Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, February 29, 2012
hudud - mahathir dan SIS sama jahilnya. mana hasan ali?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
berikut adalah kenyataan rasmi pertubuhan paling keliru, Sisters In Islam (SIS) mengenai hudud tak lama dulu -
Timbalan presiden PAS bukan Islam - suatu pandangan.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
berikut adalah keterangan dan pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, ustaz Nasrudin Hasan mengenai konsep timbalan presiden dari kalangan bukan Islam.
berikut adalah keterangan dan pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, ustaz Nasrudin Hasan mengenai konsep timbalan presiden dari kalangan bukan Islam.
Tuesday, February 28, 2012
Mahathir perlekeh Islam? bukan perkara baru
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
kata2 mahathir sewaktu di UNIMAS yg aku sertakan dalam entri sebelum ini bukan benda baru dalam siri "mahathir perlekeh Islam". berikut adalah perkongsian dari sorg sahabat, UstazThrash Mujahid dalamblog beliau.
kalau ye pun jahil, jangan la menyesatkan orang...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
sebelum aku nak ulas lanjut, eloklah kiranya kita tonton video ni dulu yg dirakamkan pada 26 Februari 2012 dalam Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Kalau Allah itu Maha Baik, kenapa diciptakanNya neraka?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ini kisah benar. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Sunday, February 26, 2012
Fakta mengenai Lynas yg perlu kita tahu.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
di sini aku lampirkan fakta2 mengenai LYNAS yg sepatutnya semua org tahu. bayangkan, kenapa australia pun tak nak bina lynas kat negara depa sendiri?
menjawab soalan-soalan pada pencacai...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
insya Allah, kali ni aku cuba nak tumpu beberapa FAQ yg sering diterjah secara "lembu hentam pagar" oleh puak2 UMNO. tapi, memandangkan banyak sahabat2 PR kita yg tak berapa tahu isu atau tak mahir jawab soalan ni, jadi ada kalanya depa terkontang kanting. so aku harap, entri ni dapat membantu.
perlu diingatkan ada antara jawapan aku ni bersifat pandangan peribadi, ada yg bersifat pandangan rasmi PAS dan ada juga yg aku korek dr jumhur ulama' mahzab syafi'e. so sebaik2 ilmu adalah ilmu yg dituntut dari banyak guru yg mursyid. wallahu a'lam.
kenapa puak UMNO takut memaparkan kejayaan demo rakyat?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
aku tak nak menulis panjang2 malam ni. cuma aku nak highlight satu taktik kebaculan puak2 UMNO dalam cubaan depa mengelirukan rakyat mengenai gerakan rakyat yg didukungi PR. mangsa terbaru? Himpunan Hijau 2.0.
agak malang sbb aku tak dapat nak turun ke kuantan utk tujuan ini tapi aku tetap pakai baju hijau sepanjang hari. tak ada masalah - aku penyokong parti hijau.

Saturday, February 25, 2012
khalwat dr bad - itukah yg tersurat?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
melalui post ni, aku tak berniat nak bela dr badrul amin secara membabi buta berikutan tuduhan khalwat ke atas beliau. aku tak nak embroil nak kata dia salah ataupun tidak bersalah. tu bukan kerja aku. tu tugas jabatan agama Islam Pahang.
tadi aku berdiskusi dengan isteri aku mengenai hal ni dan beberapa persoalan fakta mengenai pertuduhan khalwat (bukan semata2 melibatkan dr bad, tapi semua sekali) benar2 mengingatkan aku kembali ttg apa yg pernah aku pelajari dulu2.
antara bakar al Quran dengan anwar - UMNO lebih pentingkan anwar
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
petang jumaat yg sejuk (sebab hujan) 24hb lalu menyaksikan 2 himpunan berlaku di dua tempat berlainan untuk tujuan yg sama sekali berlainan (tapi ada kaitan). ratusan umat Islam berhimpun di depan kedutaan amerika di ampang selepas solat jumaat bagi membantah tindakan tentera amerika membakar naskhah2 al-Quran di afghanistan, manakala pada masa yg sama lebih kurang 50 pemuda UMNO berkumpul di hadapan pejabat agung PKR bagi menyerahkan memorandum membantah sokongan anwar terhadap israel.
Dr Badrul Amin ditangkap khalwat?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
kecoh pulak sekarang ni mengenai dakwaan bekas pensyarah UIA yg juga ahli MT PKR, dr badrul amin (yg terkenal dengan kaset2 zikir munajat zaman aku remaja dulu) ditangkap khalwat di kuantan dengan sorg isteri org berusia 28 tahun. yg bestnya, benda tu dihebah-kecohkan oleh blog2 UMNO terlebih dahulu sebelum menerjah berita2 media tempatan.
aku tak nak mengulas lanjut sebab aku tak ada kat kuantan, cuma di sini aku lampirkan laporan blogger ReJaM melalui blog MiloSuam yg berada di tempat kejadian.
Friday, February 24, 2012
bai'ah - depa ni faham ke tak?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
secara tiba2, kecoh lak ttg hal bai'ah ni terutamanya apabila mantan perdana menteri, Tun M menyatakan bahawa bai'ah dalam PAS itu tidak perlu sebab pemimpin PAS bukannya Nabi atau Rasul yg layak diberi bai'ah, malah bai'ah itu menurut tun M hanya layak kepada Allah sahaja.
dan ramai la pencacai UMNO yg selama ni terkenal dengan fitnah, lucah dan seks dalam posting2 depa menjadi "ulama segera" dalam membincangkan isu bai'ah ni, seperti jas salleh dan sebagainya. aku tatai mana dia boleh korek segala pandangan ulama atau nas2 yg dimuatkan dalam blog dia. maybe kali ni je la dia cuba mendalami ilmu agama serba sikit kot. bagus la - dek kerana PAS, nak jugak pencacai2 UMNO ni mendalami sementara ilmu agama walaupun untuk tujuan taghut.
Thursday, February 23, 2012
pemerintahan Islam - antara aurat dan hudud.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
lately ni, mmg sering aku dianggap sebagai "golongan pendusta agama" oleh puak2 UMNO. kelakar bila dapat gelaran pendusta agama dari puak yg selama ni mendustakan agama secara komprehensif.
aku tak nafikan yg depa mengatakan PAS dusta agama sebab tukar "negara Islam" jadi "negara berkebajikan", bersekongkol dengan DAP (kafir harbi bagi depa but masa debat cina haritu, kita dapat lihat siapakah yg harbi sebenarnya) dan pelbagai lagi isu yg karut marut. bila ustaz tok kelulu, abdullah sama'ah mengeluarkan fatwa "undi PAS berdosa", makin galakla depa.
sebetulnya aku malas dah nak mengulas pasal "negara berkebajikan" dan "kerjasama dengan DAP" ni. dah lost count berapa juta kali diperjelaskan. tapi puak2 UMNO ni berdebat bukan nak carik kebenaran dan penjelasan sebaliknya sekadar memprovokasi agar kita teralih isu.
satu lagi poin depa ialah "kelantan gagas hudud tapi tak buat hudud". kononnya kerajaan kelantan "cakap je lebih" dan gunakan hudud tu untuk "menarik undi melayu". ni pun ntah berapa juta kali diperjelaskan isu berkenaan hudud ni tapi seperti yg aku kata tadi, depa bukannya nak kebenaran.
jadi untuk membuktikan siapakah yg pendusta agama, aku cuma bangkitkan satu perkara - aurat.
Syria - memahami rasionaliti ijtihad Al-Buti
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
satu dunia tau yg sekarang ini, syria tengah bergolak. rakyat syria memberontak menentang rejim Bashar al-Assad dan dibalas pula oleh rejim tersebut dengan pembunuhan beramai2 rakyat syria yg bangkit menentang depa.
peristiwa ini menyentuh hati setiap org Islam dan mendapat perhatian khusus terutamanya dari para ulama'. pelbagai fatwa, pendapat, gesaan dan tak kurahg jugak "ijtihad kedai kopi" dari pemerhati2 politik tanahair, terutamanya yg mengikuti politik timur tengah seperti ustaz Imran al-Malizi.
dan mengulas mengenai politik timur tengah, tiada siapa yg lebih mahir mengenai sepak terajang politik timur tengah dari Tuan Guru Haji Hadi Awang.
Wednesday, February 22, 2012
apabila fatwa songsang berkumandang...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
sejak dua menjak ni, banyak betul fatwa songsang berkumandang - baik dari kalangan "guru agama", mufti mahupun para ulama kedai kopi. ada yg berhujah tanpa dalil, selalunya ada yg berhujah guna dalil sekerat2 dan yg paling best, ada yg berhujah guna hadis maudhu'!
untuk mereka yg tak biasa term pengajian hadis, hadis maudhu' adalah hadis palsu @ rekaan dan adalah haram utk menjadikan hadis ini sebagai tempat menyandarkan hujah.
nak bukti sangat pasal kargo Israel? HAMBEK!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
aku tak tau la kenapa begitu payah puak2 UMNO nak terima kenyataan bahawa kerajaan UMNO BN yg depa cintai ini sebenarnya telah berkasih gelap dengan Israel sekian lama. episod pendedahan kapal2 kargo liberia yg membawa kargo dari israel kepunyaan ZIM ni dianggap sirna sahaja oleh depa. agaknya, dosa "menyatakan sokongan terhadap keselamatan israel" tu bagi depa lebih besar kot WALAUPUN tidak ada sebarang bukti yg kukuh lagi utuh kalau2 anwar ada hubungan dengan israel secara direct - malahan statement anwar tu SAMA dengan pendirian malaysia mengenai 2 state solution anjuran PBB.
AGAMA SERING MENJADI MANGSA - oleh Dr MAZA.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sepanjang sejarah manusia, nama Tuhan sering dijadikan alat dalam mencapai tujuan atau kepentingan peribadi ataupun puak. Sedangkan ia sepatutnya menjadi nama sakti dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, malangnya digunakan untuk menegakkan kebatilan dan menghapuskan kebenaran.
Tuesday, February 21, 2012
mengenali Al Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
sebetulnya, aku amat dahagakan ilmu agama. justeru, aku cukup gemar mengikuti kuliah2 agama di mana2 sahaja. aku aktif dalam MAQTAR, ikuti kuliah haraki malah pengajian2 di surau dan masjid - kekadang aku sendiri yg bg pengisian.
tapi antara pengisian yg paling aku gemari adalah kuliah2 dari para al-Habib - al-Habib Umar Hafidz dan para asatizah habibiah yg lain. dan antara murid kanan al-Habib Umar Hafidz yg masyhur serta paling aku sanjungi adalah Al Habib Ali Zaenal Abidin.
insya Allah, aku pohon agar Allah mengizinkan aku utk menuntut ilmu daripadanya. Allahu Akbar!
logo JATI mcm logo syaitan - kebetulan atau suratan?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
bila Harakahdaily mendedahkan perkara ni, aku terfikir - "betul jugak".
bayangkan, logo NGO kebanggaan hasan ali, JATI (sampai sekarang aku tatau ianya akronim untuk apa) betul2 menyerupai logo syaitan iaitu lucius yg mengambil bentuk nombor "666".
cuba korg check link ni - http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html.
depa ni tak buat homework dulu ke?
Monday, February 20, 2012
seJATIkah perjuangan hasan ali?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
maka hari ini dengan izin Allah, NGO kelolaan hasan ali iaitu JATI akan dilancarkan. sehingga kini, aku tak tau dengan jelas apakah matlamat dan maqasid penubuhan JATI sebab dah banyak NGO seumpamanya di malaysia seperti PERKASA, TERAS, ABIM dan sebagainya. mungkin sebagai satu wadah untuk hasan ali menjadi ketua pertubuhan kot? ye la...kalau stay dalam PAS, sampai sudah dia takkan dapat jadi presiden PAS...
karnival debat - trend baru politik negara?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
nampaknya negara kita dilanda demam "debat".
suka atau tidak, sebenarnya rakyat negara ni terutamanya yg celik politik mmg suka berdebat. atau berbahas. atau bertukar2 pendapat. atau perang mulut - whatever it may be called. sebab apa? setiap manusia diciptakan Allah ada akal dan pengetahuan memasing - takkan identical pendapat seseorg tu secara keseluruhan dengan seseorg yg lain HATTA dengan mak bapaknya sendiri. saidina Umar al Khattab juga berlainan pendapat dengan Rasulullah s.a.w mengenai perjanjian hudaibiyah. so biasanya cara untuk vent idea2 yg bercanggah ni secara terus dan telus adalah melalui debat.
bangkai Israel takkan dapat ditutup dengan bendera tipu!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
dalam entri aku kali ni, aku lampirkan bukti bergambar yakni screenshot mengenai origin kapal dagang Israel kepunyaan ZIM atlantic yg dok sibuk berlabuh dan berdagang kat negara ni. cuma yg peliknya, kapal kontena Zim Atlantic tidak membawa bendera negara zionis Israel tetapi sebenarnya membawa bendera yang hampir serupa dengan jalur gemilang.

Sunday, February 19, 2012
UMNO dan MAGNUM 4D.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
kenapa UMNO payah bebenar nak laksana hukum Islam? kenapa UMNO cukup sinonim dengan perjudian?
ini jawapannya -
Vincent Tan promote MCA melalui Cardiff City?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
post hari ni agak simple. benarkah Vincent Tan promote MCA melalui jersi home Cardiff City?
menyelak isi hati sang rasis...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
sekali lagi, aku peruntukkan masa dan tenaga ini utk menulis dan mengulas mengenai debat Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek semalam. dan kali ni, aku takkan sentuh pasal rafizi dan KJ serta impending debat najib - anwar. hari ni, totally for them.
Saturday, February 18, 2012
Rafizi vs KJ dah, CSL vs LGE dah. Najib vs Anwar bila lagi?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
maka berlalulah sudah debat antara lim guan eng dan chua soi lek - albeit dalam suasana yg amat berat sebelah. walaupun aku tak dapat menonton debat tu sebab tengah niaga (kat kedai aku tak de TV - apatah lagi astro) tapi sedikit sebanyak aku dapat input drpd sang isteri yg setia menonton debat tu kat rumah dan sahabat2 yg memberikan update. meskipun dengan translator yg gagap dan bahawa melayunya lebih berterabur banding siam muallaf, rata2nya faham perjalanan debat tersebut.
Friday, February 17, 2012
KELANTAN DAN TANGGUNGJAWAB HUDUD - oleh Dr MAZA.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Apabila sebut hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Ada yang menyatakan hasrat tersebut sekadar mainan politik, padahal tuduhan itulah mainan politik. Saya bukan anak Kelantan, tidak juga aktivis parti di Kelantan. Saya orang luar Kelantan yang sering diberikan peluang oleh Kerajaan Kelantan untuk melihat pentadbiran dari dekat.
Saya yakin bahawa dalam isu hudud hasrat Kelantan bukan main-main. Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah s.a.w dalam sunnah baginda. Saya sendiri mendengar perkataan YAB Menteri Besar Kelantan ketika ditanya tentang hudud, beliau menjawab: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.
kerana rosmah universiti binasa - sapa suruh?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
aku pun sebenarnya malas betul nak komen hal ni. old news laa...balik2 rosmah rosmah rosmah. ntah berapa ratus juta kali perihal minah ni dibahaskan dalam dunia politik kita. kalau ada rekod utk isteri perdana menteri yg paling dibualkan (albeit asbab yg buruk), rosmah pemenang tanpa tandingan.
universiti aussie tu pun satu - takkan la para scholar depa tak buat research dulu kot sebelum bagi PhD kat rosmah? tak kira la dia beli berapa juta sekalipun PhD tu tapi at least research la dulu. check dulu latarbelakangnya. apakah benar dia layak untuk mendapat anugerah kedoktoran yang menjadi pinnacle awarding utk setiap universiti?
Thursday, February 16, 2012
tazkirah jumaat - takutlah kepada Allah!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
selalunya, bagaimana keadaan kita kalau kita menghadap guru besar masa zaman sekolah dulu? atau menghadap bos paling besar dalam syarikat kita? atau mungkin menghadap FRU? ketua polis negara misalnya? sudah pasti kita akan terasa cuak. kebas kaki tangan. pucat lesi muka. betul? terutamanya kalau kita tau kita ada buat salah.
begitu hebat penangan manusia yg berkuasa ni - raja ke ketua ke perdana menteri ke bos SPRM ke - hinggakan kita rasa diri kita begitu kecik bila berhadapan dengan depa.
tapi bagaimana keadaan kita ketika menghadap Allah swt, yg merupakan RAJA SEGALA RAJA?
EPL tolak perkauman. Politik Malaysia bagaimana?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
dunia bolasepak EPL digegarkan dengan 2 kes "perkauman" yg boleh dikatakan agak high profile - melibatkan striker liverpool, luis suarez dan pemangku kapten manchester united, patrice evra serta melibatkan bekas kapten england, john terry dan bek QPR, anton ferdinand.
dalam kedua2 kes tersebut, suarez dan terry didakwa mengeluarkan kata2 berbaur perkauman terhadap evra dan ferdinand. suarez mengeluarjkan kata2 "negrito" terhadap evra manakala terry lak mengeluarkan kata2 hinaan mengenai warna kulit ferdinand ketika kelab2 mereka bertembung.
Wednesday, February 15, 2012
Ini jawapan kenapa Rosmah tak mahu pakai tudung...
Majoriti ramai umat Islam di negara kita faham dan percaya bahawa rambut adalah aurat wanita. Maka sudah tentu majoriti berfahaman bahawa wanita wajib bertudung untuk menutup bahagian kepalanya kecuali muka. Ada juga yang berpendapat yang muka juga perlu ditutup dengan apa yang kita sering panggil sebagai purdah, namun ia adalah pendapat sebahagian kecil orang ramai.
Tuesday, February 14, 2012
Nazri aziz - maharaja lawak mega UMNO.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
nazri aziz sememangnya pak lawak. kenyataan2 yg dia keluarkan semua lawak.
aku malas nak menaip panjang2 sebab lagi banyak aku taip, ada kemungkinan banyak gak dosa yg aku dapat. cuma aku nak highlight ke"bijak"sanaan nazri dalam memberikan kenyataan.
dalam minggu ni je ada 2 kenyataan bodoh yg diberikan oleh menteri sorg ni.
Monday, February 13, 2012
valentine's day - manakah suara pejuang akidah?
tak sangka pulak yg valentine's day tahun ni tetiba mencetuskan polemik. polemiknya ditimbulkan oleh utusan meloya dek kerana satu perkara - PAS melarang sambutan valentine's day di kalangan muslim (MUSLIM TAU) dan karpal singh, macam biasa dengan ego tersendiri - mempertikaikan pendekatan PAS tersebut - citing human rights as the reason.
kalau UMNO dibakulsampahkan, ahmad maslanlah puncanya!
begitu angkuh sekali ketua penerangan UMNO yg juga Timbalan Menteri JPM yg bercita2 tinggi, ahmad maslan "membuang" Buku Jingga yakni manifesto Pakatan Rakyat ke dalam tong sampah ketika perjumpaan pimpinan Felda di kuala lumpur baru2 ni. tindakan itu kononnya sebagai tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.
Sunday, February 12, 2012
Gempar! Ahli Lembaga Disiplin UMNO ditangkap khalwat??
memang gempar! Ahli Lembaga Disiplin UMNO ditangkap khalwat? dengan lelaki cina lak tu!
menurut sumber yg amat boleh dipercayai, ahli lembaga yg bergelar Dato' ni (aku rahsiakan namanya dulu atas sebab2 kemaslahatan) telah ditangkap khalwat pada 13 januari 2012 yg lalu di unit tingkat 4 kondominium Kojaya Ampang, jalan kolam air jam 3.18 pagi.
Saturday, February 11, 2012
Insiden di Kg Idaman - satu lagi bukti kebaculan UMNO!
cerita jalan kebun tak settle lagi, UMNO di klang buat hal balik semula.
kali ni melibatkan satu program bersama mahasiswa di kampung idaman yg mensasarkan adam adli - sehingga mengakibatkan vandalism yg amat teruk terhadap kelengkapan dewan tersebut.
kat sini aku tepek ringkasan kejadian kes menurut Tuan Speaker (Dr Ahmad) dari SAMM wilayah, yg aku kutip dr blog Edyesdotcom.
isu pukul di KFC laju tindakan - jalan kebun bagaimana?
ini adalah tepekan dari Malaysiakini mengenai perkembangan kes pukul memukul di KFC yg menggemparkan negara baru2 ni -
"Polis akan mengambil tindakan ke atas media yang didapati menimbulkan isu perkauman dalam laporan mereka berhubung insiden pergaduhan yang didakwa berlaku di sebuah restoran di Shah Alam, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, polis juga akan mengambil tindakan ke atas penulis komen yang menimbulkan isu perkauman di Youtube, ekoran penerbitan rakaman insiden berkenaan di laman itu.
Menurutnya lagi, polis setakat ini hanya mengambil tindakan ke atas insiden pergaduhan di Kentucky Fried Chicken i-City itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Kita hanya ambil tindakan di atas pergaduhan itu. Lepas itu (rakaman) pergaduhan ini diletak dalam Youtube, komen yang timbulkan isu perkauman itu kita akan ambil tindakan lain.
"Kalau yang itu (isu perkauman) jadi kes lain. Kalau suratkhabar yang timbulkan perkauman (berhubung insiden itu), kita akan ambil tindakan ke atas suratkhabar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Polis juga tidak akan menggunakan rakaman di Youtube itu untuk siasatan kes pergaduhan tersebut, kata Ahmad Zahedi lagi.
Sebaliknya, polis hanya akan menggunakan rakaman video litar tertutup (CCTV) dari premis restoran itu, yang setakat ini masih belum diterima pasukannya, kata Ahmad Zahedi.
"(Rakaman) di Youtube tak boleh pakai sebab dah edit semua. Anda ingat itu rakaman betul?," katanya lagi.
Sekurang-kurangnya dua rakaman insiden berkenaan dikesan telah dimuatkan di Youtube dan mendapat perhatian meluas oleh pengguna Internet setakat ini.
Tambahnya, polis juga masih menunggu laporan perubatan daripada lelaki yang mendakwa dicederakan dalam insiden itu.
"Tinggal sekarang ini, kita buat kawad cam dan semak rakaman CCTV dari KFC, lepas itu kita akan tunggu laporan perubatan orang yang kata kena tumbuk itu, dia buat pemeriksaan perubatan.
"Kita nak tengok ada kesan (cedera) atau tidak," katanya lagi yang turut mengesahkan siasatan ke atas tiga orang kakitangan restoran tersebut.
Katanya, suspek – tiga lelaki berusia 20-an – itu juga tidak ditahan dan hanya diminta untuk hadir untuk pengecaman di ibu pejabat polis daerah itu.
"Kita buat kawad cam untuk (pengadu) kenalpasti siapa yang tumbuk dia, sama ada dia kenal atau tidak kenal. Macam mana nak tuduh kalau dia tak kenal siapa?," katanya lagi.
Tambahnya, polis juga telah mencatat kenyataan daripada sekurang-kurangnya sepuluh orang saksi dalam kes berkenaan."
dari satu segi, aku ucapkan tahni'ah kepada pihak polis kerana act swiftly mengenai kes ni sambil membuang elemen perkauman yg semestinya cuba ditimbulkan oleh pihak2 yg suka menangguk di air keruh. memandangkan media2 alternatif seperti harakah dan suara keadilan tak menyebut langsung ttg hal perkauman, so aku tau sangat la media mana yg dimaksudkan oleh polis dalam hal ni. rasa2 korg?
cuma aku tertanya2 - dalam pada polis begitu swift bertindak berkenaan kes KFC ni, mengapakah sampai skang aku masih tak dengar perkembangan kes jalan kebun?
sebagai recall, x lama dulu berlaku kes serangan oleh geng2 bermotor - dipercayai didalangi UMNO - ke atas satu program anjuran bersama HINDRAF dan ABU di dewan serbaguna Jalan Kebun, klang yg mengakibatkan sorg peserta mengalami kecederaan yg agak teruk sampai kena summon dalam wad, juga mengakibatkan gerai2 yg dibuka mengalami kerosakan dan kerugian akibat tindakan barbarik penyerang2 tersebut. laporan polis telah dibuat oleh banyak pihak termasuk HINDRAF, SAMM dan Activist901 tak lama selepas itu.
soalnya, ada kita dengar polis indulge dengan mendalam mengenai kes ni? kenapa kes ni dikesampingkan? apakah kerana serangan ini bermotifkan politik dan perkauman yg tidak menyebelahi UMNO BN lantas didiamkan mcm tu saja?
aku tak nak menuduh polis tak adil, cuma aku harap polis cakna dan telus menyiasat kesemua kes yg berlaku tak kira la berkenaan politik atau tidak, dan tak kira la melibatkan kaum apa dan pihak mana sekalipun.

Jas Salleh insaf tak nak sokong BN lagi?
pelik.
Jas Salleh dah tak nak sokong BN lagi?
dia dah fed up dengan najib dan rosmah?
too good to be true! apakah ini benar? apakah ini cuma perangkap? apakah account FBnya kena hack?
sama2 kita nantikan apakah kesudahannya drama terbaru ini.
p/s - kalau dia betul insaf, alhamdulillah.
UMNO memang cemas hadap PRU13!
mungkin kata2 keramat Ku Li seperti yg aku paparkan kat gambar di atas bisa menggetarkan lutut para pimpinan UMNO.
memang mandat kerajaan sekarang hanya akan berakhir pada 2013. najib tak de keperluan pun untuk adakan PRU dalam masa terdekat tapi seperti yg kita memang tahu ttg UMNO, depa mana boleh bekerja dengan "org2 puak lain". depa nak puak depa je. kabinet najib skang ni bercampur baur - ada org paklah, ada org najib, ada org mahathir dan pelbagai puak lagi. malah, kabinet yg selemah ini tidak memudahkan najib untuk mengaut kekayaan negara sebanyak2nya (tapi dengan kabinet selemah ni pun dia tetap buat duit rakyat mcm duit warisan tun razak) jadi ada keperluan peribadi baginya utk adakan PRU dalam masa terdekat.
tapi, bersediakah UMNO? atau lebih tepat, beranikah UMNO?
Friday, February 10, 2012
pengajaran dari isu Double Dignity - ADUN/MP take note!
setiap manusia yg bergelar YB atau ahli parlimen pasti akan dipantau segala pergerakannya. dengan sapa mereka deal, dari mana depa dapat dana dan sebagainya. atas sebab tu, para yang berhormat ni kena selalu berhati2 dalam melakukan apa jual deal dan sebagainya yg mampu menjadi senjata menikam diri sendiri - kalau tidak berhati2.
hipokrasi UMNO BN - lebihkan israel dari iran?
hari ni kita bercerita ttg hipokrasi. derivation mudah dari perkataan "hipokrit".
kenapa hari ni aku tiba2 nak sentuh ttg hipokrit ni? sebab kerajaan malaysia a.k.a UMNO BN ni banyak yg hipokrit. depan cakap lain, belakang buat lain.
Thursday, February 9, 2012
isu jalan sultan - satu lagi checkmate buat ah jib gor!
Tanpa diduga, isu pengambilan tanah sepanjang Jalan Sultan untuk memberi laluan kepada pembinaan projek MRT telah menarik keprihatinan orang ramai. Artis popular, seniman, karyawan dan budayawan yang sebelum ini dianggap "bersikap dingin terhadap politik", kini tampil untuk menyatakan bantahan terhadap pencerobohan tanah warisan yang bersejarah itu.
Hasan ali - pejuWang mudah lupa?
kenapa ye kalau org2 yg melajak ke UMNO semuanya mudah lupa belaka?
jom kita imbas kembali ucapan2 Hasan ali sewaktu persidangan dewan undangan negeri selangor satu ketika dulu...(klasik ni) -
jom kita imbas kembali ucapan2 Hasan ali sewaktu persidangan dewan undangan negeri selangor satu ketika dulu...(klasik ni) -
Wednesday, February 8, 2012
guna dana KWSP untuk pinjaman rumah kos rendah - ada ke patut?
penyalahgunaan, atau penggunaan yg tak kena tempat oleh kerajaan UMNO BN ke atas dana2 awam bukanlah perkara baru. antara yg selalu menjadi mangsa kerakusan atau kebodohan UMNO BN adalah dana KWSP, yg diwujudkan solely sebagai satu "simpanan wajib" para pekerja swasta negara ni melalui skim potongan gaji. ini bertujuan untuk membolehkan para pekerja ini - yg semestinya tidak mendapat faedah pencen seperti rakan2 mereka yg bergelar penjawat awam - menarik nafas lega bila mereka pencen kelak.
Kenyataan Rasmi SAMM - Regim harus tampil perjelas dagangan sawit dengan Israel
berikut adalah kenyataan rasmi Solidariti Anak Muda Malaysia mengenai pendedahan terbaru kewujudan hubungan dagangan sawit antara negara ini dan israel.
Tuesday, February 7, 2012
Hasan Ali dan saya - penjelasan Khalid Samad.
Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.
Monday, February 6, 2012
sampai bila shahrizat nak bersembunyi dibalik Wanita UMNO?
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil dipersoal atas kenyataannya yang didakwa seolah-olah cuba mengheret Wanita Umno dalam kontroversi projek lembu Pusat Fidlot Nasional.
Ketua Koordinator JINGGA 13 Fariz Musa berkata, kenyataan isteri pengerusi National Feedlot Corporation itu dilihat mengalih isu kononnya serangan berkaitan bertujuan menjatuhkan dirinya dan Wanita Umno.
benarkah UMNO BN cakna masalah rakyat?
kerajaan Barisan Nasional sememangnya terkenal dengan "gula2 politik" mereka.
kalau dulu, di kampung2 bila tiba musim pilihanraya, bersiap sedialah untuk para lelaki mendapat kain pelikat percuma, kaum hawanya dapat kain utk dibuat baju, anak2 kecil diberi duit "raya" (padahal bukan musim raya pun. musim pilihanRAYA je...) dan pelbagai lagi. belum cerita ttg aktiviti memperbaiki balairaya (yg sebenarnya tak de cacat cela pun), menurap jalan (yg entah berapa kali turap sampai tinggi membukit) dan pelbagai lagi.
semuanya bertujuan untuk "merasuah" rakyat secara terhormat agar terus mengundi BN, atas alasan "mereka menjaga kebajikan rakyat".
memalukan! ada MIC pun boleh salah eja kaa?
Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memohon maaf kepada kaum India, atas kesalahan terjemahan dan ejaan bahasa Tamil pada kain rentang "Selamat Menyambut Thaipusam" yang digantung di beberapa lokasi di Putrajaya.
Sunday, February 5, 2012
kadar tol johor-singapura adalah yg "termurah"! tahniah rakyat Johor!
Tahniah buat penyokong UMNO/BN Johor!!
Kepada penyokong dan juga pengundi-pengundi UMNO/BN di negeri Johor yang berulang alik ke Singapore, ini adalah satu hadiah dari kerajaan Barisan Nasional buat anda semua.. bergembiralah!!
belajarlah dari sejarah, wahai Pakatan Rakyat...
kadang2, aku ada sedikit terasa yg pemimpin2 Pakatan Rakyat tak belajar dari sejarah.
baru2 ni, Mat Sabu mengumumkan kemungkinan akan memberi ruang kepada Zaid Ibrahim untuk bertanding di PRU13 nanti menggunakan tiket PAS. ini adalah rentetan perkembangan terkini yg menyaksikan zaid dan partinya, KITA buat u-turn kembali menyokong PR.
bagi aku, this is all crap. nothing else.