Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Friday, February 10, 2012
pengajaran dari isu Double Dignity - ADUN/MP take note!
setiap manusia yg bergelar YB atau ahli parlimen pasti akan dipantau segala pergerakannya. dengan sapa mereka deal, dari mana depa dapat dana dan sebagainya. atas sebab tu, para yang berhormat ni kena selalu berhati2 dalam melakukan apa jual deal dan sebagainya yg mampu menjadi senjata menikam diri sendiri - kalau tidak berhati2.
kejadian lama (yg cuba dihidupkan balik oleh RPK) mengenai Double Dignity (M) sdn bhd yg mengaitkan penglibatan dua ADUN negeri selangor, iaitu yb shuhaimi dan yb amiruddin dengan skandal pasir adalah satu contoh klasik. kadang2, mereka ini kena sedar bahawa selalunya jika kita ditawarkan satu2 jawatan yg besar dengan mudah - it is too good to be true - pastinya akan ada udang di sebalik meehoon. sudahnya? jika ada sesuatu berlaku, pastinya nama baik mereka yg terlibat - yg tergoda dengan tawaran too good to be true tu - akan tercemar dan lebih memburukkan keadaan, institusi yg diwakilinya akan tercemar juga.
berkenaan isu DD ni, aku nak selitkan analisis dari blog Ameno World yg aku kira amat bertepatan -
1. Ya, kedua2 adun neh ialah ahli lembaga pengarah DD.
2. Ya, kedua2 adun neh menerima elaun bulanan.
3. Ya, adun sri muda diberikan wang yang disebutnya sebagai pinjaman.
4. Ya, surat sokongan itu benar. Dokumen dan bukti rakaman juga benar. Ini pengakuan dari adun sri muda sambil menyifatkan ia telah diperlihatkan [ditafsirkan] secara salah.
5. Tidak. Skandal pasir tidak wujud. KSSB tidak pernah salurkan projek kepada DD. Walaupun surat sokongan itu wujud, tetapi skandal pasir langsung tak wujud. Walaupun pembayaran elaun wujud tetapi kerajaan negeri tak beri langsung apa2 projek kepada adnan. Jadi sini apa yang berlaku ialah hubungan satu hala. Sorang memberi, memberi dan memberi tapi satu hapa pun tak dapat. Agaknya dia frust lah tue. Dalam erti kata lain potensi melakukan rasuah itu ada tetapi ia belum disahkan sebagai rasuah.
Sesuatu itu hanya boleh dinamakan skandal dan rasuah jika wujud hubungan antara memberi dan menerima. Nampaknya dalam kes neh yang wujud ialah memberi dan menolak. Selepas menerima wang, mereka menolak permohonan DD. Itulah yang dipercayai berlaku. Ini bukan fakta kes. Ini ialah persepsi. Analisis akhir terpulang pada pandangan masing2.
itu kata Ameno World dan aku tidak mampu untuk tidak bersetuju. pendedahan RPK mengenai DD tu betul. pendedahan RPK mengenai jawatan board tu betul. pasal surat sokongan tu juga betul. cuma tang skandal pasir je yg tak berapa betul. dari segi ni, yg aku nampak ialah RPK menembak spekulasi berdasarkan persepsi sebelah pihak - yg memberi - tetapi gagal menganalisis tindakan sebelah pihak lagi - yg menolak. di situ terdapat clash dan SPRM sendiri tidak melanjutkan siasatan mengenai perkara ini. nampak sangat la tak de kes.
tapi stail UMNO ni, asalkan ada "persepsi sebelah pihak" pun dah memadai. itulah yg akan dicanang kepada masyarakat. masyarakat - kecuali yg cakna undang2 - hanya akan tgk title "ohhh...PKR pun terlibat skandal pasir sebab company dia melobi projek" tapi yg gagal dikongsikan adalah betapa usaha melobi DD untuk projek mencuci pasir dan muka sauk itu tidak diterima oleh kerajaan negeri selangor.
tapi puak UMNO ni peduli apa, betul x?
belajarlah dari isu2 sekeliling. umpamanya, isu NFC yg memalit najis lembu ke muka shahrizat. satu pembohongan yg nyata bila dia kata dia "tak tahu menahu" sedangkan NFC tu syarikat keluarga dia secara 100%! nampak sangat nipunye.
jadi nasihat aku selepas ini kepada yb2 in waiting, keep ur feet on ur toes. jangan main pakai sapu je segala peluang yg ada kerana selalunya pasti "ada makna tuu..". seelok2nya belajar2lah mengisytiharkan harta lebih kerap agar rakyat tahu dengan jelas mengenai kedudukan yb2 ni - so that fitnah sebegini takkan timbul.
para pembelit ada di mana2.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete