Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Saturday, February 25, 2012
antara bakar al Quran dengan anwar - UMNO lebih pentingkan anwar
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
petang jumaat yg sejuk (sebab hujan) 24hb lalu menyaksikan 2 himpunan berlaku di dua tempat berlainan untuk tujuan yg sama sekali berlainan (tapi ada kaitan). ratusan umat Islam berhimpun di depan kedutaan amerika di ampang selepas solat jumaat bagi membantah tindakan tentera amerika membakar naskhah2 al-Quran di afghanistan, manakala pada masa yg sama lebih kurang 50 pemuda UMNO berkumpul di hadapan pejabat agung PKR bagi menyerahkan memorandum membantah sokongan anwar terhadap israel.
jom kita kaji rasionaliti kedua2 himpunan ni - bantahan oleh rakyat malaysia (bukan sekadar PR sebenarnya) terhadap isu pembakaran al-Quran ini dilakukan atas dasar marah terhadap kebiadaban tentera2 amerika yg pastinya didalangi zionis laknatullah membakar lembaran2 suci umat Islam. cuba kalau kita bagai Torah depa atau Bible, rerasanya depa marah tak?
ada ke manusia yg mengaku muslim kat dunia ni terutamanya malaysia yg takkan marah bila al-Quran dibakar?
tapi malangnya, TIDAK ADA SEORG PUN PIMPINAN MAHUPUN AHLI2 UMNO ATAU JATI ATAU SANG PEJUANG AKIDAH datang menyatakan bantahan bersama. apa cerita ni? bila sorg ADUN bukan Islam masuk surau tak tutup kepala, bukan main marah. bila perkataan "Allah" dibenar guna dalam Bible, bukan main mengamuk puak2 ini. INI BAKAR AL QURAN BEB!
dan yg lebih kelakar, puak2 ini cukup kecoh di depan pejabat agung PKR untuk "membantah anwar" - yg sebenarnya cuma tinggal kerani dan pengawal keselamatan je sebab pimpinan semua dah pergi ke kuantan. aduiii..malu malu...
jap jap - mungkin ini disengajakan. depa kan cuma berani bertindak kalau tak de org yg akan melawan depa?
cuma yg kelakarnya, depa datang utk serahkan memorandum mengutuk "sokongan" anwar terhadap keselamatan Israel seperti yg dipetik WSJ. soalnya,
1) anifah aman turut menyatakan sokongan terhadap sistem penyelesaian 2 negara yg turut sama menjamin keselamatan israel. ada tak depa berhimpun depan wisma putra dan menyerahkan memorandum?
2) mana puak2 ni sewaktu kita membantah kemasukan kapal yg membawa kargo israel berlabuh di perlabuhan kelang? tak kira la kerajaan malaysia bagi ke tak bagi ke, kargo tu dah berlabuh. kiranya, port klang menjadi antara tempat persinggahan bagi kapal2 yg membawa perniagaan israel itu dan memudahkan urusan depa utk terus menjana ekonomi israel - membolehkan lebih banyak peluru dibuat untuk membunuh anak2 palestin. apsal depa tak bantah?
3) mana lebih penting - sokongan anwar yg sebenarnya kabur dan bersyarat itu atau pembakaran al Quran yg sememangnya bersifat biadab?
ternyata, UMNO dan juhalak2 depa hanya bermuka2 bila melibatkan soal Islam dan israel. dan depa lebih pentingkan anwar daripada al Quran.
ternyata, politik jauh lebih penting banding agama bagi depa.
No comments:
Post a Comment