Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, February 23, 2012
Syria - memahami rasionaliti ijtihad Al-Buti
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
satu dunia tau yg sekarang ini, syria tengah bergolak. rakyat syria memberontak menentang rejim Bashar al-Assad dan dibalas pula oleh rejim tersebut dengan pembunuhan beramai2 rakyat syria yg bangkit menentang depa.
peristiwa ini menyentuh hati setiap org Islam dan mendapat perhatian khusus terutamanya dari para ulama'. pelbagai fatwa, pendapat, gesaan dan tak kurahg jugak "ijtihad kedai kopi" dari pemerhati2 politik tanahair, terutamanya yg mengikuti politik timur tengah seperti ustaz Imran al-Malizi.
dan mengulas mengenai politik timur tengah, tiada siapa yg lebih mahir mengenai sepak terajang politik timur tengah dari Tuan Guru Haji Hadi Awang.
satu perkara yg menarik ialah sorg ulama tersohor syria dan dunia, Dr Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti telah mengeluarkan fatwa bahawa rakyat syria TIDAK BOLEH MENJATUHKAN AL-ASSAD SECARA REVOLUSI kerana beliau mengatakan TIDAK BOLEH MENJATUHKAN PEMIMPIN SECARA REVOLUSI SELAGI PEMIMPIN ITU MUSLIM dan TIDAK KAFIR SECARA NYATA. fatwa ini mengundang begitu banyak polemik di mana rata2 pihak mengecam keras dr al-Buti. pelbagai tuduhan liar diberikan kepada beliau seperti beliau kononnya ulama' suuk, ulama kerajaan dan lain2 lagi.
soalnya, benarkah begitu? apakah sebab sebenar pandangan dr al-Buti menjadi sebegitu rupa?
jom kita kaji situasi di syria dulu. Syria mempunyai kedudukkan yang agak berbeza dengan negara arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya. Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan. Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya. Diambil kira juga parti Baath yang menganut ideologi sosialis yang keras sehingga hampir sama dengan negara komunis dan juga berfahaman nasionalis fanatik yang keras terhadap Israel. Menunjukkan bahawa masing-masing lebih menjadikan rakan strategik bagi menghadapi musuh yang sama iaitu Israel.
Dalam masa yang sama, negara kuasa besar khususnya Amerika yang menjadi rakan strategik Israel akan melindungi negara haram tersebut daripada sebarang gerakan yang dianggap ancaman kepada keselamatan Israel khususnya dalam berdepan dengan Islam. Kumpulan Hamas, Jihad dan Hizbullah adalah ancaman paling bahaya terhadap Israel dengan bantuan Iran secara terbuka juga diumumkan oleh pemimpin utamanya Imam Ali Khamanaei dalam khutbah jumaatnya yang terakhir, diikuti oleh lawatan rasmi ke Iran oleh Ismail Haniyyah, Perdana Menteri Palestin yang tidak diiktiraf oleh Barat dan sekutunya walaupun dipilih secara pilihanraya yang dipantau oleh pertubuhan antarabangsa. Maka kesemuanya adalah ancaman besar terhadap negara Zionis itu.
jadi untuk dimudahkan cerita, sememangnya konflik di syria ini didalangi secara senyap oleh USA dan Israel. tujuannya? tak lain tak bukan untuk menjatuhkan al-Assad dan rejimnya. ya, rejim tu amat jahat dan zalim TETAPI rejim itulah yg selama ini memberikan perlindungan kepada para pejuang Islam tak kira apa jua fahaman mahzab mereka. jika al-Assad jatuh, maka mudahlah konco2 Israel untuk membentuk kerajaan boneka depa di sana. situasi yg sama pernah berlaku di iraq dan afghanistan - cuma iraq dan afghan tidak melindungi pejuang2 Islam sebenar. syria melindungi depa.
suka utk aku tekankan di sini, walaupun dr al-Buti mengeluarkan fatwa sedemikian, dia juga dalam masa yg sama mengeluarkan fatwa "ADALAH HARAM UNTUK TENTERA DAN REJIM SYRIA MENUMPAHKAN DARAH RAKYAT SYRIA YG TIDAK BERDOSA". dalam ertikata lain, al-Assad ditegur keras agar berhenti menzalimi rakyat syria.
Tuan Guru Haji Hadi juga baru2 ini berjumpa dengan Mahmoud Ahmadinejad yg merupakan sekutu kuat al-Assad dan meminta ahmadinejad untuk menasihatkan al-Assad agar berhenti menzalimi rakyatnya dan dalam masa yg sama mengambil tindakan terhadap para tentera syria yg menyembah gambar al-Assad dan sebagainya.
ternyata dalam isu syria ni, kita sebenarnya tersepit - dari satu segi, kita mengutuk sekeras2nya tindakan ala binatang yg dilakukan oleh rejim zalim al-Assad, tapi dalam masa yg sama rejim zalim itulah yg memberi perlindungan kepada Hamas dan lain2.
secara asasnya, PAS mengambil pendirian seperti berikut:
"PAS bersama dengan parti Islam di seluruh dunia mengutuk segala kekejaman yang berlaku di Syria terhadap rakyatnya. PAS dan gerakan Islam bersetuju supaya kerajaan Syria menghentikan kekejaman terhadap rakyat. Kami juga bersetuju supaya Syria didesak dan dipaksa membuat perubahan kepada demokrasi yang sebenar. Namun kami tidak bersetuju jika perubahan yang berlaku kerana hendak menyelamatkan negara haram Israel dan masuk ke dalam agenda Israel dan sekutunya. Tujuannya bukan menyelamatkan Syria tetapi lebih daripada itu untuk menekan, melemah dan menghapuskan Hamas, Jihad Islami (daripada Sunni) dan Hizbullah serta Iran (daripada Syiah)".
jadi timbul persoalan - apakah ini juga akan digunakan oleh ulama2 UMNO untuk menghalang rakyat dr menjatuhkan kerajaan BN? at least, inilah "fatwa" yg dikeluarkan oleh ustaz idris sulaiman.
situasi di malaysia lain - rakyat tidak bangun memberontak. negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yg memberi ruang kepada rakyat setiap 5 tahun sekali utk memilih kerajaan menerusi pilihanraya umum. jadi tidak timbul soal "menjatuhkan kerajaan" sebab rakyat mengundi untuk MEMILIH PIHAK @ PARTI UNTUK MENERAJU KERAJAAN - dan memandangkan Islam dan melayu dominan di malaysia, maka memana pihak yg akan menang pastinya akan dipimpin oleh muslim. jadi tak timbul kes "jatuhkan kerajaan Islam".
baik yg dipilih tu UMNO, atau PAS, kerajaan malaysia tetap wujud - cuma parti pentadbirnya sahaja berbeza.
dan biasanya demonstrasi di malaysia bersifat aman - yg dihuru harakan oleh FRU. demonstrasi di malaysia bukan bertujuan utk menggulingkan kerajaan tetapi lebih bersifat membantah isu2 yg berbangkit, seperti penipuan undi, akta2 drakonian dan sebagainya. dan para demonstran juga tidak membawa senjata. ini telah diterangkan dengan panjang lebar oleh Dr Asri Zainal Abidin sewaktu BERSIH dulu.
dan jika puak2 UMNO kononnya mengatakan bahawa menjatuhkan UMNO bererti menaikkan konco2 israel, mereka seharusnya tidak lupa bahawa UMNO juga mengiktiraf israel selama ni dan ada hubungan dagang lagi dengan depa. jadi tak timbul soal "konco israel akan naik kuasa" sebab yg ada ni pun konco2 israel belaka. malah, mereka juga secara tak langsung terlibat dengan freemason! lagi haru.
so, adalah satu kebodohan yg nyata kalau nak bandingkan keadaan di syria dan malaysia, malah satu kecuaian yg dahsyat jika ada pihak yg ingin menggunakan fatwa dr Al-Buti untuk "mengharamkan kejatuhan BN oleh rakyat".
salam good review but may i know... dari mana dapat pendirian Pas tu?wassalam
ReplyDelete