Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Wednesday, February 29, 2012
hudud - mahathir dan SIS sama jahilnya. mana hasan ali?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
berikut adalah kenyataan rasmi pertubuhan paling keliru, Sisters In Islam (SIS) mengenai hudud tak lama dulu -
Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) kekal dengan pendiriannya menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia atas alasan ia tidak akan membawa keadilan kepada kaum wanita.
Pengarah Eksekutif SIS Ratna Osman berkata, pihaknya kekal dengan pendirian yang diputuskan sejak 1993 itu - pada tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS meluluskan enakmen bagi menguatkuasakan perundangan itu.
Terengganu membawa enakmen yang sama 10 tahun kemudian.
Bagaimanapun pelaksanaan terbantut ekoran sekatan pusat atas alasan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.
Kata beliau, SIS menentang perundangan itu kerana ia akan menafikan hak kaum wanita selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar jaminan berperlembagaan yang diperuntukkan.
“SIS percaya bahawa masyarakat perlu dikawal selia selari dengan prinsip kesaksamaan, keadilan dan maruah, dan bukannya menerusi penghakisannya dengan hukuman-hukuman kejam dan keras,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Jelas beliau, hukum hudud mendiskriminasikan kaum wanita kerana beban pembuktikan, misalnya dalam kes rogol, terletak pada bahu mangsa.
“Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu (Hudud dan Qishas) 2002 mengatakan bahawa di bawah Seksyen 9, seorang wanita yang membuat laporan dia telah dirogol boleh dituduh qazaf dan dikenakan sebatan sebanyak 80 kali jika dia gagal menyediakan bukti. “Meskipun pindaan telah dibuat untuk membenarkan bukti situasi, masih wujud kekeliruan,” katanya sambil menambah, “sebagai contoh, pihak mana yang perlu menyediakan bukti iaitu polis atau mangsa?”
“Pindaan tidak mencukupi dan keseluruhan undang-undang ini kekal sesuatu yang tidak adil,” kata beliau.
Beliau menambah, di bawah enakmen Kelantan pula, seorang wanita yang mengandung atau melahirkan anak disebabkan kejadian rogol, dianggap telah melakukan zina meskipun dia merupakan mangsa dirogol.
“Ketidakupayaan menyediakan empat saksi lelaki akan berakhir dengan (andaian) telah melakukan zina sedangkan perogol pula bebas,” kata Ratna.
Sambil menegaskan seorang wanita tidak boleh menjadi saksi, kata beliau, mereka dari kepercayaan yang lain pun tidak boleh menjadi saksi.
“Sebenarnya tiga per empat penduduk Malaysia tidak layak menjadi saksi,” katanya lagi.
Justeru kata beliau, enakmen-enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu melanggar prinsip hak asasi manusia dan keadilan dan kesaksamaan dalam Islam.
“Ia memperuntukkan hukuman yang dilihat kejam, tidak perikemanusiaan dan mengaibkan,” katanya lagi.
Oleh itu kata beliau, SIS mahu menekankan pendiriannya bahawa undang-undang hudud tidak berperlembagaan dan tidak boleh dilaksanakan di negara ini.
“Ia melanggar prinsip-prinsip universal hak asasi manusia dan diskriminasi ke atas kaum wanita,” katanya lagi.
Sumber: The Malaysian Insider/Sautun-Nahdhan Selasa 28/oktober/2011
aku tepek kembali kenyataan SIS diatas kerana kenyataan Tun Mahathir tentang Hudud di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme(K2P)di University Malaysia Sarawak(UNIMAS)pada 26February-2012 adalah hampir sama nadanya.
kat sini kita dapat lihat betapa SIS dan mahathir senada - masing2 menafsir dan menakwilkan hukum hakam Allah itu mengikut logik akal dan semata2 berdasarkan pandangan duniawi a.k.a sekular. sedangkan hukum hakam Allah itulah yg terbaik yg wajib diketengahkan utk dijadikan perundangan yg mutlak dalam negara!
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Wahai Muhammad) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (an-Nisa', 65)
Kenyataan SIS - bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar jaminan berperlembagaan yang diperuntukkan.
Kenyataan Mahathir - Hukum Hudud hanya ciptaan Ulama feqah sahaja dan tidak ada nas dalam AlQuran (dan banyak lagi sebenarnya yg sama karutnya. sila lihat post aku sebelum ni dan video yg disertakan)
Nampak dengan jelas, pelbagai pihak termasuk Ulama upahan UMNO/BN dan SIS akui bahawa hukum Hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Perlembagaan Persekutuan yang merupakan hadiah kemerdekaan daripada penjajah British dianggap sempurna bagi mereka. hukum manusia lebih perfect banding hukum Allah...aduhhh..
“ Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (al-Maidah, 50)
Kenyataan SIS - hukum hudud mendiskriminasikan kaum wanita kerana beban pembuktikan, misalnya dalam kes rogol, terletak pada bahu mangsa.
Keyataan Mahathir - Apabila seorang wanita yang dirogol, dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya. Tetapi ia tidak dapat mengadakan 4 orang saksi yang bebas daripada dosa yang besar untuk memberitahu kepada makhamah bahawa dia dirogol oleh si polan si polan. Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi, apabila dia membuat tuduhan. Maka tuduhannya ini dianggap sebagai ciptaannya sendiri dan untuk ini dia akan dikena dengan dihukum sebat seratu.. err .. se..se.. 80 kali.
Lelaki dan perempuan berkedudukan setara dalam hukuman. Perbezaan hanya jumlah saksi yang diperlukan. Umumnya, dua orang saksi perempuan setara dengan seorang saksi lelaki. Ini tidak bererti bahawa perempuan rendah separuh status berbanding lelaki! Aturan ini bukan ditetapkan oleh lelaki, tapi oleh Yang Maha Pencipta dan Maha Adil terhadap wanita iaitu Allah s.w.t. Masing-masing wajib taat kepada aturan ini sebagai bukti ketaatan kepadaNya. Jika pihak penuduh zina tidak dapat mengajukan empat saksi yang adil, maka dia sendiri yang dihukum qadzaf dengan 80 kali sebatan. Selain itu, kes zina boleh juga dibuktikan dengan pengakuan oleh si pelaku atau kehamilan pada wanita yang disertai pengakuannya. Jika si wanita bersumpah dia dirogol, maka keberadaan empat orang saksi itu tidak memberi impak apa pun. Malah wanita itu tidak akan dijatuhkan hukuman zina kerana hudud tidak dijatuhkan ke atas orang yang dipaksa.
apakah makna adil ? Ightisab termasuk dalam hudud kerana ia adalah sebahagian perlakuan zina, ia juga adalah termasuk dalam takzir. Namun apabila lengkap pembuktiannya, maka hukumannya terhadap perogol adalah bergantung kepada keadaan mangsa. Perogol mungkin ditakzir dengan gabungan had zina dan hirabah. Disusuli dengan qisas jika nyata ada kecederaan yang berpunca dari perlakuaan perogol dan bergantung pada keadaan mangsa. Tertuduh boleh dijatuhkan hukuman takzir jika bukti-bukti yang ada tidak dapat mensabitkan hukuman hudud. Takzir adalah terserah kepada hakim seperti yang ditetapkan dalam undang-undang yang berpandukan kepada methodologi syara' bukan timbangan akal semata. Mengandung suatu qarinah, pembuktian cara ini tidak diterima jumhur ulama. Maka di sini tiada rejam dan tiada ketidakadilan. Penjenayah tetap kena, tak terlepas ! Tak adil lagikah ini ?
Kenyataan SIS - hukuman yang dilihat kejam, tidak perikemanusiaan dan mengaibkan
Kenyataan Mahathir - “Dalam quran ada hukum-hukum tidaklah begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Feqah. (dalam ertikata lain, mahathir kata hukum seperti potong tangan whatsoever tu cuma rekaan manusiawi semata2.)
aku cukup malas nak tepek balik dalil2 mengenai hukuman2 yg Allah tetapkan atas kesalahan2 hudud tertentu kat sini. malah bila puak2 ni kata hukum hudud yakni hukum Islam ni ganas, mengaibkan whatsoever, secara tak langsung depa telah memperlekehkan si Pencipta hukum iaitu Allah!
"Dan tidak sepatutnyalah bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah boleh mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzab, 36)
“Dan barangsiapa yang memaksiati Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuanNya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya, dan baginya seksa yang menghinakan” (an-Nisa', 14)
kesimpulan aku kat sini satu je la - depa semua ni dah tersasar jauh. maybe aku tak la sampai berkata yg depa ni patut diperangi, tetapi depa ini adalah puak2 yg cukup merbahaya kerana bisa memesongkan akidah umat Islam secara keseluruhannya.
mana pejuWang akidah?
Do you need Personal Loan?
ReplyDeleteBusiness Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com
LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
================================
*Commercial Loans(RM500,000 - RM10,000,000)
*Personal Loans.(RM10,000 - RM100,000)
*Business Loans.(RM500,000 - RM10,000,000)
*Investments Loans.(RM500,000 - RM10,000,000)
*Development Loans.(RM1,000,000 Above)
*Acquisition Loans .(RM10,000,000 above)
*Construction loans.
*Business Loans And many More:
LOAN APPLICATION FORM:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com
Do you need Personal Loan?
ReplyDeleteBusiness Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com
LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
================================
*Commercial Loans(RM500,000 - RM10,000,000)
*Personal Loans.(RM10,000 - RM100,000)
*Business Loans.(RM500,000 - RM10,000,000)
*Investments Loans.(RM500,000 - RM10,000,000)
*Development Loans.(RM1,000,000 Above)
*Acquisition Loans .(RM10,000,000 above)
*Construction loans.
*Business Loans And many More:
LOAN APPLICATION FORM:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com