diceritakan oleh si isteri (yang menagih simpati dan diambil kesempatan oleh puak2 juhalak anti PAS) hanyalah kononnya "dia diceraikan sbb pergi ceramah hasan ali" dan "dia diceraikan sebab tak nak join PAS". Tapi benarkah itu sahaja kisahnya? Come on...pakcik tua tu takkan sebodoh itu. Kemungkinannya banyak perkara yang berbangkit dan terjadi hingga terescalate kepada penceraian itu. Kesimpulan mudah? Hanya depa dan Allah saja yang tau apakah puncanya. Kita tak payah nak dok sibuk rumahtangga org.
Jika pakcik itu beranggapan bahawa isterinya telah sampai satu tahap derhaka kepadanya dan tidak mampu dinasihat lagi, serta jika dibiarkan akan menyebabkan wanita itu masuk ke neraka kerana kederhakaannya, maka elok diceraikan saja. Syurga seorg wanita itu sentiasa terletak bawah kaki suami dan dia wajib taat selagi suaminya tak suruh dia buat perkara keji dan mungkar - mcm suruh cium lelaki ajnabi lain misalnya.
Puak2 UMNO pulak mcm biasa, suka betul menangguk di air keruh. Ditambahnya perisa kononnya :lelaki itu menceraikan isterinya kerana dianggap sesat" la apa la. Semuanya bertujuan untuk menggambarkan pakcik itu sebagai taksub parti, ekstremis dan sebagainya.
Cuma, seperti yang aku kongsikan dalam salah satu status facebook aku, kejadian cerai ini dihebohkan bagai nak rak tp apsal pihak2 yang kecoh ini diam bila amalan diskriminasi melampau ke atas pihak2 non-pro UMNO berlaku sekian lama? Artis dan pendakwah digam dan dibekukan dr muncul di kacatv kerana menyokong pembangkang, ustaz zamri mantop ditamatkan kontrak sbb muncul masa BERSIH, datuk Ishak Baharom dipecat sbb bagi fatwa yg x disenangi pemerintah, pegawai2 kerajaan diposting ke tempat jin bertendang atau dberhentikan kerana cenderung x sokong UMNO - terkini tan sri abu bakar dipecat dr jawatannya menggunakan perkara 49 akta penjawat awam (menggugat keselamatan negara). Gilo apo?
Bahkan, aku tak boleh lari dari memikirkan betapa isu cerai ini sengaja disensasikan untuk menutup kegagalan kisah Jaya Negara. Biasak la - gali lubang tutup lubang. Inikan amalan politik UMNO sekian lama?
Renungilah sabda Nabi s.a.w seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (tirmidzi)
Setuju... Lagipun makcik tu msh bpeluang mtk ampun dan maaf... Lepas cerai, kan ada masa 3 bulan eddah... Dlm eddah tu, berfikirlah, ingat balik apa kesilapan2 yg dia dh buat pd suami dia...klu msh ada ksh syg, pakcik tu mungkin nak rujuk balik... Memang tak elok dah tua-tua bercerai-berai... Tapi, jodoh pertemuan di tangan Tuhan... Akupun tak rasa yg pakciktu ceraikan makcik tu semata-mata kerana pgi dgr ceramah... Mungkin dah tlalu lama dia simpan marah, kebetulan mlm tu makcik tu buat silap, apa lagi, jatuh la talaq..
ReplyDeletedari dok kerja carik salah orang yg salahkan orang, baik muhasabah diri dan betulkan keluarga yg belum tentu selamat
ReplyDelete