Blog ini bukan medan dedah mendedah, jauh sekali lucah melucah. Blog ini adalah wadah ulas mengulas, jelas menjelas, hujah menghujah dan sanggah menyanggah segala isu politikal dan sosial tanahair - dari sudut pandang yang kritis atas kapasiti PERIBADI PENULIS melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tuesday, February 14, 2012
Nazri aziz - maharaja lawak mega UMNO.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
nazri aziz sememangnya pak lawak. kenyataan2 yg dia keluarkan semua lawak.
aku malas nak menaip panjang2 sebab lagi banyak aku taip, ada kemungkinan banyak gak dosa yg aku dapat. cuma aku nak highlight ke"bijak"sanaan nazri dalam memberikan kenyataan.
dalam minggu ni je ada 2 kenyataan bodoh yg diberikan oleh menteri sorg ni.
mengenai isu RM250 juta NFC yg ditarah oleh shahrizat and co. tu, dia simply kata "pulangkan balik duit tu, and no harm is done." semudah itu?
kalau mcm tu, selepas ni semua menteri atau pemimpin UMNO boleh je pecah amanah - mcm khir toyo misalnya - asalkan lepas tu pulangkan balik duit yg depa seleweng. mcm tu? tu kalau depa dapat bayar. kalau tak dapat? guna duit KWSP utk "bail out" depa pulak?
bukan duit tu yg jadi isu wahai nazri - tapi amanah itu yg dipersoalkan. tak tau la sejauh mana kesedaran moral yg ada pada nazri ni atau pemimpin2 UMNO lainnya sehinggakan depa tak nampak "the real issue beneath an issue". yg depa nampak cuma surface - songlap duit, bayar balik duit. done.
kenyataan ini juga, secara indirect, mengakui bahawa sememangnya dakwaan penyelewengan NFC itu BERASAS dan bukan semata2 serangan tidak berotak oleh pembangkang seperti yg didakwa shahrizat. soalnya, KENAPA UMNO BEGITU LEMBAB DALAM BERTINDAK? apakah bukan sekadar kepentingan shahrizat yg dijaga?
statement kedua yg menjadi bahan lawak aku pada minggu ni ialah mengenai valentine's day. boleh tak ayat begini, "apakah perayaan SATU HARI itu boleh menyebabkan kerosakan moral seluruh rakyat malaysia?"
demi Allah, aku malas nak komen statement dia ni. aku bukanlah pandai sangat tapi statement dia ni menampakkan betapa JAHILNYA seorg menteri yg melayu dan Islam mengenai valentine's day, asal usulnya dan natijah2 kerosakan yg mampu dibawa oleh hari tersebut. malangnya, aku tak nampak pun PARA PEJUANG AKIDAH mengecam kenyataan nazri ni.
ini ke tahap pemikiran dan iq para pemimpin UMNO yg depa dok puja2 sangat tu? Allahu Rabbi...
No comments:
Post a Comment