Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sunday, February 19, 2012
menyelak isi hati sang rasis...
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
sekali lagi, aku peruntukkan masa dan tenaga ini utk menulis dan mengulas mengenai debat Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek semalam. dan kali ni, aku takkan sentuh pasal rafizi dan KJ serta impending debat najib - anwar. hari ni, totally for them.
aku berkesempatan tengok ulangan debat tu dan memang - transalor hancus. terasa mcm dia translate debat yg dihujahkan dalam bahasa mandarin itu ke bahasa siam. cuma satu yg bagusnya stail terjemahan seperti ini ialah apa yg diterjemahkan adalah on the spot tanpa suntingan dan "rekayasa" bagi menipu rakyat. bagi sesiapa yg menonton debat itu, pastinya akan tahu secara direct apakah isi hati, dasar dan gagasan kedua2 pemimpin prominence masyarakat cina ni.
menyebut ttg cina, aku amat tak setuju tajuk ni digunakan. malah, DAP tak patut dilibatkan at the first place sebab DAP BUKANLAH PARTI CINA. DAP adalah parti nasional. aku rasa, ini antara taktik UMNO dan BN utk menanamkan lagi imej chauvinist cina terhadap DAP esp kalau guan eng vocal dalam isu2 cina.
luckily, he is way too smart for that.
dan melalui debat ni juga kita dapat lihat siapakah yg sebenarnya rasis. siapakah yg sebenarnya chauvinist. siapakah yg begitu menentang Islam. puak2 UMNO sentiasa memainkan ayat karpal singh 20 tahun lepas mengenai negara Islam (langkah mayat saya dulu. remember) sebagai satu mantra wajib memperlekehkan PAS dan DAP.
tapi lihat sahaja semalam. tak perlulah aku komen pasal ayat soi lek "kita bukan sahaja perlu tolak Islam tetapi pemerintahan Islam". tu pun dah cukup teruk. kalau kita kaji balik ucapan2 soi lek - malah dilaporkan kat the star pun - intipati hujahnya hanyalah mempertikaikan PAS dan menakut2kan masyarakat cina mengenai PAS dan Islam.
malah, soi lek juga berkata "lihatlah di kedah - wanita dan lelaki duduk berasingan. tiada alkohol di kelantan. tiada panggung wayang di bangi. ini menunjukkan bahawa DAP adalah hamba kepada PAS." see?
kalau kita sebagai umat Islam tak kira dari parti apa pun, apa perasaan kita bila kita mendengar statement sebegini? malah kalau kita ambil kira soalan2 dari perwakilan MCA kepada guan eng, rata2nya mempertikaikan tentang hudud dan PAS. boleh mcm tu?
bandingkan dengan guan eng - "kita mengamalkan dasar menghormati agama Islam sepertimana umat Islam juga menghormati agama dan budaya kita". ini baru betul!
cuma mungkin satu point puak UMNO boleh gunakan utk attack guan eng ialah bila dia berkata, "DAP tidak bersetuju jika PM malaysia wajib berbangsa melayu. seharusnya kita biarkan rakyat malaysia menentukannya."
dari satu segi, aku tak kata setuju atau tidak dengan statement tu sebab DAP adalah parti multiracial. sememangnya itulah gagasan depa sedari dulu tetapi depa juga merupakan pihak yg mendukung perlembagaan negara. cuma aku yakin puak2 UMNO akan memainkan isu "DAP nak PM dari bangsa cina whatsoever". dan percayalah, puak2 UMNO akan lebih menekankan isu ni berbanding statement hina agama oleh soi lek itu.
tapi jom kita kaji balik kata2 Tuan Guru Nik Aziz pernah kata satu ketika dulu, "saya tidak kisah jika Menteri Besar Kelantan akan datang bukan melayu - asalkan dia muslim dan mukmin". there u have it.
aku takkan buat kesimpulan daripada perdebatan ini sebab aku mahu biarkan korg buat kesimpulan sendiri. sendiri mau ingat.
No comments:
Post a Comment