Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, June 13, 2012
Puisi - Terus Menanti
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
seketika kehadiranmu
membawa satu sinar baru
yang menyuluh kegelapan itu
membantuku kembali berdiri
membantuku kembali mengenali
hakikat diri, siapakah jasad ini
setelah sekian lama aku dilekai
Bila kau hilang
terasa separuh nyawaku turut terbang
bersama2 mengejar bayang
yang takkan mungkin pulang
Pada Allah aku panjatkan segala doa
agar hilang gundah gulana
agar dikekal kekuatan yang ada
kerana hidupku ini bukan milikku saja
kekuatanku menjadi taruhan
kecekalanku menjadi harapan
maka apa lagi harapan yang dapat diberikan
jika si cekal dan kuat ini menjadi rawan?
Pada Allah juga kupanjatkan doa
agar segalanya pulih semula
agar terlerai khilaf antara kita
aku gembira kau muncul dalam hidup ini
gembira dengan perkongsian setiap inci
intipati berteras sahsiah Islami
inginku kekalkan sebegini
mahuku terus menggali
fitrah diri berwasilahkan wacana ini
namun fikrah dirimu aku fahami
kegusaranmu aku rai
yang pastinya aku akan terus sabar menanti
Aku akan terus menanti
dengan sabar dan redha
hingga segalanya pulih semula antara kita
tidak mahuku terus menipu rasa
tidak mahuku terus berpura2
tidak mahuku ukhwah ini tercedera
aku akan terus menanti
hingga kau kembali bersedia
menyambut persahabatan buat kali kedua
tak perlu sepanjang masa bersua
tak perlu setiap saat berbicara
memadai jika aku tau kau ada
dan kau tahu aku wujud bersama
jiwa ini akan sentiasa menunggu dengan setia
Dalam diam, ku panjatkan pengharapan
agar kau dilimpahkan kebahagiaan
dianugerahkan Allah iman berkekalan
dijadikan kau hebat berketrampilan
mumtaz dalam segala lapangan
agar ummah tercanai kemaslahatan
bukankah itu tuntutan insan?
aku akan terus menanti
itu pasti.
No comments:
Post a Comment