Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, July 11, 2012
Merungkai misteri Jaya Negara...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semua org tau kejadian yang berlaku di JPM beberapa hari lepas. Semua org tau juga siapakah "Imam Mahdi" yang dok mengamuk tu.
Cuma apa yg org tak tau ialah "apakah motif amukan itu".
Mari kita ulangi cerita - seorang lelaki yang mengaku dirinya "imam Mahdi" telah mengamuk di perkarangan bangunan JPM bersenjatakan samurai. Dia ditemani oleh seorg wanita yang kemudiannya disahkan sebagai "pengikut" kepada "imam Mahdi" tersebut. Berlaku adegan tembak menembak (sebenarnya, polis je yang tembak. Si "imam" tu mana ada pistol pun) dan natijahnya, sang "imam" mati sewaktu tiba di hospital (DOA) dan si pengikut cedera parah.
Tak lama kemudian, identiti "imam" itu didedahkan di alam maya iaitu "imam" tersebut merupakan seorg blogger yang menggunakan nama samaran Jaya Negara. Dia menguruskan laman blognya sendiri iaitu Jayanegara.blogspot.com. Blognya mengandungi pelbagai penulisan yang merupakan luahan ala sufi (yang sebenarnya memeningkan) dan bak kata pihak berkuasa, membuktikan Jaya Negara ini mempunyai masalah mental. Kemudiannya, pihak berkuasa mengesahkan bahawa Jaya Negara adalah Khalil Afandi Abd Hamid. Pengikut wanitanya itu pula aku yakin merupakan seorg pengikut tegar blog itu yang bernama samaran "Dhada".
Cumanya, pelbagai persoalan bermain di minda - at least bagi aku :
1) Blognya baru berusia sebulan, sedangkan kalau ikut kisahnya, dia memiliki "kesedaran sufi" itu sejak umurnya 3 tahun. Kini dia mendakwa umurnya 47 tahun. Mana dia pergi selama ini?
2) Takkan blog yang baru berusia sebulan boleh melahirkan seorg pengikut setia yang sanggup buat apa saja demi dia? Keluarga "Dhada" pula mendakwa mungkin dia terkena sihir - alasan yang cukup mudah dan serba tipikal.
3) Apa motif dia mengamuk di JPM? Dan kenyataan yang dipetik oleh dua media berasingan ternyata bercanggah. Apa sebenarnya yang berlaku?
4) Khalil hanya seorg, dan dia tidak bersenjatakan pistol mahupun bom. Dia hanya bersenjatakan samurai. Kenapa polis Malaysia - yang kononnya amat terlatih - menembak mati suspek? Bukankah ada prosedur yang perlu diikut oleh pihak polis ketika menembak suspek? Memandangkan Khalil hanya bersenjatakan samurai, boleh je polis just tembak kaki atau tangan (atau mungkin bahu - banyak je kawasan yang tidak mendatangkan kematian jika ditembak) sebab Khalil yang masih hidup pastinya boleh membantu siasatan polis mengenai motif amukannya. Tetapi polis memilih untuk "membunuh"nya. Kenapa?
5) Namun, menurut laporan Khalil ditembak di ari-ari (kawasan yang boleh mendatangkan maut) tapi hasil sebaran gambar di alam maya menunjukkan Khalil hanya mengalami kecederaan di lengan dan paha sahaja. Tidak ada sebarang kesan pendarahan serius pada bahagian ari-arinya. Kalau takat kena tembak kat lengan dan kaki, mana mungkin boleh mati? Lembik sangat ke lelaki yang bertubuh sasa ni?
6) "Pengebumian"nya juga menjadi tanda tanya apabila "jenazah"nya hanya diuruskan oleh polis dan tidak ada sebarang kehadiran keluarga terdekat. Alasan diberikan kononnya isteri Khalil menghalang org ramai dan ahli keluarga daripada menziarahi. Come on...apakah ada perkara yang ingin disembunyikan?
7) Manakah laporan post morterm Khalil? Polis tidak boleh senang2 menembak mati suspek. Ini adalah termaktub dalam prosedur polis. Setiap kematian harus beralasan dan Khalil tidak memberikan sebarang alasan yang kukuh kenapa dia harus ditembak mati.
8) Polis mengaitkan tindakan Khalil ini sebagai satu cabang ajaran sesat. Ajaran sesat mana? Bagaimana nak siasat kalau suspek utamanya "ditembak mati"?
Utusan terus mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang sedikit sebanyak mengaitkan Khalil dengan "puak yang marah undang2 Islam tidak dilaksana" tetapi depa tidak mengulas betapa Khalil adalah peminat tegar Tun Mahathir dan pengutuk tegar Nik Aziz seperti yang dicatatkan dalam blognya. Entahlah - terlalu banyak persoalan yang terbungkam tetapi satu pun tidak akan dapat dijawab kerana Khalil "sudah mati" dan "dikebumikan" secara tergesa2.
Itulah yang menjadi ibu kepada segala persoalan - apakah dia benar2 telah mati? Apakah motif tindakannya?
Dan yang paling utama - PIHAK MANAKAH YANG AKAN MENANGGUK HASIL NATIJAH TINDAKANNYA INI?
Wallahu a'lam.
p/s - Osama Bin Laden, Al Maunah, Taliban - semuanya hasil rekaan pihak2 tertentu utk merelevankan kepentingan pihak2 tersebut. Apakah Khalil juga merupakan pawn yang sama?
Renungilah firman Allah, "Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah amat belas kasihan kepada hamba-hambanya." (Ali-Imran: 29-30)
"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu." (an-Nisa, 126)
heee tuan penasihat,,,,,,,,
ReplyDelete