Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Monday, February 13, 2012
kalau UMNO dibakulsampahkan, ahmad maslanlah puncanya!
begitu angkuh sekali ketua penerangan UMNO yg juga Timbalan Menteri JPM yg bercita2 tinggi, ahmad maslan "membuang" Buku Jingga yakni manifesto Pakatan Rakyat ke dalam tong sampah ketika perjumpaan pimpinan Felda di kuala lumpur baru2 ni. tindakan itu kononnya sebagai tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.
apa yg dia tak puas hati sangat terhadap dasar pakatan rakyat mengenai felda? bersalahan dari segi undang2 ke? atau dia tau dasar PR terhadap felda tu akan menguburkan cita2nya menjadi "orang kaya baru" apabila Felda Global Ventures disenaraikan di Bursa Malaysia nanti, walaupun penyenaraian itu berpotensi besar menyebabkan ribuan peneroka felda akan hilang hak masing2?
sepatutnya sebagai seorg professional, ahmad maslan harus menyanggah hujah PR mengenai felda dengan fakta dan isi dari pihak kerajaan UMNO BN dan bukannya buat provokasi bodoh seperti ini. tindakan ini sendiri membuktikan dengan jelas bahawa ahmad maslan secara khusus dan pimpinan UMNO adalah pihak yg langsung tidak matang dalam berpolitik, apatah lagi menguruskan negara.
insya Allah, dalam posting akan datang aku akan kongsi sikit mengenai isu Felda yg menjadi perjuangan rakyat dan ketakutan ahmad maslan tu.
teringat aku x lama dulu betapa sorg menteri besar yg mengaku hebat memberikan hadiah "penyapu" kepada pengarah jabatan kerajaan negeri yg dianggapnya "tidak efisien" dan "berserabut". tulah daripada pemberian itu, khir toyo dan UMNO BN "disapu" keluar dari tampuk kuasa negeri selangor - malah puaka penyapu tu merebak kat 4 negeri lain dan kuala lumpur.
kali ni, ahmad maslan stepped up the plate a little. so kalau UMNO BN dibakulsampahkan masa PRU13 nanti (INSYA ALLAHUMMA AMIN), ahmad maslanlah punca pembawak suweynya.
No comments:
Post a Comment