Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Thursday, February 16, 2012
tazkirah jumaat - takutlah kepada Allah!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
selalunya, bagaimana keadaan kita kalau kita menghadap guru besar masa zaman sekolah dulu? atau menghadap bos paling besar dalam syarikat kita? atau mungkin menghadap FRU? ketua polis negara misalnya? sudah pasti kita akan terasa cuak. kebas kaki tangan. pucat lesi muka. betul? terutamanya kalau kita tau kita ada buat salah.
begitu hebat penangan manusia yg berkuasa ni - raja ke ketua ke perdana menteri ke bos SPRM ke - hinggakan kita rasa diri kita begitu kecik bila berhadapan dengan depa.
tapi bagaimana keadaan kita ketika menghadap Allah swt, yg merupakan RAJA SEGALA RAJA?
kita ni sering berdosa - just admit that - tapi bagaimana perasaan kita ketika menghadap Allah? berdosa means buat salah di sisi Allah. tapi apakah kita secuak berjumpa guru besar? muka kita pucat atau tak? berpeluh atau tak? menggeletar atau tak? banding dengan kesalahan kita terhadap bos misalnya, tak terkira tau kesalahan kita di sisi Allah sama ada kita sedar atau tak.
yet, kita boleh buat rileks je bila berhadapan dengan Allah. kita boleh lengah2kan solat. bila solat pun, kita main pakai langgar semua rukun. tokmaninah tak jaga. khusyuk ntah kemana. baca surah pun yg pendek2 je dan bila sujud, tidak langsung rasa memperhambakan diri kepada Allah. apakah kerana kita tak nampak Allah, maka kita tak perlu rasa takut? tak terasa kebesaran Allah?
syeikh abdullah bin zainal abidin bin hassan bin ali bin abi talib ketika hendak bersolat, wajahnya akan berubah menjadi pucat lesi, tangannye manggeletar, berpeluh2 seolah ketakutan yg amat sangat. para sahabat beliau bertanya, "mengapakah keadaan kamu demikian?" syeikh abdullah menjawab, "apakah kamu tidak tahu siapakah yg bakal aku menghadap ini? Dialah Raja segala raja. apakah tidak patut aku merasa takut akan kemurkaanNya lantaran diri aku yg penuh dengan dosa ini?"
subhanallah. lihatlah akhlak para pewaris Nabi. begitu membesarkan keAgungan Allah swt. ana bertanya pada diri sendiri, apakah hati ini sehebat itu? atau apakah terdapat dalam hati ni sekelumit rasa takut dan rendah diri ketika berhadapan dengan Allah swt?
wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment