Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, February 13, 2012
valentine's day - manakah suara pejuang akidah?
tak sangka pulak yg valentine's day tahun ni tetiba mencetuskan polemik. polemiknya ditimbulkan oleh utusan meloya dek kerana satu perkara - PAS melarang sambutan valentine's day di kalangan muslim (MUSLIM TAU) dan karpal singh, macam biasa dengan ego tersendiri - mempertikaikan pendekatan PAS tersebut - citing human rights as the reason.
tapi ini bukan pasal hak asasi manusia. ini bukan juga satu cara utk mendapatkan political mileage. cuba fikir logik - secara fitrah (yg dipandu hawa nafsu) remaja dan belia ni suka bercinta dan berdua2an dengan kekasih masing2 dan valentine's day ni mcm "hari kemuncak pelepasan rasa cinta dan rindu" depa. jadi apakah PAS dikatakan akan mendapatkan political mileage dengan mengharamkan satu benda yg disukai dan digilai oleh remaja dan belia?
bukan - ini bukan untuk kelangsungan politik. ini adalah tuntutan. ini adalah hukum. ini adalah kewajiban bagi SETIAP MUSLIM. tapi aku tak nak indulge pasal hukum hakam mengenai valentine's day. majlis fatwa kebangsaan pun mengeluarkan fatwa pengharaman valentine's day. soalnya, berapa kerat sangat yg ikut? atau lebih tepat lagi, berapa kerat sangat yg tahu fatwa tersebut?
ini bukanlah kali pertama PAS bising mengenai valentine's day. boleh kata setiap tahun! tapi apakah respon pihak2 berwajib? para pejuang rights ni kata "apakah hari untuk meraikan kasih sayang itu haram? bukan setakat utk kekasih tetapi untuk mak, bapak, kawan, sedara mara malah binatang peliharaan!" soalan aku pulak - PERLU KE ADA SATU HARI KHAS UNTUK MERAIKAN KASIH SAYANG? apakah kita nak nyatakan sayang kita tu hanya setahun sekali? dah la mintak maaf pun setahun sekali masa raya! dan berapa ramaikah anak luar nikah yg dah terhasil daripada "meraikan kasih sayang" ni?
isu perselisihan pendapat ni - sekali lagi - dimainkan oleh lidah rasmi UMNO. depalah syaitan2 yg menjadikan sesuatu hal agama itu sebagai batu loncatan politik depa. MEREKA MENJADIKAN ISU INI UNTUK MELAGA2KAN PAS DAN KARPAL tetapi apakah mereka terlupa atau buat2 lupa bahawa MEMBERI PENERANGAN YG JELAS MENGENAI PANDANGAN ISLAM TERHADAP HARI KEKASIH INI ADALAH TANGGUNGJAWAB MEREKA JUGA? berapa kerat yg tahu fatwa majlis kebangsaan? sebab apa sikit je yg tahu? SEBAB MEDIA2 SYAITAN INI TIDAK MEMBERITAHU. mereka lebih suka menangguk di air keruh.
di sini kita dapat lihat, manakah suara UMNO yg kononnya gah memperjuangkan Islam dan menuduh PAS adalah parti ajaran sesat? mana ulama2 depa? mana PEJUWANG AKIDAH yg duk sibuk buat road show satu malaysia tu? apakah si pejuang tua kutuk tu ikhlas untuk berbicara ttg soal akidah atau cuma mahu memberitahu umum yg dia ni gila talak?
berkenaan perselisihan faham ni, aku tak nak ulas panjang pasal karpal singh. semua tau dia mcm mana. bila diberi penerangan jelas, diam la nanti tu. but aku nak sentuh pasal satu perkara yg aku rasa JAUH LEBIH TERUK BANDING PERTIKAIAN KARPAL SINGH.
akhbar milik MCA, The Star hari ini pada mukasurat 26 menyiarkan satu komentar di bawah kolum "One Man's Meat" kelolaan Philip Golingai. artikel itu berkisarkan ttg perbualan (atau interview, seperti yg dia dakwa) antara dirinya dengan Ketua Pemuda PAS Pusat, ustaz nasrudin hassan.
aku tanak siarkan secara detail artikel tu - cukup sekadar ambil intipati. kesimpulan daripada artikel ini ialah aku dapati philip golingai ini adalah bodoh, ignorant, bersikap ultra prejudis dan tidak berusaha langsung untuk memahami apakah itu agama Islam dan hak2nya.
kenapa aku kata mcm tu?
1 - dia mengaitkan hal larangan valentine's day ni adalah satu bentuk political gain oleh PAS, padahal dah diperjelaskan oleh ustaz din bahawa ini adalah tuntutan Islam.
2 - dia menyatakan secara prejudis bahawa PAS bersikap kolot dalam hal larangan valentine's day, dengan menyatakan secara sinis bahawa "lepas ni PAS akan haramkan sambutan kemerdekaan".
dan pelbagai lagi gaya penulisannya yg sememangnya menggambarkan yg dia tidak mahu langsung memahami dan menghormati pendirian Islam - bukan PAS - dalam hal valentine's day ni. sampai satu tahap, bila ustaz din menerangkan ttg "apabila sepasang lelaki dan wanita yg bukan mahram berdua2an, akan ada pihak ketiga", lantas dia berfikir, "wahh..threesome dengan mahram!"
ini adalah satu artikel yg biadab, prejudis dan tidak bertanggungjawab serta memperlekehkan Islam. dan apabila artikel ini bukanlah artikel blog picisan mcm blog aku ni misalnya tetapi datangnya dari sebuah akhbar nasional yg diedarkan ke seluruh rakyat malaysia setiap hari, ini adalah melampau.
sekarang aku nak tanya - apakah tindakan yg akan UMNO lakukan terhadap "sahabat" mereka ini?
apakah tindakan para pejuang akidah? bersama2 dengan PAS atas dasar ikhwan muslim untuk menegakkan syarak atau terus membebel tak kena tempat mcm mabuk arak?
kat sini, kita akan dapat lihat siapakah munafik sebenarnya.
No comments:
Post a Comment