Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, February 10, 2012
hipokrasi UMNO BN - lebihkan israel dari iran?
hari ni kita bercerita ttg hipokrasi. derivation mudah dari perkataan "hipokrit".
kenapa hari ni aku tiba2 nak sentuh ttg hipokrit ni? sebab kerajaan malaysia a.k.a UMNO BN ni banyak yg hipokrit. depan cakap lain, belakang buat lain.
contoh hipokrasi yg mudah - satu dunia Islam konon memuja muji malaysia dan pemimpin2nya terutama tun M atas perjuangan "menidakkan israel" dan "memperkasakan palestin". hingga kini "perjuangan" tu masih menjadi "talian hayat" UMNO BN dalam usaha mengelabui mata rakyat kononnya merekalah pejuang Islam sejati. malah, ketika anwar "tersilap cakap" atau "ditwistkan kenyataan" ketika temubual dengan WSJ mengenai israel, sakan puak2 UMNO menembak anwar kiri dan kanan dengan melabelkan pelbagai gelaran - yg pastinya semua bertunjangkan kepada "anwar agen israel".
apa hakikatnya?
Allah tu Maha Kaya. x lama selepas "spin besar2an" tu, terbongkarlah kisah betapa malaysia melakukan hubungan dagang minyak kelapa sawit dengan israel. dah la bekalan minyak kat dalam negara abis kena catu - rupanya dok supply kat negara haram! kalau itu tidak memadai, dalam masa yg sama juga malaysia menghentikan eksport minyak sawit ke iran, melibatkan 30,000 tan minyak sawit yang merupakan sebahagian dari keperluan Iran bagi setiap bulan. Kenapa perlu Malaysia menghentikan penghantaran tersebut sedangkan Iran adalah sebuah Negara Islam yang seperti juga Malaysia?
kalau kita kaji laporan reuters mengenai perihal ni, dikatakan malaysia menghentikan eksport sawitnya kepada iran sebagai langkah menyokong gesaan agar iran menghentikan program nuklear mereka - yg selama ni seperti yg kita tahu dituduh sebagai wadah memnbuat senjata sedangkan iran berulang kali menyatakan yg program tu adalah utk pembekalan tenaga di iran.
sapa yg dok sakan tabur adu domba mengenai program nuklear iran? sapa yg dok sakan gesa program nuklear iran dihentikan? malah sapa yg gesa agar iran diboikot lantaran enggan tunduk kepada tekanan antarabangsa (konon)?
yaaa...tak lain tak bukan, ISRAEL. Malaysia meyokong sekatan nuklear oleh zionis dan proksi besarnya iaitu USA terhadap iran. Sedangkan kalau betul la nuklear tu memang dibuat senjata, iran semestinya akan mengunakan senjata nuklear tu untuk memusnahkan rejim zionis! bila malaysia sokong tindakan USA dan israel, maknanya...ishhh...
perihal eksport minyak sawit ke israel disahkan sendiri oleh Israel Funding Corp. yang mengatakan mereka adalah pihak yang diberikan mandate dan telah dilantik sebagai wakil sah untuk kebanyakkan penjual dan juga pembeli kepada Minyak Kelapa Sawit Mentah berkuatkuasa dari 1 Januari 2005 hingga ke 1 Januari 2030.
silap2, malaysia lebih pentingkan eksport kepada israel banding bekalan domestik. almaklumlah - kalau eskport, dapat banyak. kalau edar dalam negara, kena bagi harga murah - rugi beb. jadi kalau isu bekalan minyak sawit berkurangan di malaysia sampai kena catu berpanjangan, kita tahulah sebab apa.
sampai bila kita mahu diperbodohkan oleh sikap hipokrasi UMNO BN?
No comments:
Post a Comment